. |
kes Menara Jam Atkinson: Siapa yang patut meletak jawatan? Posted: 27 Sep 2010 05:27 PM PDT Hangat sekali isu yang ditimbulkan "KES Menara Jam Atkinson: Siapa yang patut meletak jawatan?" Isu ini dibangkitkan oleh Datuk Rubin selaku Pengerusi LPPB terhadap Datuk Masidi, menteri yang bertanggungjawab berkenaan soal pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar mengenai Pelan Pembangunan LPPB membina bangunan berdekatan dengan tapak sejarah "Menara Jam Atkinson". Kenapa perlu beliau selaku pengerusi LPPB melenting hinggakan mengesa Datuk Masidi letak jawatan. itu satu statement kurang bijak & angkuh yang diutarakan sebagai orang politik yang pengalaman dan dihormati. Statement beliau amat melukai hati dan rakyat khususnya orang-orang dari Ranau. Kenyataan yang keterlaluan. Kita setuju bahawa segala usaha yang dibuat oleh YB Datuk Masidi sebenarnya mencerminkan kepada penyataan ini, "Suara RAKYAT perlu dihargai. Kenyatan Datuk Masidi Manjun kepada AWAM adalah merupakan suara RAKYAT". Tahniah Datuk Masidi & kami berbangga kepada ketegasan dan kepimpinan YB Datuk selaku menteri yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya demi mempertahankan warisan sejarah kita. Ikuti penjelasan YB Datuk Masidi yang dipetik dari laman sosial Facebook berkenaan kenapa beliau menyatakan Pelan Pembangunan ini perlu di"Review" semula sebelum dilaksanakan. Satu penjelasan yang padat dan jelas.
Ikuti pandangan & komen rakan Facebook yang berkisar kepada isu kes ini, ikuti http://tinyurl.com/22lmya7 atau http://tinyurl.com/24gfd96 |
You are subscribed to email updates from Pemuda UMNO Ranau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan