Khamis, 2 September 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Mungkin PAS juga akan restu pemimpin DAP pegang al-Quran ?

Posted: 01 Sep 2010 11:32 PM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak sepatutnya terus bersubahat dengan perlakuan pemimpin atau wakil rakyat DAP yang sengaja menggunakan surau atau masjid untuk tujuan politik.

Pada hemat saya, Nik Aziz yang selama ini dilebelkan sebagai tok guru sepatutnya memberi nasihat yang betul kepada pemimpin berkenaan.

Tetapi malangnya, kerana terlalu lebihkan kepentingan politik dan 'takut' kepada DAP, Nik Aziz kononnya ulama besar, akhirnya tunduk dan dipermainkan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR).

DAP termasuk Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim khabarnya langsung tidak menghormati Nik Aziz sebagai orang tua, tok guru dan Menteri Besar Kelantan.

Oleh sebab itu, Nik Aziz tidak berani untuk memberi 'tazkirah' kepada Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mengunjunginya di Rumah Kelantan, Kuala Lumpur baru-baru ini setelah isu beliau memasuki ruang solat di Surau Al-Huda, Kajang, 27 Ogos lalu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor dan menyingung hati umat Islam.

Tambah menyedihkan, pemimpin PAS Selangor dalam usaha menegakkan benang yang basah, mendakwa Baginda Sultan tidak mendapat penjelasan yang betul mengenai insiden tersebut.

Pada saya, pemimpin PAS seolah-olah cuba memberi gambaran kepada umum bahawa Sultan Selangor telah diperbodohkan dengan kejadian itu, walaupun Nie Ching mengakuii kesilapannya.

Kesimpulannya dapat kita lihat bagaimana PAS sanggup memutarbelitkan isu Ahli Parlimen Serdang itu demi menjaga hati DAP, walaupun Sultan Selangor amat berdukacita dengan kejadian tersebut.

Saya berpendapat, keberanian Nie Ching memasuki ruang solat surau berkenaan kerana mendapat restu daripada pemimpin PAS di kawasan berkenaan atas alasan untuk menyampaikan sumbangan.

Sikap biadap Nie Ching itu diteruskan lagi dua hari selepas itu oleh Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen yang dbenarkan pula memasuki ruang solat Masjid At-Taqwa, Selayang Baru.

Kedua-dua kejadian mengejutkan itu berlaku di negeri Selangor yang dikuasai PR dan Menteri Besarnya adalah Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR ; seorang Melayu beragama Islam.

Saya tidak seratus peratus menyalahkan Nie Ching dan Jee Keen yang biadap itu kerana mereka berdua sememangnya bukan Islam, tetapi kenapa pemimpin Melayu PAS dan PKR yang mendabik dada sebagai Islam sanggup membisu dan menghalakkannya.

Kerana mereka berdua daripada golongan kafir, adalah lebih waras dan berseri jika majlis sumbangan itu sekadar dilakukan di perkarangan surau atau masjid.

Insisden tersebut sudah jelas membuktikan pemimpin rasis DAP langsung tidak memperduli apatah lagi untuk menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.

DAP sanggup melakukan sesuatu diluar jangkaan kita termasuk menggunakan surau dan masjid untuk kepentingan politik kerana bagi mereka, PAS sekadar sampah dalam PKR dan tidak akan berani bersuara.

Oleh sebab itu, pemimpin besar PAS terutama Nik Aziz yang kononnya dianggap ulama, akan sentiasa memberi pujian kepada pemimpin DAP termasuk yang memasuki ruang solat, mempersendakan salam dan menyebut ayat-ayat al-Quraan dengan tidak betul.

Apabila dikritik hebat oleh umat Islam, helah semula jadi yang akan diberikan oleh pemimpin PAS ialah niatnya elok untuk mengenali Islam secara dekat.

Pada saya, ini adalah jawapan karut untuk menutup kejahilan pemimpin PAS yang selama ini bertopengkan agama untuk kepentingan politik.

Insiden di Kajang dan Selayang Baru telah mencetuskan kekeliruan yang menyebabkan ada yang marah, kecewa dan berasakan kesucian surau dan masjid telah dicemari oleh pemimpin Cina daripada DAP atas restu daripada PAS.

Sehubungan itu, pihak pembangkang tidak wajar berselindung disebalik perbezaan kefahaman mazhab bagi menguatkan hujah bahawa bukan Islam dibenarkan memasuki ruang utama surau atau masjid walaupun tidak menutup aurat.

PAS dan PKR menggunakan perbezaan mazhab untuk menghalalkan pendirian mereka bagi menjaga hati DAP walaupun kesucian Islam di negara ini telah lama diperlekehkan.

Walau apa pun alasan, kita harus rasional dan kembali kepada akar budaya orang Melayu dan umat Islam dengan berpegang kepada ajaran Allah yang maha suci.

Umat Islam di Malaysia dan orang Melayu khususnya cukup terhina apabila rumah Allah, tempat mereka beribadat dicemari oleh unsur-unsur yang disengajakan.

Oleh sebab itu, saya cukup khuatir jika selepas ini PAS termasuk Nik Aziz akan membiarkan pemimpin kafir daripada DAP memegang kitab suci al-Quran, dengan alasan ianya baik untuk berdakwah.

Saya mendoakan semoga perkara itu tidak akan terjadi walaupun pemimpin Islam dalam PAS dan PKR barangkali akan merestuinya atas kepentingan politik.

Persoalannya, sampai bila Nik Aziz sanggup melihat kesesatan politik berlaku dalam PR yang dikuasai DAP ?

Tiada ulasan:

Pengikut