Khamis, 2 September 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


KJ gagal sepenuhnya sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Posted: 02 Sep 2010 06:28 AM PDT

Kapten Hussein, Tun Abdul Razak dan Tun Sardon. Nama-nama inilah yang menjadi pencetus kepada penubuhan penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Nama-nama ini telah mendapat mandat dari seluruh pemuda Melayu dari segenap ceruk rantau untuk mengetui sebuah sayap UMNO yang kemudiannya digeruni kawan dan lawan. Ketiga-tiga mantan Ketua Pemuda UMNO inilah yang memulakan era kegemilangan Pemuda UMNO untuk bertindak sebagai "kumpulan pendesak" dipersada politik negara. Mungkin KJ tidak kenal mereka ini dan tidak tahu menahu tentang sejarah tokoh Pemuda UMNO terbilang ini. Maklumlah, tokoh bertiga ini hanya menyandang jawatan KJ di zaman sebelum Malaya merdeka.

Kemudian, nama-nama seperti Tan Sri Senu Abdul Rahman, Dato' Harun Idris, Tan Sri Jaafar Albar, Dato' Suhaimi Kamaruddin, Dato' Seri Anwar Ibrahim (sekarang lebih dikenali sebagai "si kitul" atau "al-jub"), Dato' Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato' Seri Hisyamuddin Tun Hussien. Nama-nama ini mewarnai kem Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia selepas era menuntut kemerdekaan.

Nama-nama yang penulis sebut di atas begitu signifikan dan berkesan sekali di era kepimpinan masing-masing mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, benteng keras yang menjadi faktor pendesak yang jitu. Begitu kukuh, ditakuti, disegani dan dihormati oleh semua golongan sama ada pihak Barisan Nasional (Perikatan) ataupun pihak pembangkang.

Sejarah dan fakta membuktikan kemahuan yang ditonjolkan sebagai kumpulan "pendesak". Pemuda UMNO ketika itu tidak takut getir payah untuk muncul sebagai pendesak utama dalam pelbagai isu. Kerajaan juga selalu "pening kepala" akibat tindakan dan desakan Pemuda UMNO ini dahulu. Adakalanya Pemuda UMNO "menang" dan adakalanya Pemuda terpaksa akur dengan keputusan kerajaan. Itu pun setelah puas diyakinkan oleh pihak kerajaan, barulah mereka mengalah. Jika tidak, jangan harap mereka mengundur langkah. Kuda-kuda Pemuda UMNO ketika itu kukuh terpasak di bumi betuah ini.

KJ mungkin tidak pernah tahu sejarah Pemuda UMNO Malaysia. KJ mungkin tidak tahu bahawa slogan "hidup Melayu" pernah berjaya diubah oleh Pemuda UMNO kepada slogan "Merdeka!". Mungkin KJ tidak tahu bagaimana Tan Sri Senu mendesak agar "sahabat baik" KJ iaitu Lee Kuan Yew diambil tindakan oleh Tunku Abdul Rahman. KJ mungkin tidak pernah mahu ambil tahu tentang Dato' Harun Idris yang berani masuk penjara demi memelihara maruah bangsa Melayu suatu ketika dahulu. KJ mungkin tidak tahu bahawa Dato' Harunlah yang bertanggungjawab memujuk "musuh politik"nya, Tun Dr. Mahathir, untuk kembali menyertai UMNO.

Pernahkah KJ mendengar tentang "Pemuda Kumpulan Halia" yang diilhamkan oleh Tan Sri Syed Jaafar Albar? Tahukah KJ bahawa Syed Jaafar Albar ini pernah membuktikan pembabitan beberapa tokoh politik pro kerajaan yang terlibat dengan fahaman Komunis? Kenalkah KJ kepada Dato' Suhaimi Kamaruddin? Dato' Suhaimi pernah menjawat Timbalan Menteri Pertanian dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Namun, Dato' Suhaimi ini hanyalah seorang individu yang "low profile" berbanding KJ yang gah dengan T-shirt ketat berjenama mahal "ala-ala metroseksual"nya. Manalah KJ kenal orang yang tidak se"glamour" dirinya!

Ya! Tentu KJ kenal benar dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang merupakan "mentor"nya. Pemuda UMNO dibawah Anwar, tidak kurang hebatnya. Dengan jolokan "anak emas" kepada Tun Dr. Mahathir ketika itu, Anwar sangat berjaya dalam mendominasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. "Pemuda Era Wawasan" di zaman Anwar berjaya mengungguli pelbagai isu terutamanya isu-isu semasa. Teruk juga PAS dan DAP di"belasah" Anwar!

Kemudian ialah giliran Dato' Seri Najib Tun Razak pula mengambil alih kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Tidak dapat dipertikaikan, kehebatan Dato' Seri Najib mengetuai kepimpinan Pemuda UMNO jauh lebih hebat lagi dari Anwar. Jika tidak, masakan kini Dato' Seri Najib berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 berbanding Anwar yang terus berangan-angan! Slogan "Pemuda Berakar Teguh Berakal Canggih" begitu kena dengan era kepimpinan Najib di mana beliau memperkenalkan "Wira Waja" dan "Majlis Dialog Malindo". Tahukah KJ tentang semua ini?

Rahim Tamby Chik mengambil alih jawatan Ketua Pemuda UMNO ketika Pemuda UMNO berada ditahap yang cukup membanggakan bangsa Melayu. Namun, di atas satu insiden yang membabitkan tuduhan peribadi kepada Rahim Tamby Chik, maka secara "gentleman", beliau mengundur diri. Lalu kekosongan jawatan itu diambil pula oleh Dato' Seri Zahid Hamidi. Zahid ketika itu juga agak vokal. Zahid aktif menangkis dan menyerang Lee Kuan Yew yang menuduh negeri Johor dengan pusat jenayah yang mengancam Singapura. Namun, selepas Anwar dipecat dari UMNO dan Kerajaan, Zahid Hamidi membuat keputusan untuk meletak jawatannya. Mungkin sebagai tanda protesnya terhadap insiden pemecatan itu. Namun begitulah prinsip pegangan seorang Pemuda Melayu, hatinya keras dan utuh dengan kepercayaannya. Zahid akhirnya akur dengan kegiatan "gelap" Anwar dan mula "memutihkan" kembali hatinya yang kelam memakan budi seorang "peliwat"!

Dato' Seri Hisyamuddin Tun Hussien telah menjadi Ketua Pemuda UMNO yang ke-12, selepas Zahid Hamidi. Ketika ini, Pemuda UMNO Malaysia kelihatan agak "goyah" dengan insiden "cium keris, minta maaf". Pemuda UMNO Malaysia di zaman Hisyamuddin agak "lembik" dan imej sebagai "pendesak" agak tergugat. Tindakan Hisyamuddin mencium keris dan kemudiannya "meminta maaf" sukar dimaafkan oleh pemuda Melayu dan majoriti bangsa Melayu. Salahkah mencium keris di majlis sendiri? Lainlah jika menghunus keris dan mengamuk di Petaling Street!

Dan..tibalah saat KJ mengambil alih Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO disambut dengan gemuruh sorakan padu yang menjerit "KJ..rasuah! KJ..rasuah! KJ..rasuah!". Masih terngiang-ngiang sorakan "gembira" itu ditelinga penulis. Terdahulunya, imej KJ di mata akar umbi begitu "suci" sekali. Pencalonan di peringkat bahagian membuktikan bahawa KJ bukanlah pilihan akar umbi. Namun dengan kuasa Allah, suara akar umbi itu telah dikhianati oleh perwakilan mereka sendiri dengan sumber kewangan dari KJ yang melimpah ruah sehingga ke Sabah! Akibat timbunan wang yang mampu "menggelapkan mata" perwakilan, maka KJ menang. Walaupun KJ di dapati bersalah, namun dia terlepas. Mungkin kerana status "menantu"nya kepada Presiden yang sedang "tidur" di atas pentas Perhimpunan!

Apa yang hebatnya Pemuda UMNO di era kepimpinan KJ ini? KJ menang Ketua Pemuda UMNO Malaysia, namun dia tidak dilantik menganggotai kabinet kerajaan. Malah "yang kalah" pula yang dilantik? Kenapa KJ diperlakukan sedemikian? Dimana silapnya? Tentu KJ menggunakan modal "kasihanilah dirinya" dan menjaja diri dari satu negeri ke satu negeri. KJ juga pernah ditempelak dan didesak oleh exco-exconya untuk meletak jawatan. Kenapa jadi begitu? Bukankah KJ begitu "besar" di mata Pak Lah mantan PM itu meletak jawatan dan meneruskan "mimpi indah"nya?

Jawapannya ada pada KJ sendiri. Tepuk dada, tanya sejarah dirinya sendiri. Siapa KJ sebelum Pak Lah menjadi PM? Apa pula yang dibuat oleh KJ ketika menjawat jawatan Pegawai Khas kepada Pak Lah? Apa yang terjadi kepada ECM Libra? Siapa mentornya? Kenapa sikapnya begitu kurang ajar sekali kepada Tun Dr. Mahathir? Berapa billion RM yang telah di"rompak" dari Kerajaan dan rakyat? Bagaimana KJ memeras kontraktor bumiputera kelas F? Bagaimana "takbur"nya yang mengidam mahu menjadi Perdana Menteri seawal usia 40 tahun? Dan yang paling besar, bagaimana aksinya sebagai di antara faktor utama kekalahan Barisan Nasional pada PRU-12 yang lalu? Semuanya KJ kena tanya dirinya.

Apakah pencapaian KJ sebagai Ketua Pemuda yang boleh dibanggakan olah bangsa Melayu. Apa isu yang dijuarainya selain dari meniru budaya Anwar Ibrahim yang berkejaran berdemo ke sana ke mari. KJ menggelar orang lain sebagai "beruk", sedangkan dirinya sendiri bersifat lebih teruk dari "beruk". Cuba senaraikan apa jasanya kepada bangsa Melayu yang semakin merempat di bumi sendiri. Ketika Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu ini di "serang" secara subversif oleh bangsa bukan bumiputera, dimanakah Khairi Jamaluddin bin Abu Bakar?

KJ sepatutnya belajar dari pengalaman mantan-mantan Ketua Pemuda sebelumnya. KJ sepatutnya menghayati semangat Melayu yang sepatutnya mengalir dalam darahnya. KJ bagaikan seorang Ketua Pemuda yang "tidak pernah tumbuh gigi", apatah lagi mahu bertaring! Sebaliknya, KJ lebih selesa terperuk dibawah celah ketiak "omak"nya. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagaikan "lumpuh" sepenuhnya di semua negeri. Pemuda Melayu bagai kehilangan arah dan mula memilih untuk menyertai parti pembangkang yang lebih aggresif walaupun mereka yang bermodalkan "penipuan demi penipuan" terhadap rakyat. Entah dimana letaknya "otak Oxford"nya itu? Yang boleh di ambil kesimpulannya ialah "Khairy Jamaludin gagal dalam peranannya sebagai Ketua Pergerakan UMNO Malaysia". KJ yang paling lembik dan harus meletak jawatan segera jika punya "harga diri". KJ menang Ketua Pemuda, namun kalah dalam serba serbi yang lain. Noktah!

(Oleh: dukeofmontecristo)

Namewee patut dilucutkan kewarganegaraan!

Posted: 02 Sep 2010 04:44 AM PDT

*Nak kutuk. Tapi buat lagu negarakuku pun di Taiwan. Pengecut. Kalau berani, buat di Malaysia. Kalau pengecut macam tu, pi dok di Taiwan.*

Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai "Namewee" dilaporkan telah hadir memberi keterangan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail berikutan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya kerana menimbulkan beberapa konstroversi melalui video clip ciptaannya. Namewee tanpa ragu-ragu menjelaskan bahawa "hasil seni"nya itu adalah bertujuan untuk mempertahankan perlembagaan sebenar dan mengutuk sesiapa saja yang "racist". Budak Cina ini begitu yakin menerangkan bahawa dia adalah "anti-racist" dan amat menyokong gagasan 1Malaysia yang dipelopori oleh Dato' Seri Najib Tun Razak. Selain itu, Namewee tidak teragak-agak untuk mengutuk sesiapa sahaja yang tidak menghormati gagasan 1Malaysia dan Perdana Menteri kita itu.

"Baik hati" sungguh budak Cina yang bernama Namewee ini. Namewee "sangat baik hati" sehingga menzahirkan "kebaikan hati budi"nya itu dengan melagukan cacian nista, menunjukkan isyarat lucah dan yang paling "baik" sekali ialah menghina agama Islam! Begitulah "sayang"nya Namewee ini kepada Malaysia.

Apakah Namewee fikir bangsa Melayu Muslim di Malaysia ini bodoh sepertinya? Apakah Namewee fikir bangsa Melayu di Malaysia ini boleh diperbodohkan dengan kenyataannya itu dengan sewenang-wenangnya. Mungkin Namewee fikir Melayu PAS dan Melayu PKR sebodoh itu, tapi tidak semua Melayu itu sebodoh yang difikirkan Namewee. Masih ramai lagi Melayu Muslim di Malaysia ini yang waras dan tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Nampaknya Namewee tersalah jangkaan.

Namewee pernah meggubah sebuah lagu yang berjudul "Negarakuku" yang mengakibatkan budak Cina ini menerima kutukan dan amaran dari pelbagai pihak, terutamanya Melayu UMNO. Namun, setelah Namewee meminta maaf di atas kesilapan pertamanya itu, maka di atas sifat bangsa Melayu yang suka bertolak ansur, maka Namewee di"lepas"kan. Namun, ramai yang masih tidak berpuas hati atas insiden ini dan mempersoalkan patriotisma di dalam diri budak Cina ini.

Namun, Namewee tidak belajar dari kesilapan pertamanya itu. Budak Cina ini sekali lagi mengulangi kebiadapannya dengan menghina pelbagai agensi seperti Tenaga Nasional Berhad dan bangsa Melayu melalui klip videonya yang jelas menghina Melayu. Dalam lirik lagunya itu, Namewee tanpa rasa bersalah menyuruh bangsa Melayu tinggal di dalam hutan dan hidup seperti kaum Sakai. Sudahlah dia menghina Melayu, kemudian dia mempersendakan kaum Sakai yang merupakan salah satu bumiputera di Malaysia. Apakah dengan menghina bangsa bumiputera dan mencipta isu perkauman seperti ini menunjukkan bahawa Namewee adalah seorang "anti-racist"?

Kemudian, Namewee sekali lagi mencetus konstroversi perkauman apabila mencipta "karya seni agung"nya yang terbaru. Kali ini mangsa kutukannya ialah seorang pengetua di sebuah sekolah di Kulai Jaya. Sebetulnya, Namewee tidak kenal langsung dengan pengetua ini. Malah dia mengutuk pengetua ini dengan asas dari blog dan laman web Pakatan Rakyat yang terkenal sebagai "medan fitnah" sebagai asas? Budak Cina ini patut selidik dahulu sebelum membuat sebarang ekspresi di khalayak umum. Namun, di atas sifatnya yang bodoh, Namewee tanpa siasat telah mengutuk pengetua tersebut sekeras-kerasnya di samping turut membabitkan isu perkauman di dalam klip videonya. Haruskah seorang "anti-racist" mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun, menunjukkan isyarat lucah dan memainkan isu perkauman tentang isu yang dia sendiri tidak pasti?

Namewee harus lebih peka dengan sensitiviti kaum di Malaysia. Dia tidak sepatutnya mencurahkan minyak pada percikan api kerana ianya mampu memakan diri. Sekiranya dia betul-betul seorang anti-racist dan sayangkan keharmonian kaum di Malaysia, budak Cina ini boleh mencipta klip video ramai lagi pengetua yang meminta pelajar bukan Islam agar menghormati pelajar Islam yang sedang berpuasa di bulan Ramadhan. Lebih banyak lagi perkara positif yang boleh memadamkan sikap "racist". Namun, dengan memilih cara mengutuk, mencaci dan menghina itu, apakah Namewee menunjukkan sikapnya yang "anti-racist"? Orang Melayu kini semakin pandai berbahasa Inggeris. Peribahasa Inggeris berkata "once bitten, twice shy". Kali ini Namewee perlu berdepan dengan masalah!

Bukan sekali, bukan dua kali, tapi sudah berkali-kali bilangannya. Tindakan Namewee memperbodohkan bangsa Melayu sudah sampai ke penghujungnya. Kali ini, Namewee tidak akan dibiarkan bebas mengutuk sesiapa sesuka hatinya lagi. Banyak laporan polis telah dibuat terhadap kebiadapannya menghina agama Islam, bangsa Melayu, Tanah Melayu dan mencetuskan konflik sensitiviti perkauman di negara berbilang bangsa ini. Namewee harus dikenakan tindakan sewajarnya.

Jika perkara ini berlaku di zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir dahulu, pastinya perkara ini tidak akan berlaku. Malah jika berlaku sekali pun, berkemungkinan Namewee sudah disambut pihak berkuasa setibanya di KLIA dari Taiwan dan terus masuk ke tahanan ISA. Jika perkara ini berlaku di zaman Tun Lah, rasanya tiada tindakan yang akan diambil terhadap Namewee kerana Tun Lah tidak tahu langsung tentang perkara ini seraya menjawab "I don't know..I'm not involve..zzzz..". Namun, bila perkara ini berlaku di zaman Dato' Seri Najib Tun Razak, apakah yang akan berlaku?
Di zaman Dato' Seri Najib, Menteri di Kementerian Dalam Negerinya ialah Dato' Seri Hisyamuddin Tun Hussien. Menurut sumber, dasar Dato' Seri Najib ialah mengurangkan penggunaan akta ISA di dalam pentadbirannya. Maka, Dato' Seri Hisyamuddin "terpaksa"lah memberikan amaran demi amaran, termasuklah "amaran keras" atau "amaran paling keras". Walaupun begitu, pihak kerajaan telah melaksanakan tanggungjawab dengan memanggil Namewee untuk memberi keterangan dan sebarang pendakwaan mestilah mengikut lunas-lunas perundangan negara. Penulis sendiri sebenarnya kurang berpuas hati dengan tindakan sebegini, namun penulis harus faham bahawa undang-undang negara mestilah dipatuhi sepenuhnya. Kedaulatan undang-undang sebagai rukunegara haruslah dipatuhi. Terus terang dikatakan jika mengikut kemahuan penulis, mahu saja penulis memberikan "buah tangan dan kaki" sedas dua kepada Namewee. Namun, undang-undang membatasi. Harapnya Namewee dilucutkan saja kewarganegaraannya!

Namewee adalah contoh moden terbaik untuk menunjukkan mentaliti generasi bangsa Cina alaf baru ini. Penulis optimis mengatakan bahawa ramai generasi bangsa Cina sebaya Namewee tidak tahu langsung berterima kasih kepada bangsa Melayu dan pihak kerajaan. Mungkin mereka di didik begitu oleh kedua orang tua mereka. Walaupun tidak semua bangsa Cina ini sebegitu, namun majoritinya mereka sanggup bersatu demi kepentingan bangsa mereka. Sokongan Soi Lek terhadap laungan DAP baru-baru ini adalah contoh terbaik. Ini menunjukkan bahawa bangsa Cina mempunyai sikap "racisme" yang lebih tinggi berbanding bangsa Melayu dan bangsa lain di negara ini. Mereka cukup bersatu. Jika tidak bersatu dibawah satu parti politik, pastinya mereka bersekongkol di dalam Dewan Perniagaan dan sebagainya. Melayu pula bagaimana?

Namewee tidak harus dimaafkan kali ini. Budak Cina ini perlu diambil tindakan sebagai pengajaran kepada seluruh masyarakat Cina bahawa bangsa Melayu tidak lagi boleh bersabar dengan kebiadapan mereka. Melayu tidak lagi boleh bersabar apabila dihina agama dan bangsa mereka di bumi tanahair mereka sendiri. Jangan haraplah Namewee boleh terlepas dengan hanya meminta maaf seperti sebelum ini. Cukuplah sakit hati dan luka yang dilakukan oleh budak Cina yang tidak tahu diri ini, bangsa Melayu tidak ingin berkongsi hidup dengan mereka-mereka yang bersifat seperti Namewee ini. Biarpun suatu hari luka itu akan menjadi parut, biarlah ianya adalah parut terakhir ditubuh bangsa Melayu di Tanah Melayu ini. Tanah Melayu lebih aman tanpa "haiwan" yang tidak tahu mengenang budi!

(Oleh: dukeofmontecristo)

Tiada ulasan:

Pengikut