Ahad, 19 September 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BUKAN MARAH TAPI NASIHAT.....

Posted: 18 Sep 2010 07:08 PM PDT

Jangan Letak Diri Tinggi -PM

PEKAN, 18 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mahu semua pemimpin menjiwai rakyat dan meneruskan tradisi membela rakyat.

"Sebagai pemimpin hendaklah sentiasa menjiwai rakyat, janganlah meletakkan diri seolah-olah lebih tinggi daripada rakyat.

"Pemimpin hendaklah berhemah, sentiasa tawaduk dan sanggup menerima kedatangan rakyat ketika senang dan susah.

"Pemimpin juga hendaklah merendah diri, humble dan mesra dengan rakyat supaya mudah didekati dan menjadi harapan mereka.

"Oleh itu, apabila musibah atau mala petaka menimpa rakyat, pemimpin seharusnya berada di barisan hadapan dan menjiwai kesusahan rakyat serta membantu mereka,

'Suka saya mengingatkan selagi kita bersikap demikian dan berpegang kepada gagasan 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, pasti rakyat akan sentiasa bersama-sama BN," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitiri di Dataran Pekan, dekat sini hari ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, beliau yakin Barisan Nasional (BN) berada di landasan yang betul kerana parti itu benar-benar berjiwa rakyat dan menjuarai kepentingan setiap lapisan masyarakat di negara ini.

Lebih 50,000 tetamu menghadiri rumah terbuka yang bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang ini.

Hadirin yang mengunjunginya berpeluang menikmati pelbagai juadah disediakan di hampir 100 gerai.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultanah Pahang Sultanah Kalsom dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berkenan menghadiri majlis rumah terbuka berkenaan.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Ishak Muhamad dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Rumah terbuka itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan seperti Haiza, Maya, Syed Sobrie serta Jaafar Onn dan Raja Azura bertindak sebagai pengacara.

Sambutan kali ini melibatkan 88 pengusaha makanan terlibat dalam penyediaan juadah di gerai-gerai yang disediakan. Antara juadah berkenaan ialah murtabak mengkasar, puding raja, laksa Pekan, nasi minyak dan char koew teow. -MediaUMNO
Share|


HANYA TINGGAL IKRAR SAHAJA....!!!!!!

Posted: 18 Sep 2010 06:18 PM PDT


Pemuda ikrar buat pembaharuan

Falsafah kerja baru digaris bagi capai matlamat kemenangan sokongan generasi muda

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno diingatkan pergerakan itu kini berada di persimpangan jalan yang amat penting dalam perjuangannya kerana sebarang pilihan dan tindakan yang akan dibuat bakal menentukan jatuh bangun Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Berikutan itu, Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda Umno akan melakukan transformasi dalam pendekatannya dengan memperkenalkan Rukun Pemuda, iaitu bersatu, berprinsip, inklusif, relevan dan proaktif.

Beliau berkata, Pemuda Umno juga menggariskan satu falsafah kerja baru serta meletakkan garis panduan untuk mencapai matlamat kemenangan sokongan generasi muda.

"Kita perlu ingat PRU-13 adalah pertarungan survival bagi Umno dan Barisan Nasional (BN). Pakatan pembangkang akan cuba memberi pukulan maut kepada kita selepas berjaya menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dan menang di lima negeri pada pilihanraya umum lalu.

"Umno dan BN mempunyai tiga tahun untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kita masih berupaya menjadi pemimpin dan pentadbir terbaik untuk negara," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar yang bertemakan Di persimpangan Jalan Perjuangan, pada Perhimpunan Agung Umno Pergerakan Pemuda Umno, di sini semalam.

Khairy juga mengingatkan, Umno dan BN kini berdepan pengundi yang berpendidikan dan terdedah kepada dunia yang mendorong mereka mudah membuat perbandingan tahap pencapaian serta amalan politik di Malaysia dengan negara lain.

"Kira-kira tujuh juta daripada jumlah pengundi pada PRU-13 nanti terdiri daripada pengundi muda. Generasi ini tidak boleh dipaksa menyokong kita dengan (hanya) hujah mereka patut berterima kasih dan bersyukur kepada Umno dan BN. Dulu, pendekatan itu mungkin boleh diguna pakai, tetapi bagi generasi muda sekarang, mereka mahu tahu apa yang boleh Umno dan BN laksanakan, bukan apa yang sudah serta pernah dilaksanakan," katanya.

Khairy berkata, landskap politik tanah air kini yang amat berlainan akibat aliran maklumat bebas melalui media, khususnya media baru yang memberi kesedaran dan kematangan politik kepada rakyat.

"Inilah persekitaran terkini � lebih bebas, terbuka, muda, terdidik dan kosmopolitan. Kaedah berpolitik abad ke-21 ini menuntut perubahan. Persekitaran yang mencabar ini dan masa yang teramat suntuk menuntut kita bergerak sepanjang waktu, tanpa noktah dan tanpa rehat kerana survival kita bergantung kepada keputusan PRU-13 nanti," katanya.

Namun, Khairy berkata, ada tanda-tanda menunjukkan penerimaan orang muda terhadap Umno dan BN kembali meningkat seperti pada pilihan raya kecil di Manek Urai dan Bagan Pinang.



Beliau juga menegaskan Pemuda Umno menyokong penuh cadangan pindaan perlembagaan yang akan dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Khas hari ini dan meletakkan harapan supaya segala pindaan itu akan diterima kerana ia secara langsung memberi pengiktirafan kepada orang muda.
/td>

SERAH JIKA TAK BOLEH PIKUL.........MASA BERTANDING SEMUA BOLEH

Posted: 18 Sep 2010 06:15 PM PDT

Analisis: Khairy pikul amanah berat
Oleh Ahmad Naim Tahir

SELEPAS kira-kira empat bulan menunggu dengan penuh debaran dan sekali-sekala dikejutkan dengan unsur tuduh menuduh dan tohmahan, akhirnya terjawab sudah siapa calon yang mendapat kepercayaan mengisi kekosongan jawatan nakhoda Pergerakan Pemuda Umno. Perwakilan Pemuda semalam memilih Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai ketua mereka yang baru, menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tidak mempertahankan jawatannya.

Bagi sesetengah pihak sebagai keputusan agak mengejutkan kerana Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau dikatakan agak ketinggalan berbanding dua pesaingnya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Selama kira-kira enam bulan sehingga kelmarin, pelbagai pandangan, spekulasi dan rating dihebahkan mengenai prospek ketiga-tiga calon berkenaan.

Ketika ada pihak mendakwa Mukhriz selesa mendahului, yang lain pula mendakwa kononnya Dr Mohamad Khir jauh meninggal-kan dua saingannya. Akhirnya kuasa memberi jawapan kepada persoalan berkenaan adalah di tangan perwakilan. Seorang pembantu Khairy ketika ditanya perkara itu tidak lama sebelum pemilihan sekadar menjawab Alhamdulillah - tanpa mahu turut terjerumus ke dalam kancah meneka tanpa kepastian.

Bagi jawatan Naib Ketua yang turut menyaksikan pertandingan tidak kurang hebat, khabar gembira diterima Ketua Pemuda Umno Johor, Datuk Razali Ibrahim untuk mengetepikan pesaingnya, Datuk Reezal Merican Naina Merican. Dengan terungkainya persoalan itu, semua ahli pergerakan berkenaan khasnya, seluruh warga Umno amnya kini boleh menumpukan sepenuh usaha dan perhatian kepada gerakan memulihkan parti tunjang kerajaan itu pada mata penyokong dan penentangnya.

Kini, di bahu Khairy dan Razali yang juga Ahli Parlimen Muar terletak tanggungjawab cukup besar, bukan sekadar membicarakan konteks dalam negara tetapi juga lantang membahaskan isu antarabangsa, terutama yang membabitkan penindasan ke atas umat seagama dan hak asasi manusia. Pada bahu mereka juga disandarkan harapan memandu Pemuda ke tahap lebih cemerlang, sekali gus membina legasi gemilang berpandukan contoh ditinggalkan pemimpin terbilang yang dilahirkan Pemuda sejak 1950-an lalu.

Dengan restu lebih 700,000 ahlinya, Khairy dan Razali harus berani menentukan hala tuju pergerakan berkenaan bagi menonjolkan peranan Pemuda yang berjuang tanpa bertunjangkan sebarang kepentingan, kecuali untuk membela nasib rakyat, bukan sekadar 'suara rasmi' kerajaan. Dalam senarai tanggungjawab mereka juga ialah mempersiapkan pergerakan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang bakal menyaksikan pertambahan jumlah pengundi muda, kumpulan umur yang dikatakan menyumbang kepada kemerosotan prestasi Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRU Ke-12.

Disokong barisan 20 Exco dari kepelbagaian latar belakang, Pemuda di bawah teraju kepemimpinan baru berupaya membawa anjakan prestasi ke tahap lebih tinggi dan memenangi semula hati akar umbi walaupun mungkin nanti dilabel dengan gelaran tertentu. Sejak penubuhannya, Pemuda Umno pernah mendapat pelbagai gelaran, dipanggil kumpulan pendesak, kumpulan tahan lasak serta kumpulan halia atau 'ginger group.'

Apa juga gelaran yang diberikan, Pemuda harus memastikan maksud dan inti pati perjuangannya tidak lari daripada landasan untuk menunjang kepentingan bangsa, memartabatkan kesucian agama dan negara, menjadi benteng mempertahankan nasionalisme. Pesan Hishammuddin dalam ucapan terakhirnya sebagai Ketua Pemuda semalam wajar direnung sentiasa: "Pemimpin bersilih ganti dan peranan kepemimpinan mungkin berbeza, tetapi tanggungjawab kekal dan perlu dipenuhi dengan penuh amanah."

Usul Pemuda:

* Menginsafi bahawa perlunya diperkukuhkan semula sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Umno seperti diterjemahkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu

* Menyedari kepentingan dan perlunya diwujudkan satu gerakan baru untuk kembali mendekatkan Umno kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang dan halangan.

* Mengakui bahawa golongan pengundi muda dan generasi baru mempunyai cita rasa berbeza serta melihat Umno dari kaca mata berlainan yang juga menjadi antara rasional yang menjauhkan mereka dari Umno

* Menyedari penguasaan parti terhadap kerajaan semakin pudar dan memberi kesan besar terhadap keyakinan rakyat terhadap kemampuan kerajaan membantu rakyat dari pelbagai latar belakang dan keperluan

* Maka persidangan tahunan Pergerakan Pemuda Umno yang bersidang mengambil ketetapan:
o Menggesa seluruh ahli dan jentera Pemuda bersatu hati, beriltizam, berazam dengan bersungguh hati dan jiwa untuk menggembleng segala usaha memperkukuhkan semula kekuatan parti dan sokongan pelbagai lapisan rakyat terhadap Umno

o Mendesak supaya satu gerakan menyeluruh dimulakan di semua peringkat untuk memperlihatkan kesungguhan Umno berubah mengikut kehendak dan tuntutan suara hati rakyat

o Menuntut agar satu mekanisme baru dilaksanakan secara total bagi membersihkan tanggapan negatif terhadap imej parti dan isu-isu yang mengakibatkan sokongan ahli luntur seperti penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, rasuah politik, politik penindasan dan cantas mencantas, dan

o Menyeru supaya perubahan besar dibuat dengan memberi lebih banyak ruang untuk generasi muda dalam kepemimpinan Umno mendapat tempat dan membuktikan keupayaan membina semula sokongan padu rakyat, terutama generasi muda terhadap parti



TINGGAL HARAPAN SAHAJA.

Posted: 18 Sep 2010 06:12 PM PDT

Harapan Ketua Pemuda

KETUA Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin mengajak semua peringkat kepemimpinan dan ahli pergerakan itu menjulang semangat setiakawan dalam membawa Umno menghadapi cabaran yang tidak pernah dilalui sebelum ini.

Beliau berkata, konsep setia kawan akan dijadikan semangat untuk diserapkan ke setiap jiwa pemimpin dan anggota Pemuda.

"Bagi yang tidak bersama (menyokong) saya, tak bermakna mereka akan dipinggirkan. Semangat setiakawan akan kita jadikan satu semangat yang boleh diterapkan pada setiap jiwa ahli Pemuda," katanya berucap menggulung Persidangan Perwakilan Pemuda Umno, di sini, malam tadi.

Dalam ucapan sulungnya sebagai peneraju baru pergerakan itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau melahirkan rasa terharu di atas amanah diberikan perwakilan kepadanya untuk memimpin pergerakan itu.

"Sebelum ini, ada yang kata saya sudah habis (dalam politik)... tiada lagi masa depan. Tanpa Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), saya habis. Namun, saya kembali kepada asas perjuangan iaitu persahabatan dan setia kawan.

"Alhamdulillah... dulu saya menang percuma (pemilihan Naib Ketua Pemuda), hari ini (semalam) ada pertandingan dan saya menang, tapi yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua," katanya.

Beliau turut mengajak semua warga pergerakan itu supaya menegur kepemimpinan Pemuda jika tidak menyenangi apa juga perlakuan yang dilihat mereka sebagai salah.

"Jika silap dan salah, tegurlah saya dan ahli jawatankuasa kerana kita semua manusia biasa," katanya.

Khairy turut memberi jaminan kepada ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) yang semangat setiakawan ingin diterapkan dalam pergerakan itu turut merangkumi kerjasama dengan rakan dalam parti komponen.

Sementara itu, Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim pula berkata, beliau akan bekerjasama dengan Khairy untuk membantu memartabatkan lagi peranan Pemuda Umno.

Katanya, sebagai orang nombor dua, beliau perlu mentaati ketua, selagi pemimpin itu menjalankan tugas dengan baik demi kepentingan parti dan ahli, selain memberi pandangan membina jika perkara sebaliknya berlaku.

"Saya yakin beliau mampu laksanakan tugas dengan baik dan akan mengikut arahan ketua. Keputusan sudah dibuat, sebagai orang nombor dua saya akan tetap bekerja dengan ketua, mentaati beliau, selagi beliau menjalankan tugas dengan baik," katanya.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, tugas pertama yang mahu dilakukannya adalah untuk menjalankan kerja sebagai Naib Ketua dengan baik dan meminta Pemuda memberi peluang untuknya berkhidmat bersama Khairy.

Beliau menyerahkan kepada Khairy untuk menentukan peranan yang boleh dimainkan Mukhriz Mahathir dan Dr Mohamad Khir.

Sementara itu, Datuk Mukhriz Mahathir yang kalah dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Pemuda Umno, berikrar akan tetap meneruskan perjuangan dalam parti tanpa rasa kecewa terhadap mana-mana pihak.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun, berkata beliau adalah seorang yang setia pada parti dan tidak akan mengundurkan diri disebabkan kekalahan itu.

"Saya terima kekalahan ini dengan hati terbuka. Dalam mana-mana pertandingan sudah tentu ada kalah dan menang. Dalam pertandingan tiga penjuru, dua akan kalah dan saya adalah seorang daripadanya," katanya kepada pemberita semalam.

DEKATI ATAU JAUH ?

Posted: 18 Sep 2010 06:10 PM PDT

Khairy ikrar dekati rakyat

KETUA Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mahu menggunakan kedudukannya untuk mendekatkan sayap parti itu dengan rakyat selain merapatkan hubungan sesama ahli.

Beliau berkata, kedudukannya sebagai ketua kepada sayap Umno yang mempunyai kira-kira 700,000 ahli itu, adalah peluang terbaik untuk berbuat demikian terutama menarik mereka yang di luar parti.

"Sekarang saya mempunyai platform mendekati rakyat, berkomunikasi dengan mereka dan cuba membuatkan mereka faham pandangan dan prinsip saya," katanya ketika ditemui semalam.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, Negeri Sembilan, berkata beliau tidak menjangka untuk menang pada pertandingan jawatan ketua pergerakan itu malam kelmarin kerana ia membabitkan calon popular.

"Saya tidak menjangka menang sebab (didakwa) menentang arus dan pertandingan membabitkan calon popular. Untuk menang dalam keadaan itu sesuatu yang tidak dapat dijangka," katanya.

Khairy menang pada pemilihan Ketua Pemuda Umno kelmarin selepas menewaskan dua calon lain iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, pertandingan tiga penjuru itu tidak akan menyebabkan perpecahan dalam Pemuda atau memberi kesan kepada persiapan Barisan Nasional (BN) menghadapi tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini iaitu di Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Sarawak dan DUN Bukit Selambau, Kedah.

"Saya akan memanggil mesyuarat Exco Pemuda malam esok (hari ini) untuk membincangkan secara terperinci mengenai gerak kerja pilihan raya, termasuk pembahagian tugas," katanya.

Mengenai kekecohan di luar dewan yang berlaku sejurus selepas keputusan pemilihan Pemuda diumumkan malam kelmarin, beliau berkata, ia mungkin berpunca daripada pertandingan itu yang disifatkan penuh emosi dan sengit selain tempoh kempen yang panjang.

"Walaupun saya kesal berlaku kejadian itu, kita berupaya menyelesaikannya walaupun mengambil masa. Saya rasa siapa pun yang menang semalam (kelmarin), akan ada tindakan emosi itu, ia boleh dijangka," katanya.

Mengenai ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Khairy berkata, ia mengingatkan ahli parti supaya membuat perubahan pada diri sendiri terlebih dulu sebelum mengubah Umno.

"Ia adalah mesej jelas Presiden bahawa kegagalan kita kerana kita sombong, alpa dan lupa masalah rakyat," katanya.

UBAH, BERUBAH ATAU DI UBAHHKAN ?

Posted: 18 Sep 2010 06:09 PM PDT

Khairy kena ubah persepsi negatif, bukti kebolehan

BEBERAPA pemerhati politik berpendapat cabaran utama Pemuda Umno selepas ini untuk mengubah persepsi negatif terhadap pergerakan itu, sama ada dari dalam atau luar parti.

Ia termasuk persepsi negatif terhadap ketuanya, Khairy Jamaluddin apabila beliau sering dicemuh perwakilan Perhimpunan Agung Umno setiap kali namanya disebut pada persidangan, semalam.

Keadaan ini pernah dialami menantu Perdana Menteri itu ketika memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda tanpa bertanding pada pemilihan parti lima tahun lalu.

"Orang akan anggap dia menang kerana politik wang. Persepsi itu sukar dielakkan," kata pemerhati politik Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman.

Pemerhati politik juga melihat cabaran lebih genting apabila Umno dan Barisan Nasional (BN) berdepan dengan pembangkang dalam tiga pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Perak, Bukit Selambau (Kedah) dan Batang Air (Sarawak) pada 7 April ini.

Sebelum ini, Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, diberikan amaran oleh Lembaga Disiplin Umno kerana menyalahi etika parti membabitkan politik wang pada pemilihan, Rabu lalu.

Nidzammuddin berkata, apa yang penting cara Khairy menangani persepsi itu.

"Jika persepsinya mengatakan dia susah didekati dan sombong, dia kena ubah cara berhadapan dengan orang. Khairy kena buktikan sebaliknya," tegas Nidzammuddin.

Sebelum ini, Khairy sering dituduh memainkan peranan penting di belakang tabir dalam pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, walaupun Khairy menafikannya.

Prof Madya Dr Muhammad Agus Yusoff pula berkata, Ketua Pemuda Umno itu perlu diberi peluang membela diri dan memimpin Pemuda kerana beliau sudah dipilih secara demokratik oleh perwakilan.

"Siapa yang menolak Khairy, dia menolak proses demokrasi dalam Pemuda Umno. Soal persepsi terbabit politik wang atau tidak, itu soal kedua. Beliau perlu diberi peluang membuktikan diri," katanya.

Khairy menewaskan Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir, 44, yang juga calon pilihan dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, 43, untuk merebut jawatan Ketua Pemuda.

Beliau mendapat 304 undi diikuti Mohamad Khir (254) dan Mukhriz (232).

"Khairy di bawah tekanan hebat. Jika dia berjaya atasi persepsi dan menyatukan Pemuda, lambat laun dia akan dihormati," kata penyokong Khairy yang enggan dikenali.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno buat pertama kalinya kelmarin, ketika ditemui media, Khairy dihujani dengan soalan berkisar persepsi negatif terhadapnya dan bagaimana beliau menanganinya menjelang pilihan raya kecil. - Bernama

PEMBAHARUAN ATAU ????????

Posted: 18 Sep 2010 06:07 PM PDT

Pemuda ikrar buat pembaharuan

Falsafah kerja baru digaris bagi capai matlamat kemenangan sokongan generasi muda

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno diingatkan pergerakan itu kini berada di persimpangan jalan yang amat penting dalam perjuangannya kerana sebarang pilihan dan tindakan yang akan dibuat bakal menentukan jatuh bangun Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Berikutan itu, Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda Umno akan melakukan transformasi dalam pendekatannya dengan memperkenalkan Rukun Pemuda, iaitu bersatu, berprinsip, inklusif, relevan dan proaktif.

Beliau berkata, Pemuda Umno juga menggariskan satu falsafah kerja baru serta meletakkan garis panduan untuk mencapai matlamat kemenangan sokongan generasi muda.

"Kita perlu ingat PRU-13 adalah pertarungan survival bagi Umno dan Barisan Nasional (BN). Pakatan pembangkang akan cuba memberi pukulan maut kepada kita selepas berjaya menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dan menang di lima negeri pada pilihanraya umum lalu.

"Umno dan BN mempunyai tiga tahun untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kita masih berupaya menjadi pemimpin dan pentadbir terbaik untuk negara," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar yang bertemakan Di persimpangan Jalan Perjuangan, pada Perhimpunan Agung Umno Pergerakan Pemuda Umno, di sini semalam.

Khairy juga mengingatkan, Umno dan BN kini berdepan pengundi yang berpendidikan dan terdedah kepada dunia yang mendorong mereka mudah membuat perbandingan tahap pencapaian serta amalan politik di Malaysia dengan negara lain.

"Kira-kira tujuh juta daripada jumlah pengundi pada PRU-13 nanti terdiri daripada pengundi muda. Generasi ini tidak boleh dipaksa menyokong kita dengan (hanya) hujah mereka patut berterima kasih dan bersyukur kepada Umno dan BN. Dulu, pendekatan itu mungkin boleh diguna pakai, tetapi bagi generasi muda sekarang, mereka mahu tahu apa yang boleh Umno dan BN laksanakan, bukan apa yang sudah serta pernah dilaksanakan," katanya.

Khairy berkata, landskap politik tanah air kini yang amat berlainan akibat aliran maklumat bebas melalui media, khususnya media baru yang memberi kesedaran dan kematangan politik kepada rakyat.

"Inilah persekitaran terkini � lebih bebas, terbuka, muda, terdidik dan kosmopolitan. Kaedah berpolitik abad ke-21 ini menuntut perubahan. Persekitaran yang mencabar ini dan masa yang teramat suntuk menuntut kita bergerak sepanjang waktu, tanpa noktah dan tanpa rehat kerana survival kita bergantung kepada keputusan PRU-13 nanti," katanya.

Namun, Khairy berkata, ada tanda-tanda menunjukkan penerimaan orang muda terhadap Umno dan BN kembali meningkat seperti pada pilihan raya kecil di Manek Urai dan Bagan Pinang.



Beliau juga menegaskan Pemuda Umno menyokong penuh cadangan pindaan perlembagaan yang akan dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Khas hari ini dan meletakkan harapan supaya segala pindaan itu akan diterima kerana ia secara langsung memberi pengiktirafan kepada orang muda.

Bilik Perang' Pemuda Umno hanya tinggal kenangan atau realiti.

Posted: 18 Sep 2010 06:05 PM PDT

>> Pemuda

'Bilik Perang' Pemuda Umno atur strategi menangi hati rakyat

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno akan menubuhkan 'bilik perang' bagi menyusun dan mengatur strategi memenangi hati rakyat terutama pengundi golongan muda untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum serta pilihan raya kecil.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata dianggarkan lebih tujuh juta pengundi muda layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti dan mereka akan mempengaruhi jatuh dan bangunnya Umno dan Barisan Nasional (BN) di persada politik tanah air.

"Bagi memastikan BN dan Umno terus relevan kepada golongan muda, Pemuda Umno perlu membuktikan kepada golongan muda bahawa Umno benar-benar mendampingi, memahami serta bekerja untuk memenuhi tuntutan keperluan dan masa depan mereka," katanya dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2009 di sini hari ini.

Khairy berkata dalam hal ini, terdapat persekitaran semasa yang lebih bebas, terbuka, muda, terdidik dan kosmopolitan yang menjadikan generasi muda sekarang lebih kritis dan memilih dalam membuat keputusan politik mereka.

"Oleh itu, amat penting bagi kita semua untuk peka dan berusaha keras mendampingi golongan muda secara berfokus, giat dan terancang," katanya.

Dalam usaha mencapai satu penunjuk prestasi utama yang ditetapkan oleh Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau berkata pendekatan Pemuda tidak seharusnya hanya tertumpu kepada penyelesaian masalah dan bantuan kebajikan berdasarkan sumber fiskal negara semata-mata.

"Kita juga harus mendampingi mereka dengan wadah media yang kontemporari dengan golongan muda. Suka atau tidak, sedar atau tidak, kebanyakan orang muda mendapat sumber maklumat dan buah fikiran daripada saluran-saluran media baru, terutamanya internet.

"Sehubungan itu, parti kita harus segenerasi dan mempunyai menu dan selera yang sama dengan mereka. Dalam hal ini, suka saya merujuk kepada pendekatan yang proaktif lagi inovatif oleh Presiden kita yang bukan sahaja mempunyai mempunyai laman webnya sendiri malah, akaun twitter, facebook, YouTube serta flickr. Inilah satu contoh yang terbaik buat kita ahli parti semua," katanya.

Menyentuh usaha Pemuda untuk meningkatkan semangat dan kesedaran berpasukan dalam kalangan pimpinan pergerakan itu, Khairy berkata beliau bercadang untuk menganjurkan beberapa kursus latihan akhir tahun ini untuk Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda di peringkat bahagian.

"Kursus itu akan kita usahakan berteraskan empat rukun kesatuan yang disebut oleh Timbalan Presiden tempoh hari, iaitu kesatuan minda, hati, amal dan matlamat.

Dengan bimbingan (Naib Presiden Umno) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Biro Latihan Umno, Insya-Allah program ini akan membantu melengkapkan usaha supaya pimpinan parti di semua peringkat sama-sama dapat bergerak berlandaskan keutuhan dan iltizam yang baru demi mencapai misi kita," katanya.

Khairy berkata dengan semangat dan keinsafan yang dipupuk, beliau yakin Pemuda Umno akan dapat menerapkan budaya politik yang ikhlas, tawaduk serta berlandaskan prinsip sukarelawan dan mengutamakan prestasi demi rakyat, seperti mana yang diamanatkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga berkata Pemuda Umno akan mempertahankan maruah parti daripada dicerca dan difitnah oleh pembangkang.

"Ikrar saya kepada Presiden dan Timbalan Presiden, Pemuda kini bersedia untuk menjadi pejuang dan benteng hadapan kepada BN.

"Lihat sahaja di (pilihan raya kecil) Bagan Pinang, apabila Pas mengisytiharkan jihad dengan BN, seluruh ahli Umno tampil ke hadapan bagi menjaga maruah parti dan BN.

"Kami Pemuda Umno tetap tidak berganjak, sanggup menggadaikan jiwa dan nyawa demi maruah agama, bangsa dan perjuangan parti," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Pengikut