Sabtu, 18 September 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Singapura patut contohi Malaysia!

Posted: 17 Sep 2010 10:43 PM PDT

Artikel pilihan : Singapura patut contohi Malaysia!
Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew mengulangi kecamannya terhadap sistem politik Malaysia kerana mengamalkan diskriminasi kaum, menyisihkan bukan Melayu dengan dasar memberikan kedudukan istimewa kepada orang Melayu.

Lee Kuan Yew yang telah pun berusia 87 tahun dan berada dalam keadaan uzur, di samping menghadapi isterinya, 89 tahun yang kini tidak boleh lagi bercakap sejak diserang strok dua tahun lalu, nampaknya menyimpan dendam dan harapan yang tidak kunjung padam di atas kegagalannya menegakkan Malaysian Malaysia di Malaysia lebih 40 tahun lalu.

Gagasan itu telah tersingkir bersama dengan penyingkiran Singapura dari Malaysia tetapi telah menampakkan kesegarannya semula setelah Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 sekali gus memberi nafas baru kepada DAP yang mewarisinya, malah semakin nampak maju ke hadapan dengan DAP mendapat sokongan daripada parti parti pembangkang Melayu.

Adalah tepat kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin bahawa kenyataan Lee Kuan Yew yang dilontarkan dalam suasana Malaysia sekarang merupakan suatu hasutan, ibarat menjirus minyak ke atas api, menyalakan perasaan perkauman dan membantu merungkaikan ikatan sosial di Malaysia.

Kenyataan Lee Kuan Yew itu lebih berpotensi untuk memarakkan perasaan marah orang Cina Malaysia yang sekarang memahami 1Malaysia sebagai Malaysian Malaysia.

Dalam pada itu, berasaskan kepada tulisan-tulisan yang disiarkan oleh akhbar-akhbar di Singapura dan luar negara, ternyata keadilan sosial yang didakwa oleh Lee Kuan Yew sebagai amalannya tidak dapat dirasakan oleh generasi baru Singapura.

Mereka tidak dapat melihat kebenaran kata-katanya itu kerana mereka merasakan lebih tertekan dan teraniaya melihat kebebasan yang dinikmati oleh jiran terdekat mereka, Malaysia. Rakyat Malaysia bebas bersuara terhadap perasaan tidak puas hati mereka, malah boleh mempersendakan lagu kebangsaan negara!

Rakyat Singapura sudah berpuluh tahun hidup dalam ketakutan untuk bertindak dan bersuara secara berkumpulan atau secara individu termasuk dalam beberapa hal, mereka tidak bebas untuk mengamalkan agama, budaya dan cara hidup masing-masing. Umpamanya, pembakaran gaharu tidak dibenarkan di rumah-rumah pangsa dan azan dari masjid dan surau tidak boleh kuat suaranya.

Lee Kuan Yew tidak memberikan apa yang diberikan oleh Malaysia kepada generasi barunya iaitu udara kebebasan baru yang merungkai sistem kawalan sosial supaya setanding dengan dunia demokrasi dan nilai globalisasi.

Dalam temu bual dengan Seth Mydans untuk akhbar New York Times baru-baru ini, Lee Kuan Yew telah menegaskan sekali lagi pendiriannya untuk tidak menukar sistem pemerintahan Singapura dengan menolak tuntutan generasi baru untuk keterbukaan politik kerana ia membuka pintu kepada politik perkauman dan akan memecah-belahkan masyarakatnya (Lihat The New York Times 2010 http://bit.lydtbcMF)

Tetapi generasi baru Singapura tidak lagi percaya kepada doktrin itu. Mereka sedang berjuang secara senyap di dalam dan di luar negara untuk merungkaikan kawalan sosial yang membelenggu hidup mereka secara authoritarian dan mereka akan melakukannya dengan lebih berani apabila tangan Lee Kuan Yew tidak kelihatan lagi.

Bagaimanapun, sementara menunggu saat bahagia itu tiba, mereka memerlukan sokongan moral terutama dari luar negara. Menurut New York Times, generasi muda Singapura membimbangkan Lee Kuan Yew dengan tuntutan bagi mendapatkan kebebasan politik yang lebih luas dan juga kebebasan untuk bertukar fikiran dalam era Singapura yang moden.

Generasi muda negara itu sedang menunggu dengan sabar saat kebebasan itu datang kerana menurut laporan New York Times itu lagi, Lee Kuan Yew semakin lemah sekarang dengan menderita tekanan jiwa berhadapan dengan keadaan isterinya yang terlantar.

Namun begitu, Lee Kuan Yew tetap mempunyai semangat yang tinggi dan tetap mengenangkan perpisahan Singapura dari Malaysia sebagai sesuatu yang amat menyakitkannya, tetapi lupa dia meninggalkan warisannya di Malaysia iaitu Malaysian Malaysia yang menjadi duri dalam daging di negara ini dan amat menyakitkan hati sebahagian besar rakyat Malaysia.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sepatutnya bersimpati dengan harapan generasi baru Singapura itu dan membantu memberikan semangat yang kuat kepada mereka untuk mewujudkan Singapura baru yang dapat mengecap udara kebebasan serta demokrasi sesuai dengan kedudukan dan taraf Singapura sebagai negara maju. Pada hari ini, Singapura dilihat sebagai negara maju yang mengamalkan demokrasi dunia ketiga.

Sebagai sokongan moral, Pemuda UMNO Malaysia patut menghantar memorandum kepada Menteri Mentor Singapura dengan salinannya kepada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi mendesaknya memberikan kebebasan media dan kebebasan bergerak kepada parti-parti politik lain, selain daripada PAP demi keadilan sosial di Singapura.

Dengan itu, beliau dapat melihat rakyat Singapura menyanjungnya semasa beliau hidup dan tidak mengutuknya selepas beliau mati. Sekurang-kurangnya dalam hal ini, Singapura patut meniru Malaysia. Lee Kuan Yew akan dapat melihat kegelisahan rakyatnya yang terpendam ini di sebalik segala kemewahan Singapura jika Malaysia membuka pintunya kepada rakyat Singapura untuk penghijrahan bagi pemastautin tetap atau untuk menjadi rakyat negara ini.

Pintu Malaysia akan pecah seperti pecahnya Tembok Berlin dengan pelarian rakyatnya sekali gus akan membuktikan mereka tidak mempunyai kepercayaan terhadap masa depan Singapura.

Apa salahnya untuk Pemuda UMNO Malaysia sekadar menghantar memorandum kepada Lee Kuan Yew, sedangkan bekas Perdana Menteri Singapura itu telah menceroboh dalam pengurusan politik Malaysia.-UM.

Suara Politik
Taminsar

HUDUD TANYA ITU HUD HUD ( NIK AZIZ)

Posted: 17 Sep 2010 10:33 PM PDT

HUDUD TANYA ITU HUD HUD ( NIK AZIZ)
Posted by MUTIARA MELAYU PULAU PINANG

Pelaksanaan hudud ambil masa - Nik Aziz

KOTA BHARU 3 Sept. - Hukum hudud yang diperjuangkan Pas sudah tentu mengambil masa untuk dilaksanakan disebabkan ada penentangan daripada pihak tertentu.( siapa yang menentang. Aku tau mesti hangpa kata UMNO. DAP dan PKR yang lawan hudud hangpa tak kata. Ni namanya dakwah tong tahi dalam PAS )

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun menyifatkan penentangan tersebut perkara lumrah yang mesti dihadapi Pas apabila hendak melaksanakan undang-undang Islam itu.( perkara lumrah ? kalau dah tahu lumrah , kenapa tiada action plan untuk atasi perkara yang tahu akan pasti berlaku. buat ajerlah. jangan dok politik kuat sangat)

"Biasalah perkara baru apabila orang dengar akan ditentang.( perkara baru kata kau nik aziz. bukan ker hudud ni dah lama pas bawa. bukan baru. kalau baru , maksudnya semalam atau baru setahun pas perjuangkan. cakap ajerlah bacul dna takut dan nak cover bohong rakyat. Seperti juga parti Islam 50 tahun dahulu orang tentang.( sekarang pun orang tentang sebab kau parti politik yang rosakan Islam) Ada pihak kata politik suku agama suku, sekarang parti Islam pula yang jadi kerajaan.

"Begitu juga kewangan Islam, dahulu orang kata mana boleh berniaga tanpa riba, zaman sekarang kewangan Islam, bank Islam jadi rebutan, orang Barat pun pakai.( sapa yang buat? bukan UMNO yang buat ke bank Islam. PAS buat apa di kelantan?Ngaku pun kau kejayaan UMNO)

"Jadi, hudud ini biarlah kita sebut-sebut dahulu, lama-kelamaan nanti tentu orang menentang akan tertanya-tanya juga tentang kelebihan hudud yang kita cita-citakan ini," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di sini, hari ini. ( bagi sebut sebut dulu sampai bila ? sampai dah haus pungkok DAP hangpa jilat? takut cakap je takut. nak kuasa juala agama.)

Semalam, Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menyatakan hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya Pas dan pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan memerintah negara. ( lebih kurang macam guan eng jugalah ammar ni )

Beliau berkata, Pas dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini bersetuju tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini.( langsung tak bincangkan.........siannya pas takut pada kafir. mana ada sirah nabi saw , nabi saw tunduk pada cakap kafir kecuali dalam kes hudaibiah jer. itu pun ada strategi nabi saw sendiri)


"UMNO tidak ada sebarang hujah untuk hidup. Apabila gerakan Islam ada bersama, gerakan lain jadi malap. Untuk menaikkan diri dia (UMNO) maka terpaksa buat macam-macam perkara, dengan duitlah dengan ugutlah.

"Tetapi gerakan Islam tidak payah ugut, tidak payah duit ( aikkk yang husam bagi rm 4 juta pada kickdifella tu apa? husam senyap sampai sekarang.bukan duit ker tu? rm 4juta tu tahi orang PAS ker?), tidak payah memperalat apa-apa kerana ia mempunyai hujah yang cukup," katanya.

DAP ITU PAS, PAS ITU DAP

ALLAH SURUH MASUK AGAMA ISLAM, BUKAN PARTI ISLAM

Posted: 17 Sep 2010 10:31 PM PDT



Posted by MUTIARA MELAYU PULAU PINANG

Firman Allah maksudnya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya (dengan mematuhi segala ajarannya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [2:208]
( tidak disebut masuk parti Islam . Parti islam bukannya sama dengan agama Islam.Pas yang putar belitkan firman. Mereka alim tetapi mereka bukan mua'lim dan bukan tentu ahlul syurga.)


Fasal 5. Tujuan PAS ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

tujuan pas ditubuhkan nak tahan kesucian Islam. Tapi sekarang mengotorkan Islam lagi adalah.pas dah lari dari tujuan perlembagaan mereka sendiri. Kafir boleh baca quran, boleh baca maksud quran dan tafsir ikut kepala hotak kafr sendiri. kafir boleh masuk masjid tanpa bersuci dan menutup aurat. kafir boleh gunakan nama Allah, kafir boleh serah bantuan zakat kafir boleh bagi bantuan pada Islam, kafir boleh liberalkan Islam.
hukum Islam pas dah lupa. takpe sebab DAP tak bagi. dulu bukan bagus kata umno. sekarang dap tak bagipun kata umno lagi. memang halal ler kalau Allah musnahkan PAS. Kiamat akan hampir dan masanya menghampiri kiamatnya PAS./td>

PAS BOLEH DIMANSUHKAN. SEKEJAP JER LAGI.

Posted: 17 Sep 2010 10:29 PM PDT

PAS BOLEH DIMANSUHKAN. SEKEJAP JER LAGI.
Posted by MUTIARA MELAYU PULAU PINANG




FASAL 78. Cara Memansuhkan PAS

(1) PAS ini tidaklah boleh mansuh atau bubar melainkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima daripada jumlah bilangan ahli-ahli PAS yang telah menyatakan persetujuan mereka dengan bersendiri ke dalam Muktamar yang diadakan kerana maksud tersebut, atau dengan persetujuan sebulat suara dari perwakilan yang mewakili tiga perlima daripad ahli-ahli PAS Kawasan di dalam Muktamar PAS kerana maksud tersebut. ( perwakilan sahaja boleh buat keputusan.)

(2) Jika persetujuan bagi memansuh dan membubarkan PAS ini dipersetujukan, maka segala hutang-hutang PAS hendaklah dijelaskan dan segala wang waki harta-harta dan apa jua yang berkait dengannya terserahlah kepada keputusan Muktamar itu.

(3) Kenyataan berkenaan dengan memansuh dan membubarkan PAS ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam tempoh empat belas hari dari tarikh diambil keputusan itu.
apabila Allah yang menciptakan, maka ia juga berkuasa untuk mematikan. apabila Allah mentakdirkan PAS itu wujud sebagai parti politik, maka dengan kuasa Allah jugalah PAS boleh dimansuhkan. Allah berikan pas kuasa sedikit di Perak. lalu PAS kata Allah menyebelahi kita. Tapi, apabila kalah 9 bulan selepasnya, PAS menyalahkan kerajaan zalim dan apakah mereka tak percaya Allah telah menarik kuasa mereka. Justeru, PAS boleh dimansuhkan. jika mansuh,ahli PAS totok boleh tubuh parti baru atau join dgn pkr atau dap untuk melawan BN.PRM kan dah berkubur bila bergabung dgn PKN. Hasilnya ialah PKR

MELAYU - JAWI

Posted: 17 Sep 2010 10:21 PM PDT

MELAYU - JAWI


Siapakah Melayu? Darimanakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. 'Di hujung dunia', setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat... tidur dengan lenanya... senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka...dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!

Pertahan Bangsa Bukan Perkauman Atau Ekstrem

Posted: 17 Sep 2010 10:18 PM PDT

riday, September 17, 2010
Pertahan Bangsa Bukan Perkauman Atau Ekstrem
A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

APAKAH benar ada pelampau kaum di negara kita Malaysia ini yang menolak kepelbagaian bangsa?

Saya rasa tidak ada pelampau seperti itu. Tetapi jika saya faham amaran Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, baru-baru ini, beliau seolah-olah berkata ada ekstremis seperti itu.

Boleh jadi betul kerana sebagai Perdana Menteri, tentu beliau mempunyai maklumat perisikan yang kita, sebagai rakyat biasa, tidak tahu.

Saya katakan begitu kerana laporan media memetik Mohd Najib sebagai menyatakan bangkangan keras terhadap "tindakan kumpulan dan individu ekstremis" yang didakwanya "masih tidak toleransi, apatah lagi mengakui faedah masyarakat majmuk."

Sejak saya tahu membezakan antara Melayu, Cina, India dan Siam di kampung pinggiran sungai bernama Tanah Merah dalam mukim Guar Kepayang dalam daerah Pendang di negeri Kedah, sampailah sekarang, saya belum berjumpa seorang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau mana-mana bangsa, kaum dan suku kaum yang menolak kepelbagaian.

Baru-baru ini saya melawat anak saudara sakit di Pontian. Dia dan keluarganya tinggal dalam kebun kelapa sawit. Di sebelah pagarnya sebuah bengkel kereta milik seorang Cina.

Di tengah-tengah kampung Melayu ada sebuah dua rumah orang Cina. Di merata tempat, termasuk dalam perkampungan Melayu, ada tokong Cina.

Kalau dibuat bancian, saya rasa paling banyak tokong Cina per kapita mungkin di negeri Johor.

Kalau bangsa-bangsa dan kaum-kaum di Malaysia tidak mengamalkan toleransi, apatah lagi bersikap ekstrem, saya rasa kita bukan sahaja ada satu 13 Mei (1969), tetapi banyak 13 Mei sebelum dan selepas itu.

Hatta kempen Pas pada pilihan raya umum 1969 yang mahu "menghambat" orang Cina dan India ke dalam laut itu pun bukan berpunca daripada perasaan perkauman yang mendalam, tetapi sekadar sedap cakap dan political posturing.

Bukan apa, pada masa yang sama orang Pas berniaga dan berhutang dengan orang Cina. Orang Cina jadi Along dan Ceti melalui sistem padi kunca.

Sebaliknya, di kampung saya yang terletak dalam kawasan parlimen Kota Setar Selatan (sekarang Pendang), orang Cina undi Pas dan tolak Perikatan sehingga menyebabkan kekalahan (Tun) Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum itu.

Mungkin saya kurang cerdik dan kefahaman bahasa saya lemah. Bagi saya, orang Melayu tuntut hak dan pertahan hak bukan perkauman atau ekstrem.

Kalau orang Melayu tuntut hak dan pertahan hak dituduh perkauman dan ekstrem, maka orang Iban, Kadazan, Orang Asli, Cina dan India yang tuntut hak dan pertahan hak juga perkauman dan ekstrem.

Tetapi itulah ciri kita di Malaysia. Semua bangsa tuntut hak, semua bangsa ada hak dan semua bangsa tidak puas hati dengan hak yang mereka ada.

Kalau orang Melayu tidak bersikap toleransi, kenapa pula mereka tidak memberontak dan membuat kacau apabila kuota mereka dalam pemilikan kekayaan korporat hanya 30 peratus sedangkan bilangan mereka lebih 50 peratus? Sebetulnya bukan hanya 30 peratus, tetapi sekurang-kurangnya 30 peratus.

Zaman saya kanak-kanak dulu, jiran-jiran Cina kami memelihara, menyembelih dan menjual daging babi dalam kampung Melayu. Nenek saya membenarkan jiran Cinanya mengambil keladi dan batang pisang untuk makanan babi. Sebagai ganti, mereka memberikannya gula, kopi, kuih bulan, cerut cap ikan emas dan kepada tok wan saya rokok Rough Rider.

Atau apakah seseorang itu dianggap perkauman dan ekstrem kerana tidak memeluk erat segala bentuk mantera dan slogan pemerintah seperti 1Malaysia?

Dalam blognya (http://www.1malaysia.com.my/) pada 15 September, Perdana Menteri, antara lain mengulas: "Saya menentang perlakuan seperti ini sekeras-kerasnya. Saya berasa sungguh sedih apabila di sebalik tinggal dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan merdeka lebih dari 50 tahun, masih ada di kalangan kita ini yang tidak boleh bertoleransi, apatah lagi menerima kebaikan masyarakat yang berbeza-beza ini. Kesedihan yang saya rasakan ini adalah disebabkan dengan menolak cara hidup kita yang berbeza-beza ini, mereka juga menolak 1Malaysia."

(I am strongly opposed to these types of behaviour. It saddens me that despite living in an independent multi-cultural nation for over 50 years, there are still those among us who cannot tolerate, much less accept the benefits of a perse (?) society. It saddens me because by rejecting our perse (?) way of life, they reject 1Malaysia.)

Kalau penolakan terhadap mantera dan slogan pemerintah boleh ditakrifkan sebagai "puak-puak dan individu-individu pelampau", maka ramailah yang tergolong dalam kategori ini.

Mohd Najib berkata lagi: "Puak-puak pelampau ini terdiri daripada kumpulan atau inpidu-inpidu (sic) yang mempercayai pada pandangan dan tindakan radikal terhadap pihak lain. Mereka menganggap pihak yang bertentangan fahaman dengan mereka sebagai musuh dan berusaha menakut-nakutkan pihak yang tidak menerima pemikiran atau ideologi mereka dan dalam keadaan tertentu pada orang-orang yang hanya kelihatan berbeza daripada mereka."

Apa pun diagnosis dan prognosis Perdana Menteri, saya berpendapat bahawa kita yang berbeza pendapat dengan pemerintah dan tidak memeluk erat mantera dan slogannya, bukanlah pertubuhan atau individu ekstrem, apatah lagi perkauman.

Kalau kita keras, tegas, ekstrem dan perkauman, kita tentu mengutuk dan mahu tindakan dikenakan ke atas ratusan ribu rakyat negara ini yang tidak pun boleh berbahasa Melayu dengan secukupnya, termasuklah yang memegang jawatan penting dalam politik dan pentadbiran.

Kita tentulah menuduh pertubuhan dan individu yang menolak sekolah wawasan sebagai tidak bertoleransi dan ekstrem.

Tetapi bukan sahaja konsep sekolah wawasan gagal dimartabatkan, sebaliknya ramai orang Melayu menghantar anak-anak mereka ke sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Apa yang sebenarnya berlaku pada akhir-akhir ini adalah bangsa-bangsa di Malaysia cuba menelah, memahami dan mencari tempat bagi anggota bangsa mereka dalam landskap politik yang cair dan dalam kerangka pemikiran serta tindakan baru yang berkisar di sekitar perisytiharan dan bahasa berkod (coded language) seperti meritokrasi, persamaan, Model Baru Ekonomi, 1Malaysia, keterangkuman, globalisasi dan keterbukaan.

Samalah dengan sebahagian umat Islam berbahas dan berpolemik mengenai Islam Hadhari dan akhirnya ramai menolak konsep itu kerana mereka tidak setuju Islam dilabelkan.

Bahas dan polemik yang mengutarakan isu-isu dan ciri-ciri kaum yang sedang berlangsung sekarang tidak bermakna masyarakat berbilang kaum kita semakin ekstrem dan perkauman.

Jika ada kenyataan dan pernyataan yang berbau perkauman atau ekstrem, ia mungkin tercetus akibat kebimbangan atau tanggapan bahawa struktur agung politik (political superstructure) negara tidak lagi mampu atau mirip kepada mempertahankan status quo dan kontrak sosial yang selama ini menjadi teras kestabilan dan keyakinan.

Justeru itu, kemunculan badan-badan bukan kerajaan dan individu yang berani bersuara serta bercanggah pendapat dengan pemerintah, khasnya dalam masyarakat Melayu, bukanlah satu tindakan perkauman atau ekstrem.

Malah menerima dan menghormati kepelbagaian suara serta pendapat, khasnya di kalangan kaum majoriti, adalah sesuatu yang sihat dan selaras dengan sikap toleransi dan kesederhanaan yang hendak ditegakkan itu.

BACA, FAHAM, FIKIR, TIMBANG. - MELAYU SINGAPURA.

Posted: 17 Sep 2010 10:15 PM PDT

Melayu Singapura said...
Datobaru sedekad kerajaan republik Lee Kwan Yew membawa masuk Foreign Talent dari luar dan di beri taraf kerakyatan, sudah timbul rasa tidak puas hati di kalangan majoriti rakyat mereka terhadap peluang pekerjaan dan ekonomi.Yang peliknya dikalangan FT itu ada yang berasal dari tanah besar Cina yaini satu kapal dengan penduduk majoriti republik Lee Kwan Yew.Kemarahan mereka dapat di rasai oleh PAP sehingga PM Lee Hsien Long masih teragak agak untuk membuat pengumuman tarikh pilihanraya yang menjelang tahun 2011.Itu lah nama manusia yang bertuhankan keduniaaan, tak pernah merasa puas dengan hidup dunia ini.

Tiada ulasan:

Pengikut