Sabtu, 18 September 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


PM Elak Konflik Dengan PERKASA, Apa Lagi KJ?

Posted: 18 Sep 2010 04:46 AM PDT

Akhirnya YAB Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO hari ini memberikan pendiriannya berhubung beberapa isu berkaitan dengan NGO terutamanya PERKASA disini. Pendirian yang boleh dikatakan rasmi dan mewakili UMNO ini memang ditunggu-tunggu oleh banyak pihak, bukan sebab mereka nak sangat menyertai PERKASA pun tapi untuk melihat respon seterusnya daripada mereka-mereka yang terlalu paranioa dengan PERKASA seperti Khairy Jamaludin, Nazri Aziz dan Ku Nan.

Datuk Seri Najib bagaimanapun memberikan penegasan bahawa pendirian yang diambil oleh PERKASA tidak semestinya dipersetujui oleh UMNO, vice versa, sesuai dengan sifat dan tujuan penubuhan masing-masing, UMNO sebagai parti politik yang mewakili orang melayu dalam BN manakala PERKASA sebuah NGO yang memainkan peranan membela hak melayu dan bumiputera dalam perlembagaan.

Dalam keadaan UMNO memerlukan sokongan sebanyak mana yang boleh sekarang, konfrontasi dengan mana-mana pihak bukanlah jalan penyelesaian. Tidak pernah kita mendengar MCA berkerat rotan dengan Dong Jiao Zong mahupun Suqui atau MIC berhenti membela pemimpin HINDRAF yang ditahan dibawah ISA pada satu ketika (bukan pada maksud perjuangannya) tapi kenapa UMNO pula perlu berkonflik dengan PERKASA? Walhal perjuangan Suqui, Dong Jiao Zong dan HINDRAF bersifat perkauman tegar masing-masing cina dan india yang mana diluar konteks perlembagaan berbanding perjuangan PERKASA.

Sama ada kita sedar atau tidak, perlembagaan yang diusahakan oleh Suruhanjaya Reid dahulu dan telah melalui proses pindaan sebanyak 45 kali sejak merdeka, bakal ditulis semula dalam bentuk lain oleh pihak-pihak 'arif' undang-undang yang condong kepada pembangkang. Kempen sedang dijalankan diserata negara bagi memberi penerangan kepada rakyat tentang apa yang ada dalam perlembagaan sekarang (tersurat) dan apa yang boleh ditawarkan mereka untuk ditukar jika pembangkang menjadi pemerintah (tersirat), termasuk penghapusan hak keistimewaan melayu. Maka itu suka atau tidak, kita memerlukan NGO-NGO seperti PERKASA untuk memperjuangkan hak itu bagi pihak orang melayu.

Bahkan hakikatnya, dengan saiz orang melayu dan bumiputera di negara ini yang melebihi 50% populasi berbanding kaum-kaum lain, kita sebenarnya memerlukan lebih banyak NGO seperti PERKASA bagi menepis segala cubaan oleh pihak-pihak berkepentingan atas hak keistimewaan orang melayu dalam perlembagaan.

Jika pemimpin-pemimpin UMNO seperti Khairy Jamaludin, Nazri Aziz dan beberapa lain yang senada dengannya berjaya memainkan peranan masing-masing selaras dengan perjuangan UMNO, kita memang tidak memerlukan pertubuhan seperti PERKASA. Masalahnya bila rakyat amnya dan melayu khasnya melihat kegagalan pemimpin-pemimpin ini berhadapan dengan cabaran demi cabaran yang dilontar ke atas hak keistimewaan orang melayu dalam perlembagaan oleh pihak tidak bertanggungjawab, maka PERKASA ditubuhkan untuk memikul peranan itu. Apa pun masalah moral politik dan sejarah katak Ibrahim Ali, itu tak sepatutnya menjadi penghalang kepada UMNO menyokong perjuangan PERKASA kerana ia selari dengan perlembagaan persekutuan.

Nazri Aziz dan Khairy Jamaludin memang menjadi antara duri dalam daging kepada kelicinan dan pembaharuan yang dibawa oleh pentadbiran Datuk Seri Najib selama ini. Sebagai orang yang tiada merit lagi untuk meneruskan perjuangan dalam UMNO selepas kejatuhan Tun Dol, peranan talam dua muka yang dimainkan mereka bagi memastikan tempat jika BN kekal memerintah atau pembangkang bakal mengambil alih teraju pemerintahan negara (mintak jauhla) dalam pilihanraya akan datang, melukakan hati banyak pihak dalam UMNO. Ada beberapa faktor lagi sebenarnya yang mencakar keberkesanan pembaruan pasca Tun Dol yang dibawa Datuk Seri Najib tetapi dua ekor ini adalah yang paling menonjol.

Dengan pengumuman ini, bermakna ahli UMNO dengan sendirinya bebas untuk menyertai PERKASA tanpa ada ragu-ragu lagi. Kita harap dengan pencerahan berhubung isu ini dapat membantu kita memulakan proses seterusnya, iaitu mendapatkan jumlah sebenar keahlian ahli UMNO dalam PERKASA untuk dihantar kepada Khairy Jamaludin bagi membantunya keluar dari UMNO dan menyertai pembangkang seperti mana yang dihajatkannya selama ini. Kalau Nazri Aziz nak ikut sekali pun, rasanya tidak ada masalah, kudis dan tungau dalam UMNO ini memang perlu dibuang.

Lanjutan daripada pengumuman Datuk Seri Najib, sudah ada pimpinan peringkat Negeri UMNO yang secara terbuka mengumumkan tidak akan menghalang mana-mana ahli UMNO dinegerinya untuk menyertai PERKASA seperti Datuk Seri Awang Adek di Kelantan, kenyataan itu boleh dirujuk disini. Kita yakin selepas ini akan ada lagi pengumuman demi pengumuman serupa menyusul yang bakal menambah tekanan kepada KJ untuk keluar dari UMNO. Sebenarnya tidak ada tekanan pun kerana pendirian pro pembangkang KJ memang sudah diketahui oleh semua pihak cuma menanti saat yang betul sampai saja bagi menetapkan pendirian.

Memetik sari bahasa oleh rakan-rakan penulis di Forum laman ini, "UMNO mungkin tidak menjadi terlalu kuat dengan menyokong perjuangan PERKASA tetapi UMNO akan bertambah lemah jika mengambil pendirian menentang PERKASA".

Fikir-fikirkanlah.

(Oleh: Adamyan)

LKY: Sahabat Nik Aziz yang kurang ajar..!!!

Posted: 17 Sep 2010 02:56 PM PDT

Penulis begitu marah dengan komen Lee Kuan Yew tentang Malaysia di New York Times baru-baru ini. Lee Kuan Yew yang sudah tua tapi belum mampus-mampus lagi itu sekali lagi cuba membuat campur tangan politik terhadap Malaysia. Dasar Si "tua kutuk" ini yang celupar dan kurang ajar ini patut diajar. Baru-baru ini, sahabat karib Nik Aziz ini membuat kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan diskriminasi perkauman dan menafikan hak kaum minoriti. Biadap sungguh bapa Lee Hsien Loong ini!

Kenapa Lee Kuan Yew sebokkan tentang hal Malaysia? Apakah hanya untuk mencari publisiti politik murahan di rantau Asia Tenggara ini? Apakah niat "bapa chauvinis dan racis" dari Singapura ini cuba menarik perhatian US yang semakin akrab dengan pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak?

Apakah Lee Kuan Yew cuba memperbaiki pengaruh anaknya di Singapura yang semakin menurun di mata Barrack Obama? Ternyata dasar "orang tua" ini tidak pernah surut dengan sifat "busuk hati" dan "dengki"kan kemakmuran Malaysia.

Pada penulis, kritikan Lee Kuan Yew terhadap Malaysia ini tidak berasas sama sekali. Sejak zaman sebelum kemerdekaan lagi, seluruh penduduk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak hidup harmoni dengan persefahaman yang begitu baik sekali. Rakyat Persekutuan Tanah Melayu sangat menghormati hak mengikut perlembagaan yang dipersetujui bersama oleh semua kaum sehinggalah nama negara ini bertukar menjadi Malaysia.

Bukan sejarah tidak memberitahu bahawa Singapura yang pernah menjadi sebahagian dari Malaysia ini terpisah pada 1965 kerana di"buang" oleh Tunku Abdul Rahman kerana dasar Lee Kuan Yew yang tidak sealiran dengan perlembagaan Persekutan Tanah Melayu. Lee Kuan Yew mahukan "Malaysian Malaysia", sedangkan dasar itu tidak dipersetujui oleh "tuan rumah". Mana mungkin Lee Kuan Yew dibenarkan berbuat sesuka hati di tanahair orang? Nyahlah kamu dari bumi bertuah ini!

Maka tinggallah penyokong-penyokong PAP pimpinan Lee Kuan Yew di Tanah Melayu ini setelah Tunku Abdul Rahman "mengusir"nya keluar dari Malaysia. Salah seorang yang tertinggal ialah Lim Kit Siang yang pernah menjadi orang paling kanan Lee Kuan Yew itu. Lim Kit Siang, mahu tidak mahu terpaksalah menubuhkan parti DAP sebagai ganti kepada PAP di Singapura, dan meneruskan legasi chauvinis ultra kiasu Lee Kuan Yew. Tidak hairanlah jika Lim Kit Siang ini sama biadapnya seperti Lee Kuan Yew!

Tuduhan Lee Kuan Yew terhadap Malaysia di New York Times itu tidak punya asas. Malah, kita semua boleh lihat bahawa Lee Kuan Yewlah yang sebenarnya mengamalkan pentadbiran diskriminasi perkauman dan penafian hak kaum minoriti di negaranya.

Cuba lihat di Singapura, bagaimana terpinggirnya bangsa Melayu di tanahairnya sendiri. Setelah di"minoriti"kan secara berperingkat oleh Lee Kuan Yew, mereka dipisahkan pula oleh jurang ekonomi yang sangat jauh!

Bukan sekadar disisihkan dari kemajuan Singapura, siapa saja yang menentang politik PAP Lee Kuan Yew dan dinastinya akan dicari kesalahan dan dipenjarakan. Jika "tiada salah"nya, PAP pasti akan "ada-ada"kan salahnya. Sikapnya tidak ubah jahatnya seperti "Patih Karma Wijaya" dalam kisah legenda Hang Tuah. Busuk hatinya bak bau bangkai!

Justeru itu, dimana kebenaran dakwaan Lee Kuan Yew itu? Kita semua maklum bahawa Singapura sudah lama cemburu dengan Malaysia. Mungkin Lee Kuan Yew sengaja "cari pasal" dengan Malaysia kerana cemburu dengan nilai Ringgit Malaysia yang begitu kukuh sekarang.

Mungkin kerana dia sedar bahawa pentadbiran Lee Hsien Loong itu tidak mampu menandingi kebijaksanaan Dato' Seri Najib Tun Razak mentadbir Malaysia. Si "tua kutuk" ini takut Singapura akan "tenggelam" dengan kemasyhuran Dato" Seri Najib. Ternyata dia silap besar. Malaysia kini ditadbir oleh Najib Tun Razak, bukan Pak Lah dan "menantu"nya!

(Oleh: dukeofmontecristo)

Tiada ulasan:

Pengikut