Isnin, 23 Ogos 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Isu doa khutbah Jumaat : Syed Ali bidas Khatib Zakaria

Posted: 22 Aug 2010 10:56 PM PDT

"KHATIB Zakaria Ahmad, yang juga aktivis PAS lebih wajar berdoa secara peribadi untuk mengislamakan Setiauasa Agung DAP, Lim Guan Eng," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, Zakaria sepatutnya mengerjakan solat hajat atau tahjud secara peribadi di rumahnya memohon kepada Allah supaya Guan Eng diberikan hidayah memeluk Islam, bukannya dilakukan di masjid menerusi doa khutbah kedua solat Jumaat.

Bagaimanapun jelasnya, tindakan Zakaria itu jelas memperalatkan masjid menerusi solat khutbah Jumaat untuk kepentingan politik pihak tertentu khususnya Ketua Menteri Pulau Pinang.

Malah tegas beliau, perbuatan Zakaria yang dikatakan tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong dan digantikan dengan nama Guan Eng pada doa khutbah kedua solat Jumaat merupakan penderhakaan kepada institusi beraja yang merupakan ketua agama di negara ini.

Katanya, Zakaria yang dikatakan lulusan daripada Universiti Al-Azhar sepatunya lebih arif bahawa Raja-Raja Melayu merupakan ketua agama sepertimana termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

"Kita setuju jika beliau benar-benar ikhlas nak bawa Guan Eng masuk Islam, tetapi memadai jika dia lakukan sembahyang hajat atau tahjud di rumah secara peribadi," tegasnya.

Beliau menjelaskan, umat Islam digalakan berdakwah tetapi kaedahnya dilakukan secara tertib dan tidak menyinggung persaaan orang lain termasuk boleh menghina kesucian agama Islam itu sendiri.

Sehubungan itu jelasnya, apa jua alasan yang dibuat oleh Zakaria ianya tetap dilihat sebagai usaha terancang pihak tertentu mencemarkan kemuliaan agama Islam disamping memberi keuntungan politik kepada DAP, parti perkauman Cina.

Beliau berkata, kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) perlu bertanggungjawab di atas perkara tersebut kerana ianya melibatkan maruah umat Islam dan Majlis Raja-Raja.

Zakaria, seorang aktivis PAS Perak membuat pengakuan bahawa beliau telah melafazkan doa untuk Guan Eng menerusi doa khutbah kedua solat Jumaat di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang, seperti disiarkan akhbar tempatan hari ini.

Menurut Syed Ali, pengakuan Zakaria itu juga membuktikan DAP sanggup memperalatkan masjid untuk memenuhi agenda politik mereka manakala PAS pula hanya berdiam diri dan bersubahat.

Dalam hal ini tegas beliau, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sepatutnya membantah perbuatan tersebut dan tidak bersekongkol dengan DAP.

"Jika Nik Aziz sebagai ulama besar, beliau tidak sewajarnya menyifatkan perbuatan itu sebagai isu peribadi kerana ianya membabitkan soal agama," ujarnya.

Isu tersebut didedahkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Zaid Hamidi, bagaimanapun kerajaan negeri menafikannya dengan menjelaskan Zakaria membaca teks khutbah yang disediakan oleh JHEAIPP.

Beberapa saksi kemudiannya membuat pengakuan beserta gambar menunjukkan seorang khatib menyebut nama Guan Eng dalam doa khutbah Jumaat di salah sebuah masjid di Pulau Pinang baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Pengikut