Isnin, 23 Ogos 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Why Singapore Is So Succesful And Why . . .

Posted: 22 Aug 2010 05:48 PM PDT

Why Singapore Is So Succesful And Why . . .



1956

"Repression, Sir is a habit that grows. I am told it is like making love – it is always easier the second time! The first time there may be pangs of conscience, a sense of guilt. But once embarked on this course with constant repetition you get more and more brazen in the attack. All you have to do is to dissolve organizations and societies and banish and detain the key political workers in these societies. Then miraculously everything is tranquil on the surface. Then an intimidated press and the government-controlled radio together can regularly sing your praises, and slowly and steadily the people are made to forget the evil things that have already been done, or if these things are referred to again they're conveniently distorted and distorted with impunity, because there will be no opposition to contradict."

1962
"If I were in authority in Singapore indefinitely without having to ask those who are governed whether they like what is being done, then I would not have the slightest doubt that I could govern much more effectively in their interests."

1967
"We must encourage those who earn less than $200 per month and cannot afford to nurture and educate many children never to have more than two… We will regret the time lost if we do not now take the first tentative steps towards correcting a trend which can leave our society with a large number of the physically, intellectually and culturally anaemic."

1982
"I make no apologies that the PAP is government and the government is PAP"

1983
"If you don't include your women graduates in your breeding pool and leave them on the shelf, you would end up a more stupid society…So what happens? There will be less bright people to support dumb people in the next generation. That's a problem."

1986
"We have to lock up people, without trial, whether they are communists, whether they are language chauvinists, whether they are religious extremists. If you don't do that, the country would be in ruins."

1987
"I am often accused of interfering in the private lives of citizens. Yes, if I did not, had I not done that, we wouldn't be here today. And I say without the slightest remorse, that we wouldn't be here, we would not have made economic progress, if we had not intervened on very personal matters – who your neighbour is, how you live, the noise you make, how you spit, or what language you use. We decide what is right. Never mind what the people think."

1991
"Now if democracy will not work for the Russians, a white Christian people, can we assume that it will naturally work with Asians?"

1997
"If you are a troublemaker…it's our job to politically destroy you. Put it this way. As long as JB Jeyaretnam stands for what he stands for – a thoroughly destructive force – we will knock him. Everybody knows that in my bag I have a hatchet, and a very sharp one. You take me on, I take my hatchet, we meet in the cul-de-sac."

"Anybody who decides to take me on needs to put on knuckle-dusters. If you think you can hurt me more than I can hurt you, try. There is no way you can govern a Chinese society."

"They say people can think for themselves? Do you honestly believe that the chap who can't pass primary six knows the consequence of his choice when he answers a question viscerally, on language, culture and religion? But we knew the consequences. We would starve, we would have race riots. We would disintegrate."

2003
"If we had considered them serious political figures, we would not have kept them politically alive for so long. We could have bankrupt them earlier."

2004
"If I have to shoot 200,000 students to save China from another 100 years of disorder, so be it."

2005
"Political reform need not go hand in hand with economic liberalisation.. I hold unconventional views about this.. I do not believe if you are a libertarian, full of diverse opinions, full of competing ideas in the market place, full of sound and fury, therefore you will succeed."

2006
"Please do not assume that you can change governments. Young people don't understand this"
"Without the elected president and if there is a freak result, within two or three years, the army would have to come in and stop it".
.
.
... and why PAS is so dunggu..







Negara Islam


1. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.



2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.



3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.



4. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir." - Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.



Kafir Mengkafirkan


1. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.



2. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.



5. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994



Kerjasama dengan bukan Islam


1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.



2. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.




3. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.



4. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.



5. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.




7. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.



Hukum Mencarut


1. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." -Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.



2. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.



Kerjasama dengan Syaitan dan Malaikat



1. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.




2. "Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)". – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.






Pengundi Hantu

1. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. " – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.



Haram Wanita Bekerja



1. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga." – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.




Arak

1. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.





Kepentingan politik PAS


1. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.



4. "Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram." – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

ISU KHUTBAH : ADAKAH MELAGAKAN ORANG MELAYU/ISLAM?

Posted: 22 Aug 2010 05:39 PM PDT



"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Rukun Khutbah


RUKUN- RUKUN KHUTBAH



1. Memuji Allah Taala



Tertentu dengan lafaz الحمد لله atau احمد الله atau نحمد الله atau الله احمد atau الله الحمد atau انا حامد الله .



Tidak memadai dengan lafaz الحمد للرحمن atau الشكر لله dan sebagainya.



2. Membaca Selawat



Tertentu dengan lafaz اللهم صل على محمد atau نصلى على محمد

atau diganti lafaz محمد dengan lafaz النبي / احمد / العاقب / حاشر / الماحي / البشير / النذير .



Tidak memadai dengan سلم الله على محمد atau رحم الله محمد





3. Wasiat dengan takut kepada Allah



Walaupun tidak dengan lafaz wasiat sekalipun



Memadai dengan lafaz اطيعوا الله atau اتقوا الله .



Tidak memadai dengan semata menakuti daripada perhiasan dunia kerana itu adalah sedia maklum walaupun oleh kafir maksiat.



4. Membaca satu ayat Al-Quran yang difahami.



Tidak memadai membaca setengah ayat walaupun panjang.



Tidak memadai satu ayat yang tidak memberi faham seperti ن



Memadai ayat itu dibaca di dalam salah satu daripada 2 khutbah.



Sunat dibaca pada akhir khutbah pertama.



Sunat dibaca Surah Qaf pada akhir khutbah pertama setiap Jumaat kerana mengikut Nabi tetapi berhasil pahala sunat dengan membaca setengah surah tersebut.



5. Membaca doa berkenaan urusan akhirat untuk orang Islam dalam khutbah kedua.



Memadai menentukan doa bagi segala yang mendengar seperti katanya رحمكم الله



Tiada memadai menentukan doa itu bagi mereka

yang ghaib.



Tidak mengapa membaca doa bagi Sultan dengan tentunya jika tidak berlebih-lebihan dalam menyatakan sifatnya.



Kata Sheikh Ibnu Abdus Salam tidak harus memuji Sultan dengan sifat yang dusta kecuali kerana dharurat.



Sunat membaca doa bagi segala Sultan yang Islam dan tentera mereka dengan kebaikan dan kemenangan.





Peringatan – Rukun yang 3 di atas mesti ada di dalam khutbah

pertama dan khutbah kedua.



SYARAT SAH KHUTBAH



Khatib berdiri jika berkuasa kerana mengikut Nabi.



Jika tak mampu hendaklah duduk. Jika tak mampu maka baring dan harus mengikutnya walaupun tak diketahui uzurnya ia pada zahirnya ma'zur.



Rukun Khutbah Dalam Bahasa Arab.



Jika tiada yang tahu dan tak sempat belajar sebelum habis waktu maka boleh dengan bahasa sendiri.



Wajib belajar bagi semua orang, maka jika ada yang sempat belajar tetapi tak belajar maka berdosa kesemuanya sekali dan tidak harus Jumaat ketika itu tetapi hendaklah diganti dengan Zohor.



Yang disyaratkan hanya mendengar khutbah bukan

faham.









3. Khatib Duduk Antara Dua Khutbah Serta Tama'ninah.



Jika tak mampu duduk maka hendaklah diam

seketika.



Begitu juga yang tak mampu berdiri maka hendaklah

diam seketika.



Sunat duduk sekadar membaca ( قل هو الله احد) hingga

akhir.





4. Dua Khutbah dibaca selepas gelincir matahari.



5. Kesemua Rukun Didengari Oleh 39 Orang Makmum Dari Kalangan Ahli Jumaat Walaupun Tak Faham.



Khatib tak disyaratkan mendengar dan memahami maka sah walaupun ia tuli dan termasuk dalam bilangan 40 orang itu.





6. Berturut-turut tiap-tiap kalimah daripada 2 khutbah dan antara 2 khutbah dan solat.



7. Khatib Suci daripada hadas kecil dan besar.



Makmum tidak disyaratkan suci dari hadas.



8. Khatib suci daripada najis yang tak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat.



Jika berhadas ketika khutbah hendaklah bersuci dan memulai semula dan tak boleh disambung walaupun singkat masa perceraiannya.



Jika berhadas antara khutbah dan solat maka bersuci dengan segera maka tiada mengapa.



Makmum tidak disyaratkan suci dari najis.





9. Khatib Menutup Aurat.



Makmum tidak disyaratkan menutup aurat.





Peringatan



Tidak disyaratkan tertib antara rukun-rukun khutbah.

Tidak disyaratkan niat pada khutbah dan tidak disyaratkan meniatkan Fardhunya.



SUNAT – SUNAT KHUTBAH



Sunat berkhutbah di atas mimbar dan sunat mimbar di kanan mehrab.



Jika tiada mimbar maka hendaklah berkhutbah di atas tempat tinggi supaya sampai suara Khatib kepada sekelian manusia.



Sunat khatib memberi salam kepada semua yang hadir di sisi pintu masjid sebelum masuk ke masjid kemudian bila sampai ke mimbar maka sunat memberi salam kepada mereka yang di sisi mimbar dan bila naik ke atas mimbar dan berada di kedudukan tertinggi di bawah tempat berkhutbah maka sunat menghadap kepada orang ramai dan memberi salam dan kemudian sunat duduk di tempat berkhutbah ketika orang Azan agar dapat merehatkan diri dari penat naik ke mimbar.



Sunat Azan di hadapan Khatib dan setelah selesai Azan maka Khatib berdiri membelakang kiblat dan berkhutbah dengan nyaring.



Sunat Khatib tidak berpaling ke kanan, ke kiri dan ke belakang kerana itu semua bid'ah.



Makruh menumbuk anak tangga mimbar ketika naik dengan kaki atau tongkat atau pedang.



Makruh membaca doa tatkala sampai kepada anak tangga tempat berhentinya.



Makruh berhenti pada tiap anak tangga mimbar.



Makruh menyegerakan khutbah yang kedua dan memperlahankan suara padanya.



Makruh berlebihan memuji raja ketika berdoa.



Hendaklah khutbah itu sederhana tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.



Sunat Khatib memegang pedang atau panah atau tongkat dengan tangan kirinya dan diletakkan tangan kanan di tepi mimbar.



Selesai khutbah hendaklah segera turun daripada mimbar supaya sampai ia ke mehrab sebaik selesai Iqamah supaya terpelihara muwalat antara khutbah dan solat.



Sunat membaca dalam raakat pertama Surah Al-A'la dan rakaat kedua Surah Al-Munafiqun atau Surah al-Ghasyiah.



Membaca Surah Al-Jumuah dan Surah Al-Munafiqun lebih utama daripada membaca Surah Al-A'la dan Surah al-Ghasyiah .



Jika ditinggalkan Surah Al-Jumuah atau Surah Al-A'la pada rakaat pertama kerana lupa atau sengaja dan digantikan dengan Surah Al-Munafiqun atau Surah al-Ghasyiah maka hendaklah dibaca pada rakaat kedua Surah Al-Jumuah atau Surah Al-A'la dan jangan diulangi lagi Surah al-Munafiqun atau Surah al-Ghasyiah yang telah dibaca pada rakaat pertama.



Jika tidak dibaca pada rakaat pertama salah satu dari Surah Al-Jumuah atau Surah Al-A'la dan tidak juga Surah Al-Munafiqun dan Al-Ghasyiah maka hendaklah dihimpunkannya kedua surah itu pada rakaat kedua iaitu Surah Al-Jumuah dan Surah Al-Munafiqun atau Surah Al-A'la dan Surah Al-Ghasyiah dalam rakaat kedua.



Tersebut dalam hadis :

من قرأ عقب سلامه من الجمعة قبل أن يثنى رجله وقيتكلمالفاتحة والاخلاص والمعوذتين سبعا سبعا غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر واعطى من اللأجر بعدد من امن بالله ورسوله وحفظ له دينه ودنياه واهله وولده

Ertinya :



Sesiapa yang membaca Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas 7 kali setiap satu selepas salam Solat Jumaatnya sebelum dia mengubah kakinya dan sebelum berkata-kata, nescaya diampunkan Allah segala dosanya dahulu dan akan datang dan dianugerahkan pahala dengan bilangan orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya, dan di pelihara oleh Allah agamanya, dunianya, isi rumahnya dan anaknya

ISU KHUTBAH JUMAAT DI PULAU PINANG.


Exco Agama negeri, Abdul Malik Kassim bagaimanapun menafikan perkara itu sambil menyatakan khatib berkenaan membacakan teks khutbah yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri.

Manakala Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman pula menuduh UMNO sengaja mereka-reka isu itu.

Mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini memutuskan mengutuk keras tindakan Umno memainkan isu "Guan Eng gantikan Agong" dalam doa khutbah Jumaat.

Tindakan tersebut disifatkan amalan politik kotor dan jahat Umno dan media massa yang dikuasai mereka bagi memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang.

UMNO can act agst khatib/imam if true dey depart from st'd teks khutbah jumaat Jab Agama Islam n replace Agong name but don't lie in utusan - LGE.

Umno dakwa ada arahan nama saya ganti Agong.tunjuk bukti.jangan putar belit ke isu lain.Mana itu arahan kerjn pg nama saya ganti Agong? - LGE

Sekiranya umno ada bukti khatib gantikan nama Agong dgn nama CM tanpa arahan kerjn negeri,ambillah tindakan!Mengapa salahkan krjn negeri? -LGE

UMNO is attacking fr all angles, logic or no logic does not matter! Their objective is to incite racial tension! - LGE

Najib Razak wants the police and Penang Islamic Religious Council to conduct a full investigation into the alleged use of Chief Minister Lim Guan Eng's name, replacing the Yang di-Pertuan Agong's in the "doa" after the Friday sermon at some mosques in the state recently.

PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat today declined comment on the issue of the alleged use of Penang Chief Minister Lim Guan Eng's name in the prayer during the Friday sermon in several mosques in Penang.

The Penang state government has strongly denied that Chief Minister Lim Guan Eng's name has replaced the King's name in the Friday sermon at several mosques in the state.

PKR de facto leader Anwar Ibrahim said there was no truth to allegations that Penang Chief Minister Lim Guan Eng had engineered the removal of the King's name from the Friday prayers at several state mosques.

Penang Chief Minister Lim Guan Eng has denied claims by Umno that he had replaced the King's name with his own in the prayer during the Friday sermon at several mosques in the state.

MENCEGAH PERPECAHAN.

ISU khutbah yang dibangkitkan ialah pada perkara-perkara yang melibatkan mukhatab (yang mendengar dan mengikuti khutbah). Mereka terkeliru pada mesej yang hendak disampaikan. Sama ada ia kehendak Islam sebenar atau kehendak khatib (orang yang menyampaikan mesej) dan sekutunya untuk tujuan tertentu yang tersirat dalam khutbah berkenaan.

Ini adalah disebabkan khutbah yang tidak mengikut teks menimbulkan kekeliruan di kalangan mukhatab. Kesan kekeliruan berkenaan menimbulkan perselisihan faham yang membuatkan orang Melayu berpecah belah dan putus silaturahim.

Berikutan dari itu, terjadi keadaan tuduh-menuduh terhadap orang tertentu dan pelbagai kekecohan lain lagi yang berlaku seperti pengharaman memakan daging sembelihan Muslim tertentu, isu perkahwinan tidak sah dan lain-lain.

Semua itu merugikan orang Melayu dan umat Islam. Perkara-perkara tersebut juga merupakan sumber yang mencemar Islam di mata dunia dan penghancur perpaduan kaum Melayu di negara ini.

Pada pandangan saya matlamat persoalan tentang isu khutbah yang dibangkitkan itu jelas bukan putar belit. Tetapi ia dikatakan putar belit dan dikaitkan pula dengan pertubuhan-pertubuhan tertentu dan sebagainya.

Perkara demikian merupakan perlakuan tidak sihat yang sepatutnya tidak ada lagi di dalam masyarakat yang orang Islam masing-masing sibuk memperkatakan tentang kebenaran Islam dan memperkenalkan kebaikan Islam.

Kenyataan Menteri Besar Terengganu mengandungi kekeliruan dari sudut hakikat khutbah dan ceramah-ceramah agama yang wujud sekarang ini, adakah perkara-perkara tersebut bersih daripada unsur-unsur yang boleh memecahbelahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini?

Islam mengatasi sesuatu kekeliruan dengan cara mengetengahkan kebenaran dan penjelasan bagi perkara berkenaan. Sehubungan dengan perkara ini, al-Quran menyatakan di dalam surah al-Isra (17) ayat 81: Katakan - wahai Muhammad datang kebenaran yang tidak benar hilang dan pergi dengan sendirinya''. Bererti Islam mementingkan bukti atau keterangan yang jelas dalam memastikan sesuatu kebenaran.

Dalam konteks memastikan khutbah yang ada pada masa kini memelihara isu perpaduan, diperlukan bukti yang jelas dan nyata.

Kenyataan Menteri Besar itu sudah cukup menjadi pendesak supaya diadakan langkah mengenal pasti khutbah-khutbah (rasmi atau tidak rasmi seperti ceramah agama dan sebagainya) yang tidak memelihara isu perpaduan.

Antara langkah yang boleh mencapai tujuan ini iaitu dengan mengadakan peruntukan undang-undang yang membolehkan khutbah berkenaan dirakam dan diperdengarkan sedutan-sedutan perlu kepada orang ramai melalui media elektronik dan disiarkan di ruangan yang sesuai dan pada waktu yang sesuai. Perkara ini penting untuk mengelakkan dan mengatasi masalah perpecahan umat Islam (orang Melayu) dan mengukuhkan perpaduan di negara ini.

Dengan kenyataan-kenyataan yang diperdengarkan itu diharapkan orang ramai tidak terkeliru lagi tentang kesahihan wujudnya unsur-unsur perpecahan di dalam khutbah. Hendaknya berlaku selepas itu susulan penjelasan yang mantap tentang ketidakbenaran apa yang diperkatakan dan dalam masa yang sama diperjelaskan kepada orang ramai perkara dan tujuan yang sebenarnya mengenai isu-isu yang dibangkitkan bagi perkara-perkara bukan rahsia.

Adalah munasabah malahan memang tepat sekali menurut Islam, perintah mencegah perpecahan umat Islam melalui khutbah berkenaan dan sebagainya dikeluarkan melalui institusi Raja-raja Melayu, kerana baginda memegang kuasa mengenai hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Kini tibalah masanya kuasa yang ada itu dilaksanakan demi kesejahteraan semua.

Campur tangan institusi Raja-raja Melayu dalam hal ini tergolong di dalam maksud sebuah al-hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari (Ibn Hajar al-Asqalami Fathu al-Bari, Bisyarhi Sahihi al-Bukhari, Kaherah, 1978, 19 :358) Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap orang daripada kamu (semua umat manusia yang berakal dan cukup umur) adalah pengawal yang mempunyai tanggungjawab tentang perkara-perkara yang ada di bawah bidang kuasa masing-masing. Al-Amir (seorang raja atau pemerintah) adalah pengawal, dia bertanggungjawab tentang soal-soal kebaikan rakyatnya dan tugas-tugas yang termasuk di bawah bidang kuasanya... demikianlah suami isteri, semuanya mempunyai tanggungjawab terhadap perkara-perkara yang termasuk di bawah bidang kuasa masing-masing. - ZALEHA MUHAMAT, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.


Tiada ulasan:

Pengikut