Rabu, 25 Ogos 2010

Puteri UMNO Bahagian Pandan

Puteri UMNO Bahagian Pandan


AMALAN MULIA

Posted: 25 Aug 2010 05:01 PM PDT

ZAHIDA Zarik Khan (depan, dua dari kiri) bersama ahli-ahli Puteri UMNO Bahagian Pandan memasak bubur lambuk di Pandan Mewah, kelmarin.


AMALAN MULIA

Tradisi menyumbangkan bubur lambuk bagaikan sudah menjadi amalan tahunan yang dilakukan oleh individu, parti politik mahupun sektor awam dan swasta sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Aktiviti berkenaan turut dilakukan oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan dengan kerjasama Ahli Kelab Sukan dan Eksplorasi Cheras Baru dan Jiran Wanita Rukun Tetangga (RT) Pandan Mewah bagi menyemarakkan lagi suasana bulan puasa ini.

Ketuanya, Zahida Zarik Khan berkata, Puteri UMNO bahagian itu menyediakan 1,000 bungkus bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada penduduk sekitar masjid dan kawasan RT Pandan Mewah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bomba.

"Sumbangan bubur lambuk ini merupakan program tanggungjawab sosial yang dianjurkan oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan sempena menyambut bulan Ramadan," ujarnya.
Zahida berkata, program sumbangan bubur lambuk itu merupakan program tahunan yang dijalankan Puteri UMNO bahagian itu pada minggu pertama Ramadan setiap tahun.
"Ia disusuli dengan program Jom Sahur, majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan ibu-ibu tunggal pada minggu kedua dan ketiga manakala minggu terakhir, kami akan membawa anak-anak yatim dan ibu tunggal membeli-belah," katanya.
Utusan 17 Aug 2010.

Tiada ulasan:

Pengikut