Rabu, 25 Ogos 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Jalur Gemilang Semakin Hilang

Posted: 25 Aug 2010 04:28 PM PDT



1. Dalam kita masih marah dengan sikap Indonesia yang menghina dan membakar bendera kita, ada jugak sikap yang pelu kita pelajari dari budaya masyarakat Indonesia.

2. Indonesia meraikan 17 ogos sebagai hari kemerdekaannya, bendera merah putihnya berkibar dimana-mana, tiap penjuru jalanan dan bagaikan satu perlumbaan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Semangat nasionalisme warga Indonesia lebih tinggi dari masyarakat kita sebenarnya.

3. Beberapa blog menyindir orang yang mengkibarkan bendera dianggap sebagai pengampu kerajaan, mengibarkan bendera samalah seperti 'menyokong BN' katanya.

4. Dinegara kita kampen ini saban tahun berkumandang di TV dan radio, tetapi sambutan masih lagi dingin. Jika dulu semangat kebangsaan sangat menebal, tapi kini tidak lagi.

5. Mengibarkan bendera Jalur Gemilang disamakan dengan menyokong dasar kerajaan. Anak-anak kecil tidak lagi ada 'ghairah' seperti jiwa kita dahulu terhad Jalur Gemilang.

6. Ada bendera yang dibiarkan usang ditiang-tiang menanti hilang, ada yang hilang warna kebangsaanya. Semangat patriotik kita semakin kelam.

7. Sudah saatnya kita mendidik masyarakat soal etika dan protokol memperlakukan bendera, termasuk pada bendera yang telah usang.

8. Membeli bendera dianggap merugikan, kita mula berkira mempamerkan jati bangsa yang merdeka.

9. Berbanggalah menjadi warga Malaysia, lihatlah apa yang berlaku pada Thailand, Indonesia dan Filipina. Kita lebih baik dari mereka dalam banyak aspek kehidupan. Salam Kemerdekaan

Kak Midah
Ipoh

Tiada ulasan:

Pengikut