Rabu, 18 Ogos 2010

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PROGRAM RAHMAT RAMADHAN ANJURAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 17 Aug 2010 09:31 PM PDT

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah mengadakan program 'Rahmat Ramadan' dengan kerjasama Kelab Perintis Muda di Jalan Peel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Sarina Sharif berkata, program tersebut merupakan ilham pihaknya bagi membantu dan menyedarkan golongan muda supaya tidak terjebak dalam gejala sosial yang semakin berleluasa.

"Saya menyeru kepada golongan muda bangkit daripada kesilapan lalu dan sama-sama membendung gejala sosial demi masa depan yang gemilang,"katanya.

SARINA (tiga dari kanan) melayan anak yatim pada program 'Rahmat Ramadan' di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada proram tersebut, seramai 250 pelajar terdiri dari pelajar Kolej Universiti Sains Kesihatan Master Skill, Kolej Segi Kuala Lumpur, Kolej YPC - ITWeb, Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatic dan Institut Profesional Baitumal telah hadir mendengar ceramah Rahmat Ramadhan menyentuh isu gejala sosial masa kini yang telah di sampaikan oleh Penceramah bebas iaitu Ustaz Akil Hayy.

Dalam majlis tersebut, pelajar dari Rumah Kebajikan Persatuan Anak-Anak Yatim Nurul Iman, Cheras Baru dan pelajar Sekolah Tahfiz Al-Yamani, Kampung Baru, Kuala Lumpur telah menerima sumbangan wang tunai dan peralatan solat. Penyampaian sumbangan tersebut telah di sampaikan oleh Datuk Mahadi Abdul Shukor, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras serta turut di hadiri oleh Datuk Faridah Abu Hassan, Ketua Wanita UMNO Bahagian dan Puan Hajjah Zurainah Musa, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras.



Tiada ulasan:

Pengikut