Selasa, 17 Ogos 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Laporan Polis

Posted: 17 Aug 2010 10:30 PM PDT

Laporan Polis di Balai Polis Gunung Rapat, Medan Gopeng Ipoh Perak.
Surat Kutipan Derma/ Zakat yang yang diedarkan

PAKATAN RAKYAT MENGUNAKAN NAMA PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN SUNGAI RAPAT UNTUK KUTIP ZAKAT/DERMA ?



Satu laporan polis telah dibuat oleh YB Dato Hamidah Binti Osman ADUN Sungai Rapat terhadap Pakatan Rakyat yang telah menyalahgunakan Pusat Khidmat DUN Sungai Rapat untuk memungut zakat/derma, laporan tersebut telah di Balai Polis Gunung Rapat, Medan Gopeng Ipoh perak. dalam Laporan itu berbunyi begini:


Saya Hamidah Binti Osman telah menerima sepucuk surat kutipan Derma/Zakat yang menggunakan kepala surat rasmi Pusat Khidmat Masyarakat (PR) DUN Sungai Rapat memohon derma/sumbangan dari orang ramai tanpa kebenaran daripada pihak berkenaan.
Surat yang telah ditandatangi oleh En Radzi Bin Zainon juga telah mengarahkan sumbangan itu dimasukkan ke dalam akaun Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat iaitu akaun Bank Muamalat.

Sedangkan saya tidak pernah mengarahkan demikian.
Saya percaya adalah menjadi satu kesalahan jenayah bagi mana-mana pihak memohon apa-apa sumbangan/zakat tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa. Ia juga boleh menyebabkan salahguna kuasa dan penipuan wang zakat rakyat oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab.

Surat berkenaan juga menggunakan nama pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat dan menggunakan lambang kerajaan Negeri Perak, padahal pusat Khidmat masyarakat DUN Sungai rapat adalah dibawah DUN yang saya wakili. Keadaan ini akan mengelirukan penduduk setempat seolah-olah saya telah memberi kebenaran surat ini dikeluarkan.


Pihak yang berkenaan juga telah menggunakan alamat pusat Khidmat Masyarakat berkenaan berhampiran dengan alamat pusat khidmat saya iaitu di Lapangan Terbang, Medan Gopeng,Ipoh.

Ini semakin mengelirukan penduduk setempat.
Saya juga tidak pernah melantik Radzi Bin Zainon sebagai Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat saya dan ia merupakan satu penyamaraan yang serius.

Read more: http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Pengikut