Ahad, 18 Julai 2010

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


UMNO MENDEPANI PERUBAHAN

Posted: 18 Jul 2010 02:45 AM PDT

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus telah selamat diadakan. Malah, ia sangat istimewa dengan kehadiran Timbalan Presiden UMNO, merangkap Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd Yassin.

Saya cukup gembira dengan perjalanan mesyuarat tersebut dan berharap, ahli dan pemimpin parti memberikan perhatian terhadap hal-hal yang diketengahkan. Apa yang dibangkitkan, itulah yang ada di hati rakyat sebenarnya.

Selain itu, saranan serta dorongan YAB Timbalan Presiden UMNO juga sangat berfaedah untuk dihayati dan dilaksanakan. Banyak sekali mesej yang hendak disampaikan kepada kita semua. Dan, jika kita sebagai seorang yang teliti, maka kita mampu memahami apa yang beliu maksudkan.

Hakikatnya, UMNO seharusnya mendapani zaman dengan berani, bijak dan seiring dengan perubahan massa. Kita tidak boleh sentiasa selesa, dan terlalu yakin dengan sokongan rakyat kepada kita mampu kekal selama-lamanya.

Justeru, jika perlu berubah, maka ahli dan pemimpin UMNO juga harus berani berubah. Perubahan yang kita kaitkan sudah tentu dalam konteks untuk mengekalkan kuasa yang ada. Kegagalan kita meletakkan UMNO di tempat yang wajar hanya boleh mendedahkan UMNO kepada perkara-perkara yang merugikan.

Saya percaya, kita semua sedar apakah yang sepatutnya kita berubah. Maka, bukan menjadi satu hal yang payah untuk kita melakukannya.

Dan, saya percaya bahawa kita semua sedar mengenai apa yang sedang dihapi UMNO. Namun, sejauh manakah kita melakukan sesuatu yang boleh menterjemahkan nilai perjuangan untuk mempertahankan UMNO itu sendiri.

Pemimpin kita, bermula dari peringkat paling atas telah memberikan sekian banyak saranan untuk kita. Namun, apakah saranan itu ada di hati kita?. Adan, adakah kita melakukan apa yang disarankan?. Saya khuatir, kita hanya mengambil langkah terlewat dalam menangani apa yang berlaku.

Oleh itu, saya amat berharap agar ahli UMNO mengambil sebanyak mungkin iktibar, saranan dan apa jua hal yang dibangkitkan pada mesyuarat perwakilan UMNO yang sedang berlangsung ini. Mudah-mudahan kita boleh menjadi seorang yang mempunyai sumbangannya, bukan sahaja dalam mengekalkan UMNO, malah memperkasakan UMNO sebagai parti tunjang kepada kekuatan Melayu dan kejayaan sebuah negara Malaysia ini, insya'Allah.

Tiada ulasan:

Pengikut