Rabu, 14 Julai 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Mahfuz anti-perpaduan Islam - Syed Ali

Posted: 14 Jul 2010 06:09 AM PDT

KETIKA Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan 'apa jua perkara' termasuk soal perpaduan ummah, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula yang menentang perpaduan Islam.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, tindakan Mahfuz menentang pertemuan Nik Aziz dengan Muhyiddin seolah-olah beliau lebih suka kepada pergeseran sesama umat.

Dalam masa yang sama katanya, Mahfuz secara jelas memperlekehkan kedudukan Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS.

"Mahfuz yang kononnya pemimpin Islam sedang merana kepanasan apabila Mursyidul Amnya bersedia bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri," tegasnya.

Nik Aziz dilaporkan berkata di Kota Bharu semalam bahawa beliau tiada halangan berjumpa Muhyiddin untuk membincangkan 'apa jua perkara' pada bila-bila masa tanpa perlu ada orang tengah.

Kata Syed Ali lagi, Mahfuz sepatutnya mengalu-alukan hasrat kedua-dua pemimpin tersebut kerana ianya amat penting kepada perpaduan ummah.

Katanya, Ahli Parlimen Pokok Sena itu sebaliknya menuduh UMNO berada dalam keadaan kritikal dan tersangat lemah sehingga terpaksa mempelawa PAS, seperti yang disiarkan laman web pro-pembangkang hari ini.

"Lebih menyedihkan seorang pemimpin yang mengaku dirinya Islam sanggup menuduh UMNO dan Muhyiddin sebagai sakit jiwa, dakwaan itu sangat biadap dan kurang ajar," katanya.

Beliau berkata, perbuatan Mahfuz dilihat seperti menyamai dengan sekumpulan masyarakat Quraish Mekah di zaman jahiliah yang menentang Nabi Muhamamd s.a.w. ketika berdakwah mengembangkan agama Islam.

"Selepas Islam berkembang pesat di zaman Rasulullah, ada pula golongan munafikin yang memusuhi ajaran Islam secara halus," katanya.

"Kita tidak tahu apa motif sebenarnya beliau berpolitik, sama ada untuk kepentingan rakyat atau menjadi musuh dalam selimut kepada PAS yang anti kepada perpaduan Islam," tambahnya lagi.

Menurut Syed Ali, UMNO tidak pernah berada di tahap yang lemah sebaliknya menyahut cadangan supaya berbincang dengan PAS demi untuk kepentingan perpaduan ummah.

Oleh sebab itu katanya, Muhyiddin sanggup mengambil tanggungjawab untuk bersedia bersemuka dengan Nik Aziz atas kepentingan agama Islam.

Katanya, sebagai pemimpin Islam, Muhyiddin sudah melaksanakan tanggungjawabnya untuk membawa kebaikan kearah perpaduan ummah.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri tidak memperjudikan kepentingan politik sebaliknya melihat agenda perpaduan ummah sebagai amat penting kepada masa depan masyarakat Islam di negara ini.

"Muhyiddin ikhlas untuk merintis jalan dengan Nik Aziz atas semangat Islam, tetapi malangnya Mahfuz pula seperti cacing kepanasan," ujarnya.

Katanya, orang Islam yang menolak sebarang usaha kearah penyatuan umah merupakan musuh sebenar kepada ajaran Islam.

"Barangkali hatinya yang kotor itu sarat dengan sifat riak, dendam dan benci kepada penyatuan Islam, oleh sebab itu dia tergamak memperlekehkan Nik Aziz dan mempersendakan Muhyiddin," katanya.

Katanya lagi, PAS harus menghormati UMNO sebagai parti yang paling berkuasa dan mengutamakan agenda pembangunan rakyat dan syiar Islam," tegasnya.


Tiada ulasan:

Pengikut