Jumaat, 9 Julai 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali dakwa Nik Aziz ‘ulamak hati busuk’

Posted: 08 Jul 2010 08:03 PM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai 'ulamak hati busuk' kerana menanam sikap kebencian rakyat kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) menerusi siri ceramahnya terutama di Kelantan.

Beliau berkata, ulamak sebenar sentiasa mengawal lidah dan tutur katanya serta tidak menyeru manusia terutama umat Islam kepada jalan yang membawa kepada korosakan.

"Tetapi kerana nafsu politik sudah tidak dapat dikawal yang ada dalam diri Nik Aziz, menyebabkan dia jadi ulamak sombong, riak, takbur dan menganggap hanya dirinya sebagai manusia paling sempurna," katanya.

Menurutnya, ciri-ciri ulamak sebenar tidak ada pada diri Mursyidul Am PAS itu apabila hati dan jiwanya masih lagi tebal dengan perasaan dendam, prasangka dan busuk hati kepada BN dan UMNO khususnya.

Katanya, sebagai seorang yang dilebelkan sebagai tok guru atau ulamak, beliau tidak sepatutnya menyeru rakyat kepada jalan kebencian dan berburuk sangka sesama umat Islam.

"Saya kasihan dan kesal kepada Nik Aziz yang sanggup melebelkan UMNO sebagai sesat tetapi dalam masa yang sama boleh berkhalwat dengan DAP yang terbukti menentang apa jua pelaksanaan konsep Islam di negara ini," tegasnya.

Sepatutnya kata beliau, Nik Aziz terlebih dahulu mengistiharkan 'perang politik' terhadap DAP yang selama ini terbukti telah memperlekeh dan mempersendakan kedudukan agama Islam.

Beliau berkata, PAS hanya memikirkan keuntungan politik apabila kekal bersubahat dengan DAP daripada mencari jalan bersama UMNO untuk mengangkat martabat Islam.

" Tetapi disebabkan sifat bongkak dan hati busuk yang ada pada diri Menteri Besar Kelantan itu beliau sudah terpedaya dengan hasutan kepentingan politik untuk kekal berkuasa," ujarnya.

Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengulas kenyataan Nik Aziz di Kota Bharu semalam yang dipetik sebagai berkata akan menanam sikap kebencian rakyat kepada BN menerusi ciri ceramah beliau.

Nik Aziz juga berkata beliau akan berkempen habis-habisan memburuk-burukkan menteri yang khianat kepada rakyat yang disifatkannya sebagai fasiq berhubung isu royalti minyak.

Menurut Syed Ali lagi, pemimpin BN terutama UMNO tidak pernah mengajak rakyat membenci pemimpin-pemimpin PAS sebaliknya menentang dari segi pegangan politik.

" Kita menangkis segala dakyah, pembohongan, fitnah dan hasutan yang mereka lakukan untuk mempengaruhi rakyat dengan bertopengkan agama," katanya.

Beliau berkata, pemimpjin UMNO bertanggungjawab untuk membersihkan pemikiran rakyat daripada terpengaruh dengan fahaman karut yang cuba ditanam oleh Nik Aziz.

Katanya, UMNO tidak mahu ulama sombong dan nyanyuk seperti Nik Aziz terus dibiarkan meracuni pemikiran rakyat dalam usaha beliau untuk mengekalkan kuasa politiknya.

Tiada ulasan:

Pengikut