Jumaat, 9 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Asyik nak doakan bala orang je kerjanya...

Posted: 08 Jul 2010 05:06 PM PDT

Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyebut bahawa PAS sebagai ajaran sesat ketika berucap di perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kulaijaya, nyata telah membuatkan seluruh ahli PAS terutama pemimpin-pemimpin mereka meroyan ibarat laki yang ditinggalkan bini.

Yang paling jelas ketara begitu terasa pedas dengan kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini ialah Ketua Penerangan PAS pusat iaitu Idris Ahmad. Idris serta merta memberikan amaran keras dan mendesak supaya kenyataan itu ditarik balik ataupun seluruh ahli PAS akan berdoa mohon bala dari Allah ke atas DS Shafie.

Nampaknya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan berhadapan dengan doa pecah perut dan doa mohon turun bala yang bakal dianjurkan oleh Idris Ahmad. Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga berhadapan dengan ancaman yang sama oleh PAS didalam isu wang ehsan di Kelantan.

Inilah mentaliti kurang cerdik pemimpin-pemimpin PAS yang begitu gemar memanipulasi agama tanpa langsung mahu mengikut lunas-lunas Islam sebenar. Jika pemimpinnya pun sudah kurang cerdik, apatah lagi para pengikutnya.

Tak salah jika dikatakan bahawa PAS itu parti sesat kerana ia memang ternyata benar sama sekali. Lihat saja bagaimana PAS memutarbelitkan agama dan menipu umat Islam dengan bertopengkan ulamak.

Lihat juga bagaimana Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang dianggap fatwa oleh seluruh ahli PAS. Nik Aziz serta pemimpin PAS juga amat gemar menyalah tafsirkan ayat quran serta hadis demi menghalalkan perlakuan buruk mereka.

Bukankah ini semua adalah ciri-ciri yang ada pada kumpulan ajaran sesat? Jika ajaran sesat mewajibkan pengikutnya wala' kepada ketua kumpulan ajaran tersebut, begitu juga dengan PAS yang terlampau taksub kepada Nik Aziz hinggakan ada ahlinya yang mengeluarkan kenyataan bahawa akan beroleh pahala dengan hanya memandang gambar Nik Aziz. Kalau bukan sesat, nak dinamakan apa lagi semua tingkah laku songsang parti PAS ini?

Apabila Datuk Seri Mohd Shafie menceritakan perkara yang benar mengenai PAS, mulalah mereka tak senang duduk dan mengancam untuk melakukan solat hajat serta bacaan Yassin bagi memohon bala Allah turun kepada Menteri tersebut.

Kalau benarlah PAS itu berada di pihak yang benar dan juga ikhlas berjuang kerana Islam dan Allah swt, tentu sudah ramai yang ditimpa bala dan juga pecah perut akibat dari solat hajat dan doa bala pemimpin serta ahli-ahli PAS.

Yang peliknya, Tun Mahathir yang setiap hari dimaki hamun dan dipohon supaya Tuhan turunkan bala terhadapnya, masih sihat walafiat hingga ke hari ini dan masih mampu berbakti kepada rakyat negara dan juga luar negara sehingga ke Palestin.

Sebaliknya, pemimpin-pemimpin PAS yang semakin hari seumpama orang hilang akal akibat dari terlampau banyak menyimpan hasad dengki serta dendam terhadap saudara seislam di dalam negara.

Ini mungkin menunjukkan bahawa Allah sebenarnya tidak pernah redha kepada PAS (Wallahualam). Tetapi seluruh ahli PAS tak pernah insaf dengan segala kifarah yang ditimpakan ke atas mereka. Malah, mereka semakin hari semakin sombong dan bongkak akibat tamakkan kuasa pemerintahan.

Alangkah baiknya jika Idris Ahmad dan juga seluruh ahli PAS mengadakan solat hajat dan juga bacaan Yassin bagi memohon hidayah terhadap diri mereka sendiri yang semakin menjauh dari ajaran Islam sebenar. Apa perlunya asyik nak mohon bala terhadap orang lain?

Baginda Rasulullah sendiri pun tidak pernah memohon bala turun ke atas umatnya. Apakah pemimpin serta ahli PAS mahu melebihi daripada apa yang Baginda Rasulullah ajarkan kepada umatnya?

(Oleh: pak_long)


Dakwa pengkhianat negara dengan hukuman bunuh!

Posted: 08 Jul 2010 04:40 AM PDT

Akhbar-akhbar luar negara pun begitu teruja melaporkan tentang lawatan Anwar Ibrahim ke Amerika Syarikat. Sesetengah dari editor akhbar-akhbar tersebut juga telah menyatakan secara terbuka kemeluatan mereka dengan sikap bermuka-muka Anwar Ibrahim yang seperti sesumpah muka tak malu.

Di negara sendiri, begitu syok sendiri berlakon anti Yahudi tanpa menyedari selama ini Yahudilah yang begitu banyak menyalurkan bantuan dan dana wang yang begitu banyak untuk partinya.

Dirinya yang peliwat pun sanggup diketepikan dan dilupakan oleh Wan Azizah sendiri yang sudah pasti lupa daratan tentang perangai sebenarnya suaminya yang suka meliwat dan juga menjadi pengkhianat negara dengan menjadi ejen Yahudi serta sanggup menjadi Perdana Menteri Malaysia yang menjadi boneka Yahudi dan Amerika Syarikat.

Ada duit semua jadi. Melihatkan jumlah duit yang begitu banyak pun membuatkan Wan Azizah lupa daratan dan sanggup melupakan penganiayaan yang pernah dilakukan oleh suaminya yang suka sesama jenis itu. Duit akan dapat membeli kebanyakkan manusia.

Malaysia sepatutnya menggubal satu akta yang akan membolehkan kerajaan mendakwa mana-mana individu samada warganegara atau warga asing yang berada di dalam negara dan menjadi ejen kuasa asing. Lebih-lebih lagi jika ejen kuasa asing itu berada di dalam kerajaan atau di dalam pembangkang sendiri yang sudah pasti akan lebih memudaratkan keselamatan dalam negara.

Sudah tentu ejen-ejen kuasa asing ini akan melakukan pelbagai onar untuk mengkucar-kacirkan negara dan juga parti dengan pelbagai helah dan tipu-daya. Ada sesetengahnya begitu teruja berlakon kononnya membenci ketua de facto pembangkang tetapi kebanyakan kenyataannya pula seakan-akan menyebelahi orang yang dikutuknya habis-habisan secara halus.

Siapa boleh lupa pada barua yang menjadi tukang penghantar passport yang juga menjadi orang yang bertanggungjawab memujuk bapa mertua yang suka tidur untuk membebaskan peliwat dan ejen kuasa asing dengan lebih cepat dari masa yang sepatutnya?

''Memang betul, saya ada bukti, duit dihantar (kepada Raja Petra). Saya ada bukti tunjuk hantar RM500,000, dia (Raja Petra) terima RM470,000. RM30,000 lagi habis ke mana saya tak tahu," katanya selepas merasmikan program Kempen Kesihatan Gaya Hidup Sihat sempena ulang tahun ke-10 Kelab Senaman Klinik Kesihatan di sini hari ini.

Itu pula dakwa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jika benar, patutnya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang menjadi ejen kuasa asing patutnya diheret ke muka pengadilan kerana sanggup menjadi duri di dalam daging dan mengkhianati negara mereka sendiri.

Buat apa perlu kita sebagai kerajaan menjadi pengecut? Berani kerana benar. Lihatlah keberanian kerajaan komunis di Pulau Pinang yang menganak-tirikan orang Melayu di sana. Jika mereka yang baru menguasai satu negeri pun sebegitu berani, kenapa kita yang menguasai kerajaan persekutuan perlu takut?

Kita perlu bertindak tegas agar mereka yang menjadi barua kuasa asing dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman seberat-beratnya. Tidak kisahlah jika dia nak menuduh kerajaan berkonspirasi terhadapnya pun.

Hakikatnya yang menuduh orang lain berkonspirasi terhadapnya itu yang berkonspirasi dengan Yahudi untuk menjahanamkan negara sendiri.

"Buktinya (tindakan Anwar) adalah amat jelas. Rakyat perlu sedar mengenai sikap berdolak-dalik dan pembohongan yang dilakukan beliau yang telah menyebabkan perpecahan dan keretakan di kalangan orang Melayu," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Pahat.

"Dia ada ramai kawan (Zionis dan Yahudi) di sana (Amerika Syarikat) sejak daripada dulu lagi," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan di antara Datuk Zaid Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin di London baru-baru ini, Muhyiddin berkata, ia menunjukkan hubungan yang jelas di antara PKR dengan penulis portal berita "Malaysian Today" yang sedang diburu oleh polis.

"Ia menunjukkan hubungan yang jelas di antara Raja Petra dan Zaid Ibrahim," katanya sambil menambah pemimpin PKR itu perlu tampil ke depan untuk menjelaskan hubungannya dengan penulis blog itu.

KESIMPULANNYA IALAH KERAJAAN PATUT MENGGUBAL SATU AKTA YANG AKAN MEMBOLEHKAN KERAJAAN MENDAKWA MANA-MANA PIHAK YANG MENJADI EJEN KUASA ASING DI BAWAH SATU AKTA YANG MUNGKIN BOLEH DINAMAKAN AKTA PENGKHIANAT NEGARA. Kalau pengedar dadah pun tidak takut dengan hukuman gantung sampai mati, jangan harap pengkhianat negara pun akan takut dengan hukuman mati terhadap mereka.

(Oleh: Kamal_Azlan)


Tiada ulasan:

Pengikut