PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- MESTI BACA: Sejarah 1977 : Sebab Sebenar PAS disingkir dari BN....
- DAFTAR PEMILIH JAN HINGGA JUN 2010.
- SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA UMNO SELANGOR,
- MESTI BACA : BAGAIMANA NAK MENANG PRU KE 13 ?
MESTI BACA: Sejarah 1977 : Sebab Sebenar PAS disingkir dari BN.... Posted: 26 Jul 2010 07:59 AM PDT
| |
DAFTAR PEMILIH JAN HINGGA JUN 2010. Posted: 26 Jul 2010 07:52 AM PDT | |
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA UMNO SELANGOR, Posted: 25 Jul 2010 06:01 PM PDT Kapar Siri Road Show SSDE akan menggempur kubu Sahak Gobek di Ijok malam ini dalam usaha menukar ianya agar menjadi kubur Sahak Gobek dalam pru akan datang. Selain di Ijok, satu lagi ceramah SSDE akan diadakan di Kapar. Saya menyeru kepada kawan-kawan yang di luar sana agar anda datang dan dengar sendiri apa yang dikatakan oleh para-para penceramah. Percayalah cakap saya, ceramah SSDE ini lain dari ceramah-ceramah UMNO atau BN yang anda pernah dengar selama ini. Wow !!! Gelombang SSDE Melanda Selangor.Sepanjang saya mengikuti ceramah-ceramah anjuran BN atau UMNO, malam tadi adalah kali pertama saya dapat rasa ada satu aura yang lain. Kebiasaannya ceramah-ceramah mereka membosankan, tetapi malam tadi lain macam rasanya. Setibanya saya ke kawasan berhampiran tapak ceramah kelainan sudah dapat dirasai. Pertama sekali adalah kerana lalulintas yang perlahan untuk ke tempat ceramah di Pandamaran yang terletak dalam dun Pelabuhan Klang. Kedua, kelihatan kenderaan yang banyak diletak di kiri kanan jalan sebelum sampai ke tempat ceramah. Perkara-perkara ini bukan menjadi kebiasaan dalam majlis-majlis ceramah anjuran BN atau UMNO. Dalam hati terasa seperti nak pergi dengar ceramah PAS pula rasanya. Saya sendiri pun terpaksa meletak kenderaan agak jauh dari tempat ceramah dan terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke sana. Sebiji sama nak pergi dengar ceramah PAS. Ketiga, bila melihat petugas-petugas berada di tepi jalan memegang lampu picit bagi melancarkan kesesakan lalulintas. Kemudian ada pula anak-anak muda di tepi jalan mengedarkan risalah-risalah tentang kebaculan dan kemunafikan kerajaan pak-khatan rakyat Selangor kepada pengguna-pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut.Perkara ini tidak pernah saya lihat berlaku dalam ceramah-ceramah UMNO atau BN, tetapi ianya perkara biasa bagi PAS atau PKR. Kemudian ada pula peniaga-peniaga yang membuka gerai menjual makanan dan minuman. Kebiasaannya gerai-gerai hanya wujud dalam ceramah PAS dan PKR. Di sini ada sedikit perbezaan kerana ditapak ceramah BN malam tadi tidak terdapat gerai-gerai yang menjual ubat kuat atau ubat tenaga batin yang kebiasaanya sinonim dengan majlis-majlis ceramah PAS atau Harakah. Kemudian lagi, sistem pembesar suara yang menggunakan corong membuatkan ceramah dapat didengar dari jarak yang jauh dan jelas. Dari tempat saya letak kereta lagi saya sudah boleh dengar dengan jelas suara Ezam membalun Mahfuz Omar berhubung dengan akhbar Washington Post yang dikaitkan dengan Anwar baru-baru ini. Cara Ezam menyampaikan ceramah malam tadi saya terbayangkan Ezam yang saya pernah lihat sewaktu kemuncak zaman reformasi 10 tahun lepas. Sungguh bertenaga dan balunnya maksimum. Setakat cicak-cicak mengkarung atau pendekar tempang seperti Nik Nazmi Mata Sepet Sebelah atau Amiruddin Shaari Otak Bergegar (perasuah pasir) nak lawan Ezam tak payahlah. Mereka masih jauh lagi ketinggalan, kalau kencing pun masih lagi berbuih maka bolehlah lupakan hasrat nak berlawan dengan Ezam. Secara jelas malam tadi Ezam memberitahu bahawa Wan Azizah sendiri yang menyatakan kepadanya tentang perangai buruk Anwar. Perkara itu dinyatakan selepas Azizah tidak tahan lagi dengan perangai buruk Anwar yang masih melakukan kerja sondol-menyondol walaupun selepas keluar dari penjara. Bermula dari situ, Ezam mula berpatah arang berkerat rotan dengan Anwar. Beliau merasakan perjuangannya selama enam tahun memperjuangkan Anwar hanya sia-sia sahaja. Ini kerana pada masa itu beliau belum tahu tentang tabiat luar tabie Anwar. Setelah mengetahuinya dari mulut isteri Anwar sendiri ,maka Ezam terpaksa mengambil satu keputusan yang amat berat dalam hidupnya demi prinsipnya yang tidak mahu bersengkongkol dengan seorang peliwat. Ezam juga memberitahu bagaimana Saiful Bukhari berjumpa dengannya dan beliau cuba mengaturkan Saiful untuk berjumpa dengan empat orang ulama PAS. Sesiapa yang ingin mengetahui secara lanjut cerita ini boleh datang mendengarnya sendiri dari mulut Ezam di 15 lagi lokasi ceramah SSDE yang akan diadakan sebelum menjelang Ramadhan ini. Apabila Ezam menyertai UMNO , juak-juak PKR mula menuduhnya sebagai pelacur politik. Kononnya beliau mendapat 2 juta untuk menyertai UMNO. Ezam bersumpah dengan nama Allah bahawa tiada satu sen pun yang diterimanya apabila menyertai UMNO. Azmin Ali juga turut tidak terlepas dari serangan Ezam malam tadi. Secara jelas Ezam memberitahu yang Azmin seorang lelaki yang dayus. Pada pandangan saya (rbf) saya dapat menyimpulkan maksud dayus yang dikatakan oleh Ezam ialah berkenaan dengan perkongsian isteri (Shamsidar) antara Azmin dan Anwar. Azmin tidak layak menjadi MB Selangor kata Ezam. Banyak lagi cerita-cerita menarik yang dinyatakan oleh Ezam malam tadi dan yang tidak pernah kita dengar dari mulutnya selama ini. Oleh itu saya merasakan lebih baik anda datang dan dengar sendiri di telinga anda di 15 lagi lokasi ceramah SSDE. Selesai Ezam menyampaikan ceramah giliran Pengerusi BN Klang,Datuk The Kim Poo pula menyampaikan ceramah. Beliau menceritakan bagaimana Ronnie Liu menipu penduduk setinggan di Jalan Papan Pandamaran. Ada di kalangan perempuan-perempuan tua cina yang mengamuk dan tunjuk tangan tepat di atas muka Ronnie kerana sikapnya yang suka menipu. Banyak projek-projek kerajaan pusat yang dijalankan di Pandamaran yang kemudiannya Ronnie datang dan mengaku projek itu dilakukan olehnya. Walaupun agak pelat sedikit tetapi Datuk Teh menyampaikan ucapannya dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Beliau faham yang majoriti orang yang hadir mendengar ceramah adalah bangsa melayu dan tempat ceramah juga di kawasan melayu. Ini berbeza dengan sikap seorang dajal akhir zaman yang menyampaikan ceramah dalam bahasa inggeris ketika berceramah di kampung melayu juga di Klang sepertimana yang pernah saya laporkan beberapa bulan lepas di sini . Selesai Datuk Teh, tiba pula giliran exco Pemuda Umno Pusat iaitu saudara Lokman Nor Adam menyampaikan ucapan. Secara jujur saya katakan, pujian 5 bintang wajar diberikan kepada saudara Lokman yang menyampaikan ceramah begitu berkualiti sekali. Beliau bercakap dalam bahasa yang mudah difahami dan menjelaskan segalanya-galanya. Isu Apco, penyundalan di Selangor, PAS, PKR,liwat dan beberapa perkara lagi. Senang cerita semua ada dan cukup rasanya. Saya amat terkejut apabila Lokman menceritakan pengalaman beliau semasa dalam ISA bersama anak Nik Aziz yang ditahan kerana KMM dan beberapa tahanan lain yang ditahan kerana JI. Lokman memberitahu bagaimana mereka –mereka yang ditahan kerana aktiviti keganasan dan yang taksub dengan Nik Aziz serta Hj.Hadi merancang untuk mengebom kilang arak di Shah Alam. Kata mereka kerana kilang arak tersebutlah yang membuatkan runtuhnya akhlak rakyat Malaysia. Tetapi kini , sejak 2008 hingga kini apabila kerajaan campuran PKR serta PAS berkuasa di Selangor sudah dua kali kilang arak berkenaan memperbaharui lesen mereka tanpa sebarang masalah. Sepatutnya inilah masa terbaik yang ada dan perlu digunakan oleh PAS untuk menutup kilang arak berkenaan. Hajat tersebut sudah lama PAS pendam, tetapi apabila ada peluang mereka tidak menggunakannya. Mengikut Lokman sewaktu beliau pernah berceramah bersama Mat Sabu satu ketika dahulu, Mat Sabu pernah berkata jika mereka berjaya bentuk kerajaan malam ini maka esok pagi sebelum ayam berkokok lagi PAS akan tutup semua pusat-pusat hiburan. "Itu dulu Man, dulu lain sekarang lain, dulu tak dapat duit, sekarang lim guan eng sudah suap duit ke mulut". Lokman juga menceritakan bagaimana Wan Azizah 'menutuh' Anwar dalam bilik di Hotel Quality Shah Alam di depan beberapa ahli parlimen PKR sebaik sahaja Saiful membuat laporan polis. Diringkas cerita, banyak cerita-cerita menarik dan info terkini yang boleh didapati dalam siri Road Show SSDE. Saya cadangkan anda pergilah dengar sendiri. Percayalah cakap saya, ceramah SSDE ini memang lain dari yang lain. Tak percaya ? Datang dengar sendiri. Serangan-serangan yang dilakukan dalam ceramah sungguh menggerunkan, tidak lagi seperti dulu yang mana bila mula saja berceramah cerita pasal pembangunan hingga ke akhir ceramah. Sekalung tahniah kepada UMNO Selangor kerana berani membuat perubahan dan mula bertindak sebagai pembangkang. Semoga momentum ini berkekalan sehingga ke pru akan datang. | |
MESTI BACA : BAGAIMANA NAK MENANG PRU KE 13 ? Posted: 25 Jul 2010 05:40 PM PDT 62% pengundi muda 'atas pagar'KUALA LUMPUR 25 Julai – Seramai tujuh juta pengundi muda akan menjadi faktor penentu dalam keputusan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) atau parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang. Bagaimanapun, kajian terbaru oleh Makmal Pemuda BN telah memberi wawasan tentang pemikiran golongan pengundi muda dengan kebanyakan mereka mengambil pendirian non-partisan (tidak memihak) berhubung politik negara. Berikutan majoriti golongan belia bukan penyokong mana-mana parti, kajian itu mendapati tiga daripada lima pengundi muda atau 62 peratus daripada mereka masih 'duduk atas pagar' mengenai parti pilihan mereka. Hasil kajian ke atas kira-kira 1,000 responden dari seluruh negara itu serta cadangan dasar telah disampaikan oleh Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas. Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik khas selama dua bulan mulai Mac lalu itu bagi membantu parti pemerintah menggubal dasar bersesuaian dengan keperluan generasi muda di negara ini. Hasil laporan itu akan diumumkan kepada awam pada satu mesyuarat bersama Perdana Menteri dijadual pada 20 Ogos ini. Kebimbangan utama yang disuarakan oleh responden adalah berkaitan dengan pekerjaan, pendidikan, peningkatan kos hidup dan pengangkutan awam. "Golongan belia ini akan mengundi mana-mana calon yang mereka fikir lebih baik pada pilihan raya umum akan datang," menurut hasil kajian itu. Hasil kajian itu adalah serangkai dengan arah aliran politik semasa yang ditonjolkan oleh pelbagai pemerhati dan penganalisis politik termasuk Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah. "Pengundi muda kini lebih berpandangan terbuka dan membina dan mereka tidak menilai sesuatu isu berdasarkan ideologi politik. Sokongan mereka mudah berubah atau bertindak kepada situasi pada bila-bila masa," kata Abu Hassan. Menurutnya, generasi muda tidak lagi berpegang kepada kata-kata atau janji ahli politik tetapi sebaliknya menilai bagaimana parti-parti berkenaan menangani pelbagai isu. Bagi Khaw Veon Szu, Pengarah Institut Pembangunan Sosioekonomi dan Penyelidikan (SEDAR), iaitu kumpulan pemikir Parti Gerakan, pula, beliau percaya kebanyakan belia di negara ini masih cenderung kepada pembangkang, walaupun perangkaan 60 peratus pengundi belia 'atas pagar' seperti dilaporkan oleh Mahkamah Pemuda BN. "Saya percaya pengundi muda 'atas pagar' sebenarnya pada kadar 30 peratus dan saya tidak kata ia akan mencecah sehingga 60 peratus," katanya. "Pengundi sentiasa berubah secara bulanan tetapi ia hanya sekadar mana tahap perubahan itu. "Konsensus secara umum bagi golongan muda dan ligat itu pada amnya mereka memihak pembangkang," katanya. Veon Szu berkata, pembangkang mempunyai sedikit 'simpanan tetap' dalam masyarakat Cina dan ini dijelaskan mengapa mereka begitu gigih mendaftar pengundi baru dan muda kerana mereka menganggap golongan itu adalah tambahan kepada 'simpanan tetap' mereka. Bagi memenangi hati pengundi muda, katanya, BN tidak mempunyai masa tetapi sebaliknya perlu mempunyai rancangan drastik bagi mengejar usaha pembangkang mendaftar pengundi baru. Salah satu sektor yang boleh membawa impak segera dan berkesan yang boleh meninggalkan kesan mendalam dalam minda dan hati pengundi muda adalah rombakan dasar pendidikan. Bagaimanapun, sebilangan pemerhati politik dan ahli parti berpendapat bahawa apa yang BN perlu sekarang ialah penyelesaian kepada masalah yang dibangkitkan oleh golongan ini dan bukan satu lagi kajian untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh belia. "Anda tidak perlu menjalankan satu kajian untuk mengetahuinya. Sebagai seorang pemuda, saya boleh beritahu apa yang golongan pemuda inginkan – pekerjaan, keselamatan, kualiti hidup yang lebih baik dan urus tabir yang cekap," kata seorang pemimpin pemuda dari sebuah parti komponen BN. Bagaimanapun, sebarang bentuk kajian adalah penting dan dapat membantu BN merangka strategi bagi membantu golongan itu di peringkat bawahan. Usaha kajian seperti itu adalah langkah tepat seperti dilakukan oleh Pemuda MIC di mana lebih ramai pemimpin muda diberi tanggungjawab di peringkat cawangan dan bahagian. Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, berkata pada 21 Ogos ini, sebanyak 50 cawangan pemuda baru dengan pemimpin baru akan dibentuk selain mendaftar ahli baru sebagai pengundi jika mereka mencapai umur 21 tahun. "Sebelum ini, kita terpaksa menunggu sehingga seseorang itu melepaskan jawatan atau meninggal dunia. Tetapi kini, kita melakukan rombakan dan maklum balasnya adalah baik. "Kami kini mempunyai pengerusi cawangan berusia antara 20-an dan 30-an," katanya. Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Anthony Loke Siew Fook menjelaskan, kecenderungan pengundi muda kepada parti pembangkang sebahagian besarnya disebabkan faktor 'tolakan' dari BN dan bukan faktor 'tarikan' oleh pembangkang. "Perebutan mendapatkan sokongan pengundi muda masih terbuka luas. Pengundi muda akan memilih calon yang dapat membuktikan kelebihan yang ada pada diri mereka," katanya. Oleh itu, Siew Fook berkata, pembangkang menumpukan kepada dua pendekatan iaitu pendaftaran pengundi baru secara agresif dan memaklumkan kepada golongan itu bahawa mereka boleh membuat keputusan dengan apa yang mereka fikirkan penting. Pensyarah Sains Politik, Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI), Dr. Ong Kian Ming berkata, Pemuda BN tidak mempunyai rancangan bersepadu untuk membabitkan golongan pemuda serta gagal mengetengahkan dasar untuk mereka. "Misalnya, isu biasiswa. Kita tidak lihat sebarang usaha bersepadu untuk menyelesaikan isu itu sehingga pengumuman oleh Perdana Menteri," katanya. Pada 10 Julai lalu, Najib mengumumkan bahawa semua pelajar yang memperoleh keputusan 9A+ dan ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan atau luar negara. Kian Ming berkata, golongan muda nampaknya lebih cenderung kepada pembangkang tetapi parti pembangkang tidak boleh mengambil mudah berikutan keputusan pilihan raya umum lepas menunjukkan sedikit peningkatan sokongan golongan muda kepada BN. ''Pada PRU 1999 dan 2004, corak pengundian golongan muda menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN tetapi pada 2008, terdapat sedikit peningkatan sokongan kepada BN, khususnya dari generasi selepas reformasi berusia antara 21 dan 30 tahun,'' katanya. Bagaimanapun, katanya, masih ada banyak cabaran bagi pihak pembangkang dan pemerintah tetapi kedua-dua pihak itu telah menampilkan beberapa pemimpin muda yang berjaya mendekatkan diri dengan golongan belia di negara ini. – Bernama ULASAN: Ciri-ciri Pengundi Muda Masa Kini. 2. Mereka masih 'duduk atas pagar' mengenai parti pilihan mereka. 3. Calon pilihan mereka yang dianggap 'baik'. 4. Soal pendidikan, pekerjaan, kos dan kualiti hidup, keselamatan , pengangkutan awam jadi perhatian. 5 Berpandangan terbuka dan membina. 6. Tidak berpegang kepada janji ahli politik semata-mata. 7. Tertumpu bagaimana jalan penyelesaian kepada pelbagai isu. 8. Melihat sesuatu perkara dengan skop yang lebih luas. 9. Sokongan mudah berubah-ubah. 10. Sokongan kepada calon yang dapat membuktikan kelebihan diri mereka. 11. Memihak kepada pembangkang. 12. Sedia memikul tangungjawab sebagai pemimpin pelapis. 13. Generasi muda yang berusia 21 - 30 tahun memihak kepada kerajaan. 14. Masih ramai yang tidak daftar pemilih. 15. Rasa bosan dan muak dengan landskap politik semasa. 16. Masih kurang terdedah dengan ilmu kenegaraan. 17. Pemimpin parti politik hanya mahukan undi sahaja tanpa ada proses pendidikan politik. 18. Pendekatan lama oleh pemimpin tidak menarik perhatian generasi muda. 19. Tidak diberikan peluang untuk mengasah bakat kepimpinan. 20. Sering dilemparkan dengan perkara yang negatif. ULASAN. Soalnya sekarang adakah pemimpin yang sedia ada baik pembangkang mahu pun kerajaan telah bersedia untuk melepaskan segala kemudahan, status, pangkat yang mereka nikmati selama ini DISERAHKAN kepada generasi muda? Begitu juga adakah generasi muda telah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima wasiat sebagai bakal pemimpin? |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan