Ahad, 25 Julai 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MESTI BACA : KOS UNTUK MENJADI YAHUDI.

Posted: 24 Jul 2010 07:03 PM PDT



AMERIKA Syarikat ialah negara besar. Pergerakan ekonominya akan mempengaruhi seluruh dunia. Kini negara itu sedang berada dalam keadaan ekonomi yang teruk.

Newsweek edisi 19 Julai menceritakannya. Rupa-rupanya masalah di sana lebih gawat daripada di Malaysia. Kita cuma naik harga minyak 5 sen dan gula yang membawa banyak penyakit.

Di Amerika sehinggakan nak menjadi pengikut agama pun susah. Kolumnis Lisa Miller menulis artikelnya bertajuk Kos untuk menjadi seorang Yahudi. Beliau menulis bagaimana kemelesetan ekonomi Amerika mempengaruhi agama di sana.

Beliau berkata, satu kajian pada 2005 menunjukkan yuran untuk menjadi ahli jemaah sebuah kuil Yahudi (synagogue) setahun ialah AS$1,100 - tetapi yurannya dua atau tiga kali ganda di bandar-bandar yang lebih besar. Di sebuah kuil di Manhattan's Upper West Side, seorang rabinya memberitahu yuran keahliannya ialah AS$3,100 setahun.

Lisa menulis lagi, satu keluarga Ortodoks Yahudi dengan tiga anak dianggarkan membelanjakan antara AS$5,000 dan AS$110,000 setahun untuk yuran sekolah, yuran kuil, kem musim panas dan makanan 'halal' kosher.

Tekanan hidup memaksa penganut agama Yahudi menjauhi agamanya sendiri. Pada 2008, dianggarkan 2.7 juta warga Amerika yang menganggap mereka sebagai Yahudi yang bersembahyang; angka itu jatuh berbanding 3.1 juta pada 1990.

Satu lagi kolumnis Robert J. Samuelson menulis mengenai bagaimana kemelesetan mengubah cara hidup rakyat Amerika. Dalam tulisannya bertajuk Ketidaktentuan semakin membimbangkan, beliau menggambarkan kemelesetan yang dialami sekarang lebih teruk daripada 11 kemelesetan negara itu sejak Perang Dunia Kedua.

Ia berlaku dalam banyak keadaan, menyentuh setiap kelas sosial melalui kehilangan kerja, pemotongan gaji, nilai kekeluargaan yang semakin tertekan, pegangan saham yang semakin merosot, simpanan persaraan semakin nipis, dan anak-anak besar yang kembali semula ke rumah ibu bapa.

Beliau menulis lagi kepada satu bancian pendapat terhadap 3,000 rakyat Amerika pada Mei lalu mendapati: 71 peratus mengurangkan pembelian barang berjenama, 57 peratus mengurangkan dan menghentikan percutian. Pendek kata, pelan keluarga telah diubah; 11 peratus berkata mereka menangguhkan perkahwinan atau mempunyai anak, sementara sembilan peratus telah berpindah ke rumah ibu bapa masing-masing.

Samuelson menulis lagi bagaimana teruknya kadar kehilangan kerja di sana. ''Pengangguran adalah yang terburuk sejak Perang Dunia Kedua."

Kolum yang ditulis oleh Ezra Klien juga menulis mengenai soal wang dan hidup. Tulisannya bertajuk Ia selalunya mengenai ekonomi, bodoh (Untuk menang pilihan raya pada November ini, fokus kepada gaji, bukan undi).

Petikan yang diletakkan di muka surat 20 itu cukup menarik: "Kita harus memberi sebanyak mungkin wang (ekonomi) di dalam tangan pengundi secepat mungkin sebelum tibanya pilihan raya."

Jadi, pembaca Cuit sekelian apa yang dihairankan apabila kerajaan menaikkan minyak 5 sen dan gula 25 sen?
Ubahlah cara hidup kita – sebelum ada lagi yang dengarnya akan naik!

SUARAM atau nama penuhnya Suara Rakyat Malaysia ialah aktivis kononnya mewakili rakyat Malaysia. Ia sedang memperjuangkan soal kapal selam yang tak boleh tenggelam.

Suara rakyat Malaysia itu tidak langsung menyentuh mengenai soal alam sekitar yang diriuhkan oleh rakyat Malaysia sekarang.

Saya cukup-cukup hairan dengan mereka ini. Kita tahu selepas pilihan raya umum lalu ramai juga aktivis jenis ini yang kini menjadi wakil rakyat PKR dan DAP. Rupa-rupanya mereka menggunakan platform NGO mereka itu untuk menjadi wakil rakyat.

Amat memalukan, apabila kawasan lecah (wetlands) kini dijadikan kuari pasir dan alam sekitar diganyang semahu-mahunya dan tidak ada aktivis yang bersuara. Mana perginya suara rakyat Malaysia -- Suaram?
Tapak korek pasir itu yang berada bersebelahan dengan Paya Indah Wetlands dan menjadi habitat (rumah) kepada pelbagai jenis burung dan ikan itu kini mulai hancur. Ia juga menjadi kawasan yang boleh menyejukkan Lembah Klang yang semakin panas ini.

Mana, kamu semua? Semasa saya menulis mengenai isu kemusnahan Bukit Cerakah di Shah Alam dulu ramai juga aktivis alam sekitar yang ikut serta membelasah Menteri Besar pada ketika itu, Dr. Khir Toyo. Kini semua mereka senyap. Khalid Ibrahim kini membuat pelbagai kenyataan yang cukup menjengkel kita semua. Blog-blog mereka menyalahkan Kerajaan Pusat pula?

Mereka sedang menukar isu depan mata kepada isu lain. Mereka ini rupa-rupanya cukup hipokrit.

Mana perginya pemimpin Melayu pembangkang?

Posted: 24 Jul 2010 06:23 PM PDT


Pemimpin Melayu pembangkang diselar

KUALA LUMPUR 22 Julai – Pemimpin Melayu pembangkang diselar kerana langsung tidak berani bersuara bagi mempertahankan nasib orang Melayu Pulau Pinang yang kini teruk ditindas oleh DAP.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Sharipah Aminah Syed Mohd. berkata, para pemimpin Melayu pembangkang sanggup melihat bangsa sendiri diperkotak-katikkan oleh DAP demi kepentingan politik peribadi yang sempit.

"Ketepikan soal kepentingan politik. Ini bukan soal perjuangan politik sempit tetapi nasib bangsa Melayu yang ditindas. Mana semua pemimpin-pemimpin Melayu apabila rumah penduduk Kampung Jalan Pokok Asam akan dirobohkan, sedangkan dalam kes Kampung Puah Pala ia bermati-matian dipertahankan.

"Mana suara pemimpin Melayu pembangkang lain yang kononnya memperjuangkan bangsa, agama dan negara. Ini bukan soal rasis tetapi hak orang Melayu perlu dipertahankan," katanya.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang yang akan menghentikan pembinaan rumah kos rendah semasa membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), di Dewan Negara, hari ini.

Ahli Majlis Jabatan Perumahan Pulau Pinang, Sim Tze Tzin seperti yang dipetik daripada sebuah akhbar berbahasa Inggeris berkata, pihaknya sedang merancang untuk menghentikan pembinaan rumah kos rendah yang berkeluasan kurang 700 kaki persegi (65 meter persegi).

Katanya, langkah itu bertujuan mengelakkan negeri tersebut dipenuhi pangsapuri yang kotor sehingga menimbulkan suasana tidak selesa kepada penduduknya.

ULASAN.

Sokongan ramai pengundi Melayu kepada pakatan pembangkang di Pulau Pinang yang diperolehi daripada pengaruh Pas terutamanya pada pilihan raya umum lalu, ternyata tidak diterjemahkan sewajarnya oleh DAP.

Malah Ketua Menteri, Lim Guan Eng sedikit demi sedikit mengkhianati suara pengundi terutama Melayu dan India. Banyak gerai penjaja Melayu dirobohkan. Penempatan Melayu juga menjadi sasaran. Kampung Buah Pala yang merupakan penempatan popular kaum India turut lenyap.

Perarakan Maulidur Rasul untuk umat Islam pernah dibatalkan. Sekatan terhadap media juga semakin ketara di Pulau Pinang termasuk ke atas akhbar terbitan Kumpulan Utusan. Kebebasan media dan keterbukaan yang dijanjikan semasa kempen pilihan raya umum, hanya palsu. Bukan setakat itu, Utusan Malaysia dilabelkan sebagai penjahat oleh Guan Eng hanya kerana tidak membawa aspirasi DAP (yang cenderung untuk merungkai Perlembagaan negara). Rasanya belum pernah ada mana-mana pemimpin di dunia melabelkan akhbar sebagai penjahat kecuali beliau. Bagi ramai pengamal media di negeri itu, Guan Eng tidak boleh dikritik. Beliau mudah melatah dan bertindak balas.

Awang juga masih ingat bagaimana Setiausaha Agung DAP itu pernah mendakwa Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh sedangkan siasatan dan inkues hanya baru bermula. Kenyataan tersebut berbaur hasutan dan bercanggah dengan prinsip undang-undang.

Terbaru, beliau menghina dan memperlekehkan penjawat awam iaitu Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Nik Ali Mat Yunus secara terbuka berhubung isu curi pasir.

Tiada ulasan:

Pengikut