Jumaat, 2 Julai 2010

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


KUALA LANGAT..HEBAT

Posted: 02 Jul 2010 03:16 AM PDT


Memang tak dinafikan sejak dahulu,Daerah Kuala Langat memang hebat dan terkenal.Baik di bidang sukan,mahupun bidang ekonomi.

Kuala Langat adalah salah satu dari lapan daerah di Selangor. Ia bersempadan dengan daerah Klang dan Sepang. Sebahagian daerah Kuala Langat terletak di persisiran Selat Melaka. Pembangunan pesat kawasan seperti Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA telah meletakkan daerah ini kawasan yang strategik untuk pelaburan. Di samping itu, daerah ini disokong dengan kemudahan infrastuktur jalan raya yang baik yang menyambungkan ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Bandar DiRaja Klang, Pelabuhan Klang, Putrajaya dan KLIA.

Daerah Kuala Langat mempunyai keluasan seluas 87,704 hektar. Jumlah penduduk melebihi 200,000 orang dengan majoriti daripada bangsa Melayu, diikuti oleh Cina dan India serta sejumlah kecil orang-orang asli.

Pada masa ini terdapat sebuah kawasan perindustrian bertaraf Zon Perdagangan Bebas di Telok Panglima Garang. Di sini terdapat kilang elektronik dan alat ganti kenderaan. Tanaman utama daerah ini adalah kelapa sawit.

HEBAT BUKAN...kini Kuala Langat akan terkenal lagi dengan adanya....

Kandang Babi RM100 juta Sedang Diusahakan Di Selangor

Luasnya adalah 337.09 ekar di mukim batu, Kuala Langat sebagaimana yang terkandung dalam Kertas Mesyuarat Exco MTES bertarikh 18 Februari 2009. Tanah seluas 337.09 ekar akan diambil untuk tujuan "Modern Pig Farming, MPF" menggunakan seksyen 3 (1) (b) Kanun Tanah Negara. Keputusan untuk mengambil tanah ini telah dipersetujui oleh Exco Kerajaan Selangor dalam mesyuarat pada 22 Julai 2009. 5 syarikat yang dikenalpasti sudah disenarai pendek untuk memajukan MPF di Kuala Langat(sumber:http://anginperubahan.blogspot.com/2010/07/kandang-babi-rm100-juta-sedang.html)

Lawatan Kerja PM ke NGV Tech-

Posted: 01 Jul 2010 03:09 AM PDT

(Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Kuala Langat,saudara Zurihan)
(Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat)
(Para ahli pemuda sedang mendaftar kehadiran)
(Sementara menanti sebuah lagi bas,sempat juga berbincang)
(Taklimat ringkas dari saudara Fuad,sambil diperhatikan oleh CiKaDaK)
(kakitangan serta orang ramai setia menanti kehadiran PM)
(Ybhg Dato'Abd.Samad,veteran UMNO,juga turut hadir)
(pemuda KUALA LANGAT)
(bertukar-tukar pendapat)
(barisan AJK bersama KP menanti kehadiran PM)

Tiada ulasan:

Pengikut