Jumaat, 2 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


KJ Elok Perkasakan Pemuda UMNO, Jangan Sibuk Kejar Jawatan Sahaja

Posted: 02 Jul 2010 01:32 AM PDT

Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini Khairy Jamaluddin(KJ) semakin menjadi-jadi. Dia banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan pelik dan kurang waras. Keangkuhannya pula menjadi-jadi. Sesiapa yang mengikutinya dalam Twitter pasti akan nyaris termuntah dengan posting-postingnya terutama sekali jika dia mengemaskini statusnya semasa dia berada di dalam parlimen.

Minggu lalu, hampir setiap hari, KJ akan mengutuk dan menghina Dato' Ibrahim Ali di dalam Twitternya. Memang tak tahan nak baca. Sampai kalau boleh, saya nak menghubungi KJ segera untuk menyuruhnya senyap! Kemudian, dia ada juga menyuruh akhbar Suara Perkasa disiasat kerana membela MARA! Apa semua ni? Saya rasa KJ telah keliru dengan status dirinya sendiri dan dia juga tidak faham makna UMNO. UMNO adalah akronim untuk United Malay National Organization! Ianya pertubuhan orang melayu. Kenapa KJ tidak membela melayu?

Semalam juga dia memperlekehkan Timbalan Menteri Kewangan berkenaan dengan soalannya berkaitan Proton. Mungkin KJ ingat jawapannya dalam parlimen dah bagus sangat. Mungkin KJ ingat dia adalah ahli parlimen terbaik di dalam dewan. Mungkin juga KJ ingat dia lebih layak menjadi Timbalan Menteri.

Apabila saya menjadi 'follower' KJ di dalam laman Twitter, saya menjadi semakin pelik dan hairan. Saya terfikir sendirian, perwakilan Pemuda jenis apakah yang telah mengundi KJ untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Memang ternyata KJ tidak ada karisma untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO!

Sebenarnya, KJ bukan sahaja bertindak pelik di dalam UMNO tetapi juga di dalam FAM semasa menyandang jawatan Timbalan Presiden FAM. Kalau kita lihat kembali di dalam status Twitternya, dia sibuk menyokong pasukan Liga Inggeris (EPL). Contohnya ketika ada perlawanan Chelsea vs Arsenal, dia akan sibuk memberi komen tentang perlawanan tersebut sedangkan pada hari dan waktu yang sama, terdapat beberapa perlawanan melibatkan pasukan liga tempatan seperti Perak vs Kedah, Selangor vs Perlis dan lain-lain.

Bukankah KJ sebagai Timbalan Presiden FAM perlu memberikan sokongan yang lebih kepada liga tempatan? Bagaimana rakyat Malaysia nak sokong liga tempatan jika Timbalan Presiden sendiri sibuk dengan EPL? Hatta Presiden FAM sendiri selalu turun ke stadium untuk beri sokongan pada pasukan tempatan. Nasib baik perwakilan FAM bertindak bijak dengan tidak mencalonkan KJ sekali lagi dalam pemilihan baru-baru ini. Syabas saya ucapkan!

Senang cakap, KJ ini hanya hendakkan jawatan tapi apabila sudah dapat dia tidak tahu bagaimana hendak menjadi ketua untuk organisasi tersebut, dia tidak tahu untuk menjadi ketua pasukan, dia hanya tahu nak jadi ketua pada dirinya sendiri! Segala tindakan dan kenyataannya hanya berpaksikan kepada dirinya sendiri sahaja, tidak langsung memikirkan untung nasib dan imej organisasi yang sepatutnya beliau pimpin. Kenyataannya banyak bersifat peribadi, bukan sebagai pemimpin.

Kepada KJ, tidak usahlah cari pasal dengan PERKASA lagi. Ingatlah, jika anda dapat memimpin Pemuda UMNO dengan berkesan, tidak ada pemuda yang teringin menyertai PERKASA. Sahutlah seruan Perdana Menteri supaya menyerang pembangkang, bukannya bergaduh sesama sendiri dan sekutu. Anda jaga sahajalah Pemuda baik-baik sementara berpeluang. Tidak ada gunanya anda melalak kepada perkara yang bukan-bukan sehingga membuatkan orang lebih menyampah kepada anda!

(Oleh: umnomuda)


Musang Yahudi

Posted: 01 Jul 2010 04:55 PM PDT

Masa Anwar bangkitkan isu APCO, konon-kononnya dia lah manusia yang paling benci kepada Yahudi di dalam negara ini. Begitu juga sewaktu seluruh dunia mengecam kekejaman Israel ke atas Flotilla keamanan Gaza, Anwar mengepalai perarakan mengecam rejim zionis seolah-olah dia amat bencikan Zionis.

Maka bertepuk soraklah semua totok-totok PAS kerana mereka menyangkakan bahawa hanya UMNO dan BN sahaja yang setuju dengan Yahudi melalui kerjasama APCO. Bagi mereka, Anwar Ibrahimlah yang harus disanjung tinggi kerana sanggup menghentam Yahudi dan juga mempunyai prinsip menolak sebarang kerjasama dengan Yahudi demi negara tercinta ini.

Nik Aziz tersenyum lebar dengan pendirian Anwar didalam isu APCO. Selama ini dia tak salah memilih Anwar sebagai peneraju Pakatan Pembangkang kerana memang Anwar langsung tiada komplot dengan Yahudi seperti yang "difitnahkan" oleh UMNO dan BN. "Kalau ada, takkan dia berani nak hentam Yahudi. Ini semua kerja "jahat" UMNO dan BN lah ni. Celako, celako, celako", kata hati Nik Aziz.

Gegak gempita portal-portal pembangkang seperti Tranungkite dan juga blog-blog goblok totok PAS. Mereka tak putus-putus menyanjung Anwar Ibrahim sebagai Pejuang Negara kerana mendedahkan kerjasama jahat UMNO/BN dengan yahudi melalui APCO. "Tengok Anwar, dia bukan talibarut yahudi malah dia dedahkan isu APCO kerana sayangkan negara dan tak mahu ada anasir yahudi merosakkan negara !", kata totok-totok PAS yang semakin tebal kegoblokkannya.

Tetapi hari ini, umpama cicak tertelan kapur..., umpama ayam kena penyakit hawar..., totok PAS menggelupur kepanasan lubang dubur apabila mengetahui bahawa Anwar telah berangkat ke negara Yahudi bagi mejilat tapak kaki kafir itu kerana menyesali tindakannya yang "derhaka".

Tak tidur malam sekalian totok PAS yang selama ini menyangka Anwar lah pujangga negara dan juga pembela bangsa dari belenggu yahudi. Mandi tak basah dan makan pun tak lalu semua pencacai PAS ibarat lelaki yang ditinggal bini. Tak sangka sungguh Anwar sanggup buat begini. Lembut lidah dari gigi.

Nik Aziz juga terkedu menelan ludah pahitnya sendiri. Hidup-hidup Anwar telah kencing diatas serbannya dan juga telah memalitkan najis mughalazzah kemukanya. Nasib baik kulit mukanya setebal tembok cina, kalau tak.., bagaimana dia mahu menghadapi seluruh masyarakat terutamanya puak-puak UMNO yang dimaki hamunnya kerana disangka talibarut yahudi. Rupa-rupanya Anwar itulah balaci tersohor yahudi.

Terdiam seluruh alam maya. Senyap habis beruk-beruk berserban di hutan Kelantan. Khemah gerombolan pembangkang umpama dilanggar Garuda. Semuanya hanya kerana tindakan Anwar menyembah sujud dikaki yahudi bagi memohon ampun diatas ketelanjurannya menderhaka. Menitis airmata dan berjejeran liur Anwar dikaki yahudi merayu supaya diampunkan dosa-dosanya.

Kalau Anwar tak buat begitu, siapa lagi yang nak diharapkan untuk sumbangkan dana untuk dirinya? Siapa lagi mampu membiayai kos kehidupan dia serta keluarga?

Nak diharapkan kepada Nik Aziz? Mati keringlah jawapannya kerana orang tua nyanyuk tu hanya boleh bagi tiket syurga sahaja. Tak lebih dari itu. Nak harapkan derma dari seluruh totok PAS? 20 kali buat ceramah pun belum cukup duit untuk mantain kereta mewah dan juga rumah besarnya di tengah kotaraya.

Hanya yahudi saja mampu membelanya dan sebab itulah jika disuruh jilat kaki Yahudi pun Anwar akan sanggup demi survival diri dan kepentingan politik peribadi.

Tinggallah Nik Aziz yang terkebil-kebil menikmati lemak masin kencing Anwar Al Juburi. Termengah-mengahlah totok-totok PAS kembang kuncup hidung menghidu najis berak Anwar yang terpalit di muka mereka.

Sedangkan Anwar di Amerika sedang kembali bermesra bersama kuncu-kuncu yahudinya sambil mereka bergelak ketawa melihatkan kebodohan sebilangan manusia berserban dan berkopiah di negara Malaysia.

(Oleh: pak_long)


Tiada ulasan:

Pengikut