Sabtu, 3 Julai 2010

DunSemarang

DunSemarang


Ingatlah..Pesan Almarhum Sultan Johor Tuanku Sultan Iskandar Al Haj .

Posted: 02 Jul 2010 10:27 PM PDT

Sultan Johor,Sultan berjiwa rakyat, Sultan Kasihkan rakyat. Sultan kasihkan Tanah Air, Sultan kebanggaan Rakyat JOHOR, DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi yang mangkat malam ini(22.01.10) selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.
INGATLAH! INGATLAH! INGATLAH! Pulau Batu Putih Baginda bertitah, pulau berkenaan bukan milik republik/Singapura/Temasek , sebaliknya hak kerajaan Johor.
"Saya akan berikhtiar mencari jalan mendapatkan semula hak kedaulatan Batu Putih yang kini dimiliki Singapura supaya kembali kepada kerajaan Malaysia. Suka saya ingatkan bahawa saya tidak lupa pada Batu Putih. Pulau itu bukan hak Singapura, tetapi hak Johor. Sampai bila pun saya akan cari ikhtiar dapatkan semula pulau milik Johor itu," titah baginda....
Semuga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atasNya.Al-Fatihah.
Adakah kita sebagai rakyat johor rela segalanya terlepas bergitu sahaja...bagaimana dengan KTM..adakah semuanya mesti di bahu UMNO..kemana perginya PEMBANGKANG dalam mempertahankan hak Tanah Melayu..inikah satu Malaysia, kalau segalanya hanya UMNO. dan Melayu...kemanakah peranan yang lainnya..adakah sekadar hanya pandai mengktiritik UMNO dan mencemuh Bumiputra dan Melayu...ingatlah wahai anak bangsaKu.ByM69

Galeri Program 2L (langsing dan Lawa) 3.07.10

Posted: 02 Jul 2010 09:48 PM PDT

Pendaftaran
Jururawat pergigian

Dr Haji Mazlan.



Dianogsis kesihatan.
Syukur Alhamdulillah segala program dan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar serta jayanya. Pihak penganjur, Jabatan Kesihatan Batu Pahat dan Klinik Kesihatan Ayer Hitam mengucapkan jutaan terima kasih pada para hadirin, peserta dan AJK Dunsemarang serta YB Datuk Samsulbari Bin jamali. Semuga program ini akan menjadi asas kepada program kesihatan pada masa akan datang di kawasan Dun Semarang. ByM69.

Gaya Hidup Sihat 2L bersama Dunsemarang

Posted: 02 Jul 2010 06:40 AM PDT

Program Gaya Hidup Sihat 2L bersama pemimpin Dunsemarang dan Jabatan Kesihatan Batu Pahat. Penduduk di Dun semarang dijemput hadir untuk menjayakan program tersebut.
Hari Sabtu. 3 Julai 2010. Di dataran SK Ayer Hitam, Batu Pahat.
Mulai jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 ptg. Pelbagai program kesihatan dan senam Robik akan di adakan.Di Rasmikan oleh YB Datuk Samsolbari Bin Jamali. Adun Semarang,
Kehadiran tuan, puan akan memeriahkan lagi majlis tersebut.ByM69.

Tiada ulasan:

Pengikut