Sabtu, 3 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Kami tak makan tahi..., kami kunyah jerr

Posted: 02 Jul 2010 07:49 PM PDT

Di dalam isu APCO, UMNO dan kerajaan BN dihentam habis-habisan oleh PAS dan juga PKR terutamanya Anwar Ibrahim. Mula lah kilang putarbelit ayat Quran dan hadis PAS mengeluarkan fatwa merapu mereka tentang hukum kerjasama dengan Yahudi ni.

Ularmak kecil serta besar, tua dan muda yang selama ini membelit serta berlingkar didalam PAS begitu ghairah mengeluarkan kenyataan bahawa dilarang orang Islam menjalin hubungan dengan Yahudi.

Ada juga yang lebih advance mengatakan bahawa Allah tak bagi kita sebagai orang Islam berkawan dengan bangsa Yahudi ini.

Tapi bila ditimbulkan persoalan mengapa Anwar Ibrahim juga mempunyai hubungan dengan Yahudi dan bersahabat dengan bangsa ni, serta merta operasi pemutihan berjalan dengan pantas oleh ularmak PAS bagi menghalalkan perbuatan Anwar.

Sibuklah beruk-beruk berserban ini menyelak segala kitab dan menelaah segala hadis bagi mencari ayat-ayat sekerat yang bakal digunakan untuk mematahkan fakta pihak lawan.

Kepala ularmak dengan segera berfatwa bahawa tak salah jika Anwar baik dengan bangsa yang dilaknat Allah ni. Anwar kena baik dengan Yahudi untuk menerangkan tentang Islam pada mereka katanya. Tapi bila UMNO dan kerajaan BN baik dengan Amerika dan Yahudi, kepala Ularmak ini akan tentang habis-habisan berserta dengan para balacinya.

Fatwa yang dikeluarkan ialah, UMNO laknatullah kerana berkerjasama dengan Yahudi dan Amerika.

Dulu..., apabila Perdana Menteri melakukan kunjungan menemui Presiden Amerika Barrack Hussin Obama, melolong-lolong pencacai PAS serta balaci PKR menuduh UMNO mahu menjual negara. Tetapi bila Anwar Ibrahim bersujud mohon ampun kepada Yahudi kerana tersilap menghentam zionis, itu tak apa kerana Anwar geng kita kata puak Pakatan Haram.

Begitu juga ketika Dewan Pemuda Pas menghantar ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Britain dari parti konservatif yang sememangnya Yahudi dan juga pro Israel. Itu tak apa kerana Nabi sendiri menjalinkan hubungan baik dengan Yahudi kata beruk-beruk berserban di negeri Kelantan.

Inilah hasil ajaran kitab SHIT yang menjadi doktrin umum dalam PAS. Mereka langsung tak mahu mendengar apatah lagi membaca akhbar arus perdana kerana kununnya semua telah dikuasai oleh UMNO.

Akhbar Utusan telah mereka sifatkan sebagai kitab UMNO. Tetapi apabila Suara Keadilan dibakar oleh rakyat kerana memfitnah FELDA, balaci Pakatan Haram terus mahu saman UMNO. Tak sangka begitu suci Suara Keadilan dikalangan balaci Pakatan Haram.

Semua perilaku songsang dan juga acara main belakang yang dilakukan oleh Pakatan Haram telah dihalalkan oleh dajjal-dajjal kecil bertopengkan serban dan jubah labuh parti kerajaan langit PAS.

Dajjal-dajjal kecil ini juga bertanggung jawab untuk mengharamkan apa jua perkara yang dilakukan oleh UMNO serta kerajaan BN. Malah, jika ada ilmuan agama yang mahu mendekati UMNO juga sanggup mereka munafikkan dan juga dicop sebagai sekular. Dajjal-dajjal kecil ini berlumba-lumba untuk memenuhkan KPI mereka sebagai seorang ularmak.

Lagi lantang mereka menghentam UMNO dan kerajaan pemerintah, lagi tinggilah darjat mereka didalam parti kerajaan langit PAS. Lagi pandai mereka putarbelit ayat quran untuk menghalalkan perlakuan haram Pakatan, lagi mereka dihargai oleh Tuan Besar mereka parti zionis DAP.

Sikap mereka-mereka ini diupamakan seperti menuduh orang lain makan tahi, tetapi bila kena pada batang hidung mereka sendiri, mereka akan kata...," kami tak makan tahi... kami cuma kunyah jeee....

(Oleh: pak_long)


Zaid Subahat Lindungi Penjenayah RPK

Posted: 02 Jul 2010 04:32 PM PDT

Zahrain benar-benar nekad. Ahli Parlimen Bayan Baru ini semakin hari semakin panas sekali kenyataannya. Yang pasti, kali ini adalah Zaid Ibrahim pula yang panas punggung! Baru-baru ini Zahrain mendedahkan bahawa Zaid Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK pernah menyewa di hotel mewah di UK. Malah Zahrain begitu optimis sekali apabila beliau menyatakan bahawa bukti dakwaan ada di dalam genggamannya.

Zahrain juga mendedahkan bahawa beliau mempunyai salinan email dari RPK kepada anak perempuannya yang menyatakan bahawa dia menerima sejumlah RM470,000 dari Amarjit Singh. Banyak tu...! Hampir setengah juta ringgit! Siapa pula Amarjit Singh? Zahrain menyatakan bahawa Amarjit Singh merupakan peguam "rasmi" kepada RPK dan PKR! Dah babit pulak dengan PKR!

Persoalannya, SIAPAKAH YANG MEMBIAYAI RAJA PETRA selama ini? Semua maklum bahawa RPK dikehendaki oleh Kerajaan Malaysia di atas penulisannya yang sangat palsu, bohong, tipu, putar alam, fitnah, dakwaan tanpa bukti dan banyak lagi salahnya. Hatta mahkamah sendiri pun pening kepala dengan "badigol kepala botak" ini. Mungkin sebab itu, waran tangkap dikeluarkan terhadapnya. Bukan kerana dia sokong PKR maka Kerajaan nak tangkap dia. Tapi kerana lidah penulisannya yang memanipulasi minda rakyat, merbahaya kepada keselamatan negara dan "Raja Fitnah Alaf Baru" ini begitu "bebas" apabila sewenang-wenangnya menghina DYMM Sultan dan Raja-Raja Melayu. Kurang ajar sangat!!!

RPK berjaya menyusup keluar dari Malaysia, SIAPA YANG MEMBANTUNYA? Takkanlah senang-senang boleh keluar dari Malaysia? Dia naik tongkang atau bayar tekong bot Indon yang bantu kah? Siapa yang merancang perjalanannya? Mula-mula ke Australia, kemudian ke London? Dia pakai "Passport" siapa?

Pastinya ada "dalang" di sebalik pergerakan dan aktiviti individu yang sangat dikehendaki oleh undang-undang negara ini. Kali ini Zahrain mendedahkan bahawa RPK ada kaitan dengan Zaid dan PKR. Malah beliau meminta SPRM menyiasat hubungan Zaid, PKR dan Raja Petra.

Kita menantikan "dalih" dan "alasan" dari Zaid. Zaid merupakan bekas "Menteri Undang-Undang" setelah dilantik sebagai senator oleh Pak Lah satu ketika dahulu. Dan kini dia bersekongkol pula dengan individu yang sangat dikehendaki undang-undang. Bekas Menteri Undang-Undang melindungi individu yang dikehendaki undang-undang? Apakah ini cerminan dan sifat seorang yang dianggap "pangamal undang-undang"???

Sifat Zaid Ibrahim nampaknya sangat bertentangan dengan prinsip undang-undang apabila melindungi manusia "Abu Jahal" seperti RPK. Tidak malukah seorang peguam terkemuka melindungi seorang yang mempunyai "lidah bercabang", kaki fitnah, kaki pembelit dan "king of spinner PKR" ini? Ternyata sekali profesyen sebagai "peguam" tidaklah "sesuci" yang disangka. Hebat berstatus "peguam" dicemari apabila kita membela seorang yang sangat dikehendaki undang-undang! Entah di mana letaknya "Kedaulatan Undang-Undang" dihati Zaid Ibrahim. Mungkinkah di botol araknya?

Nampaknya, parti PKR ini tidak lebih juga dari sebuah parti yang membela dan melindungi individu-individu yang kerap melakukan jenayah, salah laku, penipu, pembohong, pembelit, pemutar alam dan pengkhianat negara. Dari "De Facto"nya, barisan pemimpinnya, sehinggalah lidah propagandanya, mereka penuh dengan mereka-mereka yang melakukan kesalahan dan mencabar undang-undang negara. Yang Ketuanya suka "bontot", apatah lagi yang dibawahnya. Hancusss...!!!

PKR perlu menjawab segala dakwaan Zahrain ini. Jika benar anak jantan, sila nafikan berserta bukti sahih "beyond reasonable doubt" bahawa RPK tidak dibiaya oleh PKR atau Zaid. Amarjit Singh perlu mendakwa Zahrain di Mahkamah Sivil jika benar Zahrain melakukan fitnah terhadap penglibatannya. Jika kesemua yang didakwa bersekongkol ini tidak membuktikan apa-apa melainkan penafian "kosong" semata-mata, maka semua peminat, penyokong mahupun ahli PKR sememangnya "buta kayu" dalam memilih pemimpin dan parti mereka! Keluarlah dari PKR dari terus di"main"kan oleh Anwar dan konco-konconya itu...

(Oleh: dukeofmontecristo)


Tiada ulasan:

Pengikut