Rabu, 21 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Kuasa – Kunci Perpaduan UMNO/PAS

Posted: 21 Jul 2010 01:56 AM PDT

Bukan sekali malah dah beberapa kali pembangkang cuba bergabung sebelum ini untuk menjadi alternatif kepada BN tapi gagal. Mereka cuba macam-macam daripada APU, Gagasan Rakyat kepada Barisan Alternatif, semuanya gagal. Sebaik pembangkang menguasai secara majority di beberapa buah negeri dan mengurangkan majority 2/3 BN di Parlimen pasca PRU 2008, mereka secara tiba-tiba mengumumkan bergabung untuk membentuk kerajaan dengan membentuk Pakatan Rakyat. Berbeza kali ini, penggabungan diumumkan selepas pilihanraya berlangsung, bukan sebelum.

Apa yang menyebabkan pembangkang seperti DAP dan PAS dapat akhirnya mengenepikan perbezaan dasar yang amat ketara di antara keduanya untuk membentuk kerajaan di Perak dan Selangor? Sudah tentu bukan atas lain kalau bukan sebab kuasa. Anwar Ibrahim berjaya memecahkan tembok pemisah antara DAP dan PAS dengan menawarkan peluang yang tidak mungkin PAS tolak – untuk berkuasa. PAS dapat meletakkan Nizar di kerusi MB Perak bukan kerana mempunyai majority kerusi DUN tetapi atas ihsan DAP dan atas sebab perlembagaan negeri yang mewajibkan hanya melayu beragama Islam yang boleh menjadi MB di Perak. Sekarang, boleh digembar-gemburkan dikemudian hari bahawa PAS (bukan DAP) yang sebenarnya menguasai Perak.

Anwar Ibrahim bijak memanipulasi kelemahan PAS yang cukup diketahuinya ketika dia menjawat jawatan tinggi di dalam kerajaan BN. Anwar Ibrahim sedar PAS hanya beretorik untuk menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud, bukan sebab PAS benar-benar mahu melaksanakannya pun. Anwar Ibrahim bijak menipu PAS bahawa undi melayu yang hilang akibat 'pelacuran' prinsip perjuangan PAS ini akan diganti dengan undi bukan melayu yang semakin meningkat angkara sentimen perkauman yang dimainkan DAP dan badan-badan naunganya seperti Majlis Peguam dan Hindraf.

Kecintaan PAS terhadap kuasa politik sudah tidak dapat ditahan lagi, peluang yang ditawarkan anwar Ibrahim pasca tsunami politik 2008 diambil sepenuhnya oleh PAS bagi menguatkan partinya walaupun mereka semakin kehilangan undi daripada pengundi tradisi mereka iaitu orang melayu. Hj Hadi pernah dipetik sebagai berkata sanggup kehilangan kuasa demi mempertahankan prinsip perjuangan Islam PAS tetapi sekali lagi PAS hanya beretorik kerana akhirnya rakyat Malaysia melihat sendiri satu demi satu prinsip perjuangan PAS gugur di pertengahan jalan. Hanya beberapa kerat saja pemimpin PAS seperti Ketua Pemudanya yang belum bangkit daripada tidur dan masih memainkan retorik mengenai perjuangan Islam sedangkan pimpinan PAS yang lain tidak pula melihat sedemikian.

Sama seperti PKR yang survival politiknya bergantung sepenuhnya kepada individu bernama Anwar Ibrahim, survival PAS juga banyak bergantung kepada Nik Aziz walaupun tidak sepenuhnya. Anwar Ibrahim tidak perlu menguasai keseluruhan pimpinan tertinggi PAS, cukup dengan menguasai Nik Aziz sahaja. Sikap Nik Aziz yang banyak menjadi boneka kepada perjuangan peribadi anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya bukanlah disenangi oleh semua pemimpin PAS, maka itu secara senyap-senyap mereka mengadakan perbincangan mengenai perpaduan dengan UMNO. Bimbang usaha kearah perpaduan ini akan menyebabkan PAS hilang punca kewangan lanjutan kuasa yang dinikmati sekarang, nik aziz dengan cepat mengumumkan bahawa kerajaan perpaduan yang dicanang pasukan yang diketuai presiden dan timbalan presiden PAS tidak mungkin akan berlaku. Sudah tentu sebagai pemerintah tertinggi PAS, nik aziz mempunyai kuasa yang dijamin perlembagaan PAS untuk menyingkir mana-mana pemegang jawatan yang dianggap 'terkeluar' dari landasan perjuangan PAS.

Tanpa hudud dan Negara Islam, siapakah PAS? Hakikat inilah yang disedari sebilangan pemimpin PAS yang menyokong kearah perpaduan ini. Hudud adalah tema tidak rasmi PAS, sudah lama mereka mempolitikkannya dan memperolehi keuntungan tanpa perlu dibahagi dengan sesiapa. Memang formula anwar Ibrahim memberikan mereka sedikit kelebihan tetapi soalnya sampai bila? Kelebihan ini akan hilang jika sesuatu terjadi kepada anwar Ibrahim seperti masuk penjara atau masuk kubur. Tiada orang lain dalam pakatan pembangkang yang mempunyai karisma pembelit seperti anwar dan tanpanya pakatan pembangkang sudah tentu berkubur.

Jika UMNO mahu meneruskan juga usaha perpaduan dengan PAS, kuncinya ialah kuasa. Hanya jaminan jawatan tertinggi dalam kerajaan persekutuan dan negeri mampu meroboh keegoan PAS selama ini terhadap UMNO. PAS hanyalah sebuah parti yang lemah, justeru mereka akan berbangga dan mengenang sehingga mati jika ada pihak yang meletakkan mereka di puncak kuasa disebalik jumlah kerusi yang tidak sebanyak mana. Tiada istilah kejujuran dalam politik PAS, semuanya mesti ada balasan.

Dari segi taktikal, perpaduan PAS dengan UMNO sebenarnya memberi banyak kelebihan kepada UMNO. PAS adalah umpama keldai dikalangan pembangkang sebab itu di dalam banyak demonstrasi hanya pengikut PAS yang mahu menyerahkan diri kepada belantan dan air gatal FRU, hanya pengikut PAS yang mahu berbaring atas jalan dengan bendera palestin terbalik sementara orang PKR dan DAP sibuk membuat duit dan hanya bergerak di waktu malam. Dengan banyaknya hak orang melayu dan Islam yang mahu dilahap pimpinan pembangkang terutama DAP dinegeri-negeri yang dkuasai mereka, UMNO memerlukan khalayak yang ramai untuk menyertai demonstrasi yang bakal diadakan, siapa lagi yang lebih layak?. Sekurang-kurangnya isu yang dibawah UMNO lebih punya nilai kerakyatan dibanding sebelumnya ketika PAS diperalat DAP dan PKR dan akan menaikkan taraf para pendemo PAS. Jika UMNO mampu menaikkan taraf itu daripada kaldai kepada lembu atau kambing, PAS sudah cukup berbangga, percayalah.

Maka itu UMNO perlu bersedia berkongsi keknya dengan PAS jika mahu melihat perpaduan ini menjadi kenyataan. PAS tidak punya masalah menjadi boneka UMNO kerana mereka punya pengalaman menjadi boneka DAP di Perak melalui Nizar, justeru jika UMNO mahu menyerahkan satu atau 2 kerusi MB di antara negeri-negeri yang dikuasainya kepada PAS, nescaya perpaduan ini akan menjadi kenyataan, jika tidak kita hanya boleh bermimpi untuk melihat perpaduan ini berlaku. Soalnya, sanggupkah UMNO?

Fikirkanlah...

(Oleh: adamyan)


Husam anggap rakyat Malaysia bodoh !

Posted: 20 Jul 2010 05:21 PM PDT

AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Husam Musa menganggap rakyat di negara ini bodoh dengan menjanjikan pelepasan cukai selama 5 tahun jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pada PRU13 nanti.

Ini adalah kenyataan yang paling dangkal sekali pernah dikeluarkan oleh pemimpin PAS ini selama berkecimpung di dalam politik negara. Jika beginilah akal yang ada pada Husam, tak hairanlah jika negeri Kelantan menjadi begitu mundur ketika ini.

Husam yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Parancangan ekonomi dan kewangan Kelantan, amat terserlah ketidak upayaannya untuk berfikir didalam hal-hal ekonomi dengan cadangan penghapusan cukai selama 5 tahun ini. Ini hanya merupakan satu janji kosong yang ditabur oleh PAS dan Pakatan Rakyat bagi memancing sokongan rakyat.

Setelah Pakatan mengambil alih pemerintahan di empat negeri termasuk Kelantan, sistem urus tadbir ekonomi dan kewangan negeri-negeri tersebut ternyata kucar kacir dan juga hancur sama sekali. Pakatan Rakyat juga langsung tak mempunyai formula untuk memerintah secara adil dan efektif. Polisi-polisi baru yang diwujudkan oleh mereka jelas membebankan rakyat semata-mata.

Langkah Husam mengumumkan janji kosong penghapusan cukai selama 5 tahun ini adalah langsung tak munasabah serta tak langsung menguntungkan rakyat. Jika sekadar cakap-cakap kedai kopi, boleh lah Husam temberang tetapi ini berkaitan dengan soal ekonomi negara. Apakah Husam mahu negara bangkrap dengan menyuruh rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah?

Anwar yang kononnya "Pakar Ekonomi" yang diiktiraf Yahudi pun hanya mampu menyonglap pasir di Selangor bersama kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim, inikan pula Husam sebagai anak murid Anwar yang mahu berlagak seperti perancang hebat di dalam ekonomi.

Jika benar Husam betul-betul berkeyakinan mampu mengotakan apa yang dijanjikannya, mengapa dia tak buktikan dahulu formulanya di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat khususnya di negeri Kelantan?

Tunjukkan dulu bukti keberkesanan idea penghapusan cukai ini kepada rakyat di negeri Kelantan dan barulah bercakap mengenainya di khalayak ramai. Jangan hanya bercakap berdegar-degar umpama tong kosong walhal isinya langsung tak ada.

Amat memalukan sekali apabila Husam bercakap seolah-olah dia amat bijak di dalam hal ekonomi dan kewangan. Mungkin dia lupa bahawa masih ada rakyat Kelantan yang papa kedana hingga terpaksa menumpang dalam reban ayam. Husam juga lupa bahawa masih ramai rakyat Kelantan yang masih di dalam belenggu kemiskinan.

Mengapa Husam tak mendahulukan menjaga kebajikan serta hal ehwal penduduk-penduduk Kelantan? Mengapa Husam berlagak seolah-olah rakyat Kelantan semuanya sudah bebas dari kemelut kemiskinan?

Nampak sangat tindakan Husam ini hanya mahu membohongi rakyat seperti juga mentornya Anwar Ibrahim yang terkenal dengan gelaran Penipu nombor Satu negara.

Kata orang, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Tapi di dalam kes Husam, bukanlah nasi yang menjadi tempat tumpahnya kuah, tetapi dibazirkan hanya ke lantai !

(Oleh: che_wan)


Tiada ulasan:

Pengikut