Ahad, 27 Jun 2010

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


MENDENGAR SUARAHATI PEMUDA..CARA SANTAI..

Posted: 27 Jun 2010 07:56 PM PDT


Dalam kesibukan mengurus,memastikan persiapan Persidangan Perwakilan Pemuda baru-baru ini,satu pertemuan telah diatur untuk ahli Pemuda UMNO Rompin,Barisan Kepimpinan bersama Ketua UMNO Bahagian Rompin,TYT DSJJ..

Pertemuan telah diadakan di Pusat Rakan Muda(Air) Pantai Bernas..Pertemuan kali ini telah disertai oleh kira2 200 ahli pemuda yang datangnya dari 3 DUN di Parlimen Rompin.

Tujuan pertemuan ini diadakan adalah untuk bertemu dengan pemimpin secara terus dan menyuarakan pendapat dan pandangan serta nasihat tentang bagaimana menggerak pemuda dalam menghadapi suasana politik masakini di samping mendengar amanat daripada pemimpin.

Taklimat mengenai Kompleks yang bernilai 20 juta ini juga telah disampaikan oleh Pengurus Operasi Pusat Rakan Muda ini.Pelbagai kemudahan ada disediakan antaranya termasuklah latihan scuba,jet ski,power bot dan sebagainya yang bakal diperoleh dan dimanfaat oleh golongan muda belia khususnya di Rompin ini.

Pada malam itu juga telah diadakan sesi menyediakan bahan,sepanduk dan poster sebagai persiapan demo aman menentang kekejaman rejim Israel yang diadakan pada keesokan harinya.

Terimakasih kepada semua pihak yang begitu proaktif dan bersemangat mengadakan program seumpama ini di mana dialog secara santai telah dapat diadakan dan mendapat sambutan yang amat baik...Tahniah sekali lagi..

Tiada ulasan:

Pengikut