Ahad, 27 Jun 2010

Pemuda Johor Bahru

Pemuda Johor Bahru


Jambatan Ganti Tambak : Komen Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru

Posted: 27 Jun 2010 09:09 AM PDT

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Baharu Khalid Mohamad berkata setiap lapisan rakyat Johor telah sekian lama ternanti-nanti akan pembinaan jambatan tersebut.

“Titah baginda pada Sabtu itu sememangnya menepati aspirasi dan harapan rakyat Johor yang mahu melihat pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor,” katanya kepada Bernama Ahad.

Beliau berkata hanya pembinaan jambatan baru dapat menyelesaikan kesesakan lalu lintas yang kritikal di Tambak Johor dan sekitar bandaraya Johor Baharu.

“Walaupun kerajaan membina Medium Term Link (MTL) yang menghubungkan Tambak dengan Bangunan Sultan Iskandar, tetapi ini bukan jalan penyelesaian sebenar terhadap masalah trafik,” katanya.

Justeru beliau berharap menerusi perhubungan dua hala yang lebih baik di antara Malaysia dan Singapura kini, pembinaan jambatan itu dapat diteruskan untuk kemudahan rakyat Johor khususnya di Johor Baharu.

“Kita berharap Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dapat bekerjasama dengan Malaysia untuk merealisasikan hasrat rakyat Johor untuk melihat sebuah jambatan di Selat Johor bagi menggantikan Tambak Johor,” katanya.

Khalid juga berpandangan kerjasama tersebut tidak mustahil dapat dilakukan memandangkan baru-baru ini kedua-dua kerajaan dapat menyelesaikan isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di republik itu hasil perhubungan dua hala yang semakin utuh.

Sumber : Agenda Daily

Share/Save/Bookmark

Pemuda JB Menyelaras Mesyuarat Pemuda Pulai

Posted: 27 Jun 2010 07:53 AM PDT

Pergerakan Pemuda UMNO Johor Bahru telah menyelaras Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Pulai yang berlangsung pada 20hb Jun yang lepas. Pada masa yang sama, peluang bergambar bersama Dato’ Zaki Zahid, Exco Pemuda UMNO Malaysia, tidak dilepaskan oleh AJK Pemuda UMNO Johor Bahru.

Tahniah kepada Sdra. Zaimee, Ketua Pemuda UMNO Pulai dan Barisan Jawatankuasa beliau di atas kelancaran mesyuarat perwakilan yang diadakan.

Share/Save/Bookmark

Tiada ulasan:

Pengikut