Rabu, 30 Jun 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


WAJIB BACA : ANTARA PRU 13 DAN PILIHAN RAYA PARTI.

Posted: 29 Jun 2010 07:54 PM PDT

Saya ingin memberi cadangan agar pemilihan UMNO dibuat lebih awal, mungkin pada penghujung tahun ini. Kita sedia maklum bahawa ia secara tradisi dibuat setiap dua tahun sekali dan yang terakhir adalah pada 2009 lepas. Ini bermaksud pemilihan akan datang sepatutnya ialah pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 2011.

malaysian instinct.com

Kedua-duanya penting. Soalnya mana satu nak didulukan. PRU atau PRP (pilihan raya parti). Jika didahulukan salah satu dari kedua-duanya tetap ada reaksi dan respon dari ahli-ahli parti, lebih-lebih lagi yang berjawatan. Biasanya ahli-ahli parti ni tak banyak kerenah, ikut sahaja arahan. Tapi yang risau tak tentu pasal ni adalah ketua-ketua bahagian, bimbang tak tercalon sebagai YB. Rasanya dah sampai masa ketua bahagian ini diberitahu bahawa jawatan tersebut bukanlah tiket automatik untuk terpilih sebagai YB Parlimen mahu pun DUN.

Lagi satu bila tak terpilih mulalah buat hal dengan perhubungan negeri atau pusat. Ini satu perbuatan yang tidak baik dan tidak bertepatan dengan etiqa sebagai ketua bahagian yang sewajarnya dijadikan contoh dan ikutan oleh ahli-ahli dan juga orang Melayu. Jika dilihat dari segi kepentingan maka dah pastilah PRU adalah lebih utama dari PRP. Ini kerana tiada gunanya parti kuat tapi tak boleh membentuk kerajaan. PRU juga selalunya dijadikan ukuran sokongan sesuatu masyakat terhadap kerajaan mahupun pembangkang.

Kepada ketua-ketua bahagian, dulu sebelum jadi ketua bahagian, rasanya tak ada masalah bila nak mengikut ketua tapi bila dah jadi ketua maka semuanya jadi terbalik sahaja. Mungkin dulu lain sekarang lain. Cadangan untuk mengadakan PRP pada awal 2011 juga dilihat sangat relevan dengan barisan pentadbiran parti yang ada sekarang adalah diwarisi dari kepimpinan dahulu. maka wajarnya dibuat baru akan pemilihan demi untuk memantapkan syaf kepimpinan sesuai dengan agenda dan tranformasi baru yang menghendaki anggota parti dan kerjaan yang lebih muda, berpendidikan dan ada wawasan agar perancangan jadi kenyataan.

SELANGOR MILIK PKR MUTLAK - ZAINI HASSAN

Posted: 29 Jun 2010 07:32 PM PDT

June 30, 2010
30 JUN — Tajuk atas pendek, tetapi menceritakan segala-galanya. Anwar Ibrahim semakin kemaruk kuasa apabila cuba menolak pakatannya yang lain, DAP dan PAS bagi memberi laluan partinya PKR menerajui Selangor — secara mutlak.
Malam semalam saya hadir satu perjumpaan dengan beberapa sahabat yang rapat dengan PAS Selangor. PAS amat kecewa dengan sikap PKR itu. PKR mahu membolot sepenuhnya negeri itu. ''Kalau macam ini Pakatan Rakyat akan pecah. DAP pun sedang marah sekarang."
Permainan Anwar dan konco-konconya termasuklah anak emasnya, Azmin Ali amat licik sekali. Anwar yang pernah menderhaka dengan Umno, juga sanggup melakukan perkara yang sama dengan PAS dan DAP — asalkan hajatnya tercapai.
Beliau bukan seorang pemimpin yang jujur, kata seorang penganalisis politik veteran kepada saya.


ULASAN.
Kenyataan pimpinan tertinggi PKR jelas menunjukkan bahawa mereka tidak peduli dengan rakan-rakan dalam pakatan rakyat. Apa dah jadi ni, Agaknya retak menanti belah. atau parti kian rebah. DAP dan PAS pun senyap sahaja macam tak wujud di Selangor.

Tiada ulasan:

Pengikut