Isnin, 28 Jun 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Felda Saman Suara Keadilan, Satu Permulaan.

Posted: 28 Jun 2010 06:21 AM PDT

Kita angkat tabek kepada YB Dato Ahmad Maslan kerana akhirnya memecah kebuntuan dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas lidah rasmi pembangkang. Tindakan ini perlu diakui sebagai berani kerana jarang-jarang UMNO dan kerajaan mengambil tindakan undang-undang ke atas pembangkang.

Walaupun sehingga berita ini ditulis masih belum ada saman yang dikemukakan di mahkamah tapi kenyataan tegas Datuk Ahmad Maslan rasanya sudah cukup untuk dijadikan sandaran bahawa seseuatu perlu dilakukan ke atas akhbar-akhbar pembangkang ini. Selama ini kami para penyokong UMNO sering makan hati dengan kebebasan yang diberikan kepada akhbar pembangkang yang sering kali menyiarkan fitnah di dalam penerbitan mereka.

Tetapi, kita juga mengharapkan agar Datuk Ahmad Maslan tidak sekadar menyaman Suara Keadilan sebagai cara untuk membeli jiwa Perdana Menteri (Felda ditubuhkan oleh TAR) semata-mata. Begitu banyak berita fitnah yang ditujukan kepada UMNO ditulis dan diterbitkan oleh parti pembangkang ini. Antaranya isu penarikan balik darjah Chua Jui Meng, isu kemasukan 40 orang ulama muda ke dalam UMNO, isu Kelantan Fiesta 2010, APCO dan sebagainya.

Suka atau tidak, semua ini sengaja ditulis sedemikian rupa bagi menimbulkan kebencian kepada BN, UMNO dan seterusnya kerajaan termasuk Perdana Menteri sendiri. Jika YB Dato Ahmad Maslan benar-benar tegas di dalam mengambil tindakan ke atas akhbar pembangkang yang menulis berita palsu berkenaan UMNO, BN dan kerajaan, beliau perlu mengambil sebanyak mana tindakan yang boleh bagi memulihkan imej BN, UMNO dan kerajaan di mata rakyat.

Zaman bila kita menyerahkan semuanya kepada rakyat untuk menilai sesuatu isu hanya berkesan jika jentera penerangan kita aktif menangkis serangan bertali arus pembangkang, malangnya seperti yang kita semua tahu malah Perdana Menteri juga tahu kelemahan kita untuk menjawab sesuatu isu yang dimainkan pembangkang seperti dalam isu berkaitan enjit jet yang hilang dan tuduhan kononnya kapal selam Scorpene tidak boleh menyelam, telah menyebabkan rakyat semakin menjauhi BN dan mendekati pembangkang.

Sudahlah edaran akhbar-akhbar pembangkang ini tidak menepati syarat permit yang dikeluarkan seperti dijual di dalam markas parti untuk ahli parti mereka sahaja, berita yang disiarkan dan menjadi pilihan muka depan biasanya berunsur fitnah dan dibaca khalayak ramai.

Bagaimanapun, demi menghargai usaha Datuk Ahmad Maslan, kami berharap tindakan menyaman Suara Keadilan dalam isu Felda Bangkrap ini adalah suatu permulaan yang baik kepada UMNO, BN dan kerajaan. Semoga selepas ini semua pihak berhati-hati dan lebih bertanggungjawab di dalam penulisan masing-masing.

Syabas Dato Ahmad Maslan.

(Oleh: adamyan)


Berani buat fitnah, beranilah tanggung akibatnya.

Posted: 28 Jun 2010 05:27 AM PDT

Dulu, kini dan selamanya akhbar pembangkang seperti Harakahdaily dan juga Suara Keadilan membuat fitnah lagi dan lagi. Mereka semakin berani kerana tiada sebarang tindakan tegas dikenakan ke atas mereka walaupun mereka sibuk membuat pelbagai fitnah terhadap kerajaan.

Diberi betis nak paha. Itulah yang jadi dengan Harakahdaily dan Suara Keadilan ini. Sekali diberi muka, tiada tindakan dikenakan ke atas mereka selama ini maka mereka pun semakin berani lagi membuat lebih banyak fitnah yang direkacipta tanpa memberikan sebarang bukti sahih dan dipercayai mati-matian pula oleh penyokong mereka yang buta dan tuli.

Tindakan mereka ini boleh diibaratkan kepada orang mengantuk diberikan bantal kerana mereka lebih teruja lagi membuat fitnah yang lebih dashyat lagi sehinggakan Raja Petra Kamarudin dalam blognya sanggup menfitnah Perdana Menteri Malaysia membunuh Altantuya. Tetapi bila dia dibicarakan di mahkamah di Malaysia, dia sendiri mengatakan akan mendedahkan bukti tersebut tetapi belum pun habis kesnya dibicarakan, dia sudah pun menghilangkan diri ke Australia, seterusnya ke London.

Jadi, jika betul dia di pihak yang benar, kenapa dia bertindak seperti orang yang di pihak yang salah? Apakah dia juga ejen kuasa asing yang ditugaskan untuk memburukkan keperibadian Perdana Menteri kita? Anwar Ibrahim yang merupakan bos secara tidak langsung kepada RPK yang memberikan tugasan kepada RPK agar membuat fitnah tersebut di mana ada seorang baruanya di dalam kerajaan sendiri yang telah membuat pembayaran bagi pihak Anwar Al Juburi itu kepada RPK.

Bolehkah anda meneka siapa barua Anwar Ibrahim itu? Banyak blog sudah mendedahkan siapakah barua itu. Adakah anda mengikuti blog-blog penyokong kerajaan disamping juga blog-blog penyokong pembangkang? Anda tidak patut mengikuti hanya sebelah pihak sahaja. Bacalah kedua-dua belah pihak punya pandangan agar fikiran anda lebih terbuka dan tak nampak bodoh sangat. KJ adalah barua yang melakukan pembayaran RM2 juta kepada RPK kerana mereka-cipta fitnah pembunuhan Altantuya itu.

Anwar Ibrahim pula kini dibicarakan dengan kes meliwat secara paksa budak kopinya, Saiful Bukhari Azlan. Saiful Bukhari Azlan telah bersumpah mubahalah. Nik Aziz pula sebelum ini menyokong sumpah mubahalah. Tapi bila Anwar Ibrahim tak berani pula melakukan sumpah mubahalah, maka Nik Aziz memberikan kenyataan bertentangan pula dengan kenyataan pertamanya yang pada mulanya menyokong sumpah tersebut.

Jadi, ini jelas membuktikan Tok Gundu Nik Aziz bukan ulama Islam yang sejati tetapi lebih kepada ULARMAK atau ular dalam semak yang menggunakan agama untuk menghalalkan perbuatan diri dan mengharamkan perbuatan orang lain sesuka hati mak bapak dia saja. Macam Chipsmore, sekejap ada, sekejap tak ada. Hari ini cakap sumpah mubahalah boleh, esok macam nyanyuk pula cakap tak boleh. Apa kebendanya ni?

Felda pula akan menyaman Suara Keadilan kerana menerbitkan fitnah tak senonoh bertajuk "Felda bangkrap" bertarikh 22 sehingga 26 Jun lalu. Semua pihak lain yang pernah difitnah dengan tidak berasas oleh Suara Keadilan dan Harakahdaily dan merasakan diri mereka dianiayai patut melakukan saman kepada kedua penerbitan tidak bertanggungjawab itu untuk memberikan pengajaran kepada mereka agar jangan sewenang-wenangnya melakukan fitnah sedemikian lagi.

Tapi, mungkinkah kedua penerbitan yang menjadi alat kepada parti pembangkang menyebarkan fitnah dan dakyah mereka akan insaf kerana itulah tugasan mereka oleh kuasa asing yang menjadi dalang kepada mereka sebenarnya?

(Oleh: Mohd_Aimel)


Ulama muda lebih menyokong UMNO dari PAS yang menggunakan agama

Posted: 27 Jun 2010 03:12 PM PDT

Fuiyo! PAS bengkek ramai ulama muda masuk UMNO. Baguslah kalau PAS tidak gentar dengan penyertaan ribuan orang agama sertai UMNO sebab PAS bukan perjuangkan agama Islam pun tapi lebih kepada memperjuangkan setan, komunis dan peliwat.

api Harakahdaily menerbitkan satu artikel kononnya depa tu tak hairan pun dengan tindakan ulama muda tu masuk UMNO. Muahahahaha!

26 Jun 2010, sebuah artikel bertajuk "PAS tidak gentar ribuan orang agama sertai UMNO" telah diterbitkan di laman web Haramkahdaily itu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, sesiapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara munkar dan mengkhianati amanah negara dan rakyat.

PAS adalah penyebar ajaran sesat atau ajaran setan kerana Nik Aziz pun pernah berkata sanggup berkawan dan menerima bantuan syaitan sekalipun.

Dengan syaitan boleh berkawan dan berpeluk-pelukan macam kekasih kesayangan tetapi dengan sesama Islam dibuat musuh sehinggakan Amanat Haji Hadi pun mengkafirkan dan menghalalkan pertumpahan darah sesama Islam.

Selama 20 tahun puak PAS mentadbir Kelantan hanya 3 buah Masjid sahaja yang di Bina, dan itupun sehingga ke hari in i masih lagi belum siap siap. Kutipan derma yang di raih juga tidak tahu ke mana perginya sehinggakan tergendala pembinaan Masjid tersebut.

Duit kutipan derma untuk membina masjid itu pasti sudah hilang entah ke mana seperti juga wang di dalam Tabung Memali dan Kohilal yang sudah lesap entah ke mana dan merugikan para pelabur Kohilal.

Kohilal ini macam skim cepat kaya kerana menawarkan pulangan 10% sebulan yang hanya membayar dividen kepada pelabur selama beberapa bulan sahaja. Lepas tu rugi memanjang dan tak pernah bayar dividen lagi.

Kelmarin, seramai 40 ulama muda profesional, termasuk berkelulusan sarjana dan doktor falsafah menyerahkan borang keahlian kepada Najib di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Ini membuktikan ulama muda profesional lebih terbuka serta berpandangan jauh, tidak seperti ahli PAS yang buta mata hati dan fikiran serta tidak dapat melihat penyelewengan agama yang dilakukan oleh PAS.

(Oleh: Mohd_Aimel)


Tiada ulasan:

Pengikut