Ahad, 27 Jun 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Senyaplah Ketua Pemudi nak muntah dengar kenyataan kau

Posted: 27 Jun 2010 04:41 AM PDT

Utusan Malaysia melaporkan lebih ramai lagi bookie judi haram ditangkap polis di dalam artikel bertajuk "Lagi bookie bola sepak Piala Dunia dicekup di empat negeri".

Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff selaku Ketua Polis negeri Johor, telah menahan seorang bookie perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 dalam pertaruhan kira-kira RM1 juta dalam serbuan di Taman Kangkar Baru, Sungai Mati di Ledang pukul 10.30 malam Isnin lalu.

Di Kedah pula, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam sindiket judi HARAM tanpa lesen bola sepak Piala Dunia 2010 di sekitar bandar raya ini membabitkan pertaruhan mencecah jutaan ringgit dalam serbuan awal pagi semalam kira-kira jam 3 pagi dalam perlawanan Argentina menentang Greece.

Asisten Komisioner Jamaluddin Ibrahim, Ketua Polis daerah Miri pula mendedahkan dua lelaki yang menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 di mana pertaruhan berjumlah RM214, 401 dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan Senadin kelmarin.

Bernama pula melaporkan "Pemuda UMNO bantah lesen judi". Judi memanglah haram di dalam Islam. Judi bagi orang Islam adalah berdosa. Tetapi judi adalah tabiat semulajadi bagi orang Cina yang memang tidak dapat diubah kerana mereka memang gila judi. Kalau tidak, takkan selepas banyak kes bookie judi haram yang ditangkap polis didedahkan di media tempatan, mereka masih belum takut dan masih tegar menjalankan kegiatan judi haram itu.

"Setelah hampir beberapa minggu kita meminta pandangan daripada ahli-ahli akar umbi dan (menyaksikan) usaha yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dapat membanteras sedikit sebanyak gejala judi ini melalui penguatkuasaan keras dalam seminggu ini, kita rasa bahawa dalam isu lesen judi pertaruhan perlawanan bola ini, Pemuda UMNO membuat pendirian bahawa kita membantah sekiranya kerajaan mahu keluarkan lesen tersebut.

"Kita berharap apa yang kita dengar dalam berita iaitu kenyataan yang dibuat oleh pihak swasta bahawa kerajaan telah bersetuju (mengeluarkan lesen) adalah tidak benar. Kita berharap kerajaan tidak mengeluarkan lesen tersebut," katanya.

"Saya tanya rakan-rakan dalam MCA dan MIC, mereka pun kata judi ini bukanlah perkara yang disokong oleh masyarakat mereka. Memang betul ada masyarakat bukan Islam berjudi tetapi ia bukanlah yang disokong masyarakat mereka. Mereka juga anggap judi bukan budaya mereka.

"Mereka pun berpendapat mengapa kita menggalakkan perkara ini (judi) dengan memberi lesen. Jadi, daripada sudut pandangan mana-mana budaya atau kaum di Malaysia ini, mereka tidak setuju, lebih-lebih lagi untuk orang beragama Islam," katanya.

"Apabila melihat kedua-dua hujah ini, kita dapati sudah tiba masa kita membuat pendirian secara terbuka berhubung isu ini. Jadi pada hari ini kita rasa terpanggil untuk memaklumkan kerajaan tentang pendirian Pemuda UMNO," katanya. -

Itu pula kata Ketua Pemudi UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang begitu menunjukkan dia seorang Melayu liberal yang lebih sanggup membela kenyataan rasis pemimpin Cina dari membela nasib kaum sendiri.

Ketua Pemudi ni tak payahlah mengeluarkan lagi kenyataan-kenyataan yang akan melantun balik kepada Ketua Pemudi sebab kenyataan Ketua Pemudi ini hanya untuk menaikkan imej diri yang semakin jatuh sebab tindakan Ketua Pemudi sendiri yang membuatkan orang benci pada Ketua Pemudi.

Dia Melayu liberal, tak suka pada subsidi kepada orang Melayu, tapi tak pula suka kepada lesen judi dan seakan-akan lebih suka pada perjudian haram oleh kongsi-kongsi gelap Cina yang duitnya akan digunakan sudah tentu untuk kegiatan-kegiatan jenayah lebih berat dan juga membantu parti yang mendalangi kongsi gelap untuk menghuru-harakan negara.

Ketua Pemudi yang pondan macam ini patut dipecat saja kalau dah tak mampu nak menyatukan Pemuda UMNO. Tak payahlah beri lesen judi kalau mahu mencambahkan lagi judi haram oleh kongsi gelap yang didalangi pihak-pihak tertentu yang tentu tak suka adanya lesen judi yang akan mengurangkan pendapatan mereka.

Lesen judi untuk orang bukan Islam, bukan orang Islam. Jadi kenapa menyebelahi DAP sangat dalam hal ini?

(Oleh: Kamal_Azlan)


Cawangan UMNO Jelutong sayang UMNO...

Posted: 26 Jun 2010 03:06 PM PDT

Malaysiakini melaporkan bahawa ada beberapa pemimpin peringkat cawangan di Jelutong, Pulau Pinang, berang dengan Datuk Azhar Ibrahim yang mengumumkan pada media akan kemungkinan 13 cawangan di bahagian itu akan ditutup. Dilaporkan juga beberapa kenyataan pemimpin cawangan berkaitan yang tidak puas hati dengan tindakan Datuk Azhar itu. Menurut laporan, tindakan Datuk Azhar itu dipetikai oleh pemimpin-pemimpin cawangan itu kerana berkait dengan kepentingan politik yang akan datang.

Pada saya, jika benarlah pembubaran 13 cawangan UMNO Jelutong ini akan berlaku, maka ianya satu perkara yang agak mengecewakan. Tindakan ini sedikit sebanyak sememangnya merugikan pihak UMNO.

Namun apa yang mengejutkan saya, pengumuman pembubaran cawangan-cawangan tersebut mendapat bantahan dari pemimpin-pemimpin cawangan terbabit. Ini adalah sangat berbeza dengan pembubaran cawangan arau ranting PKR!

Pembubaran cawangan UMNO ini dibantah keras oleh pemimpin akar umbi. Ini adalah sangat berbeza dengan ranting cabang PKR yang dibubarkan secara begitu saja. Ranting dan cabang-cabang PKR dilaporkan bubar secara sukarela dan senang hati di terima akar umbi. Malah pembubaran ranting dan cabang PKR ini disambut meriah! Yang marah pun bukan akar umbi, hanya pemimpin atasan saja yang marah-marah. Tapi apa yang boleh mereka lakukan apabila akar umbi sudah tidak sudi bersama?

Ini adalah sangat berbeza dengan kes yang dilaporkan Malaysiakini. Akar umbi UMNO Jelutong membantah keras pembubaran tersebut. Ini menunjukkan bahawa akar umbi di sana begitu sayang pada perjuangan UMNO. Mereka tidak rela dibubarkan. Mereka mengaku masih aktif dan masih berfungsi sebagai cawangan yang menyumbang perjuangan UMNO. Sepatutnya, kita harus berbangga dengan sikap akar umbi UMNO ini yang mempertahankan cawangan mereka.

Jika benarlah ada pertikaian dan kepentingan politik, sebaiknya masalah tersebut diselesaikan dengan cara yang baik dan secara syura. Sepatutnya, Datuk Azhar turun padang dan mengambil berat dengan apa yang berlaku di Bahagian Jelutong.

Bertambah baik lagi jika Datuk Azhar ajak sekali Datuk Zahid Hamidi selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang turun bertemu akar umbi mengambil tahu tentang maslahat cawangan-cawangan tersebut. Sayangilah cawangan-cawangan anda. Nampak sangat ada pihak yang "kurang bekerja" nih...

(Oleh: dukeofmontecristo)


Tiada ulasan:

Pengikut