Isnin, 21 Jun 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Bila seorang perempuan cabar Ngeh Koo Ham..

Posted: 21 Jun 2010 01:43 AM PDT

"Ustaz" Ngeh Koo Ham yang juga merupakan Pengerusi DAP Perak menegaskan bahawa DAP akan mengambil tindakan menuntut supaya mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen DAP yang keluar parti membayar RM5 juta kepada DAP. Ngeh berkata demikian di atas dakwaannya bahawa semua wakil rakyat DAP telah menandatangani perjanjian untuk setia kepada parti dan tidak keluar parti. Difahamkan bahawa tuntutan ini diminta oleh Ngeh setelah ADUN DAP Malim Nawar keluar parti baru-baru ini

Hee Yit Fong, yang juga bekas ADUN DAP Perak menyanggah dakwaan Ngeh ini dengan mangatakan bahawa tiada sebarang perjanjian pun yang dibuat oleh mana-mana ADUN DAP berkenaan hal tersebut. Malah Yit Fong sendiri mencabar Ngeh untuk mengemukakan bukti tentang wujudnya perjanjian tersebut. Apa lagi yang ditunggu, Ngeh? Tidak rasa tercabarkah bila dicabar oleh seorang perempuan? Tak tercabarkah kelelakian Ngeh? Atau Ngeh juga "sama spesis" seperti Anwar?

Yit Fong sudah bertahun meninggalkan DAP. Ketika itu, tiada pun timbul mengenai tuntutan RM5 juta dari DAP Perak. Ketika itu, Yit Fong dilaporkan hanya menerima beberapa ugutan termasuklah ugutan "bunuh". Tiada langsung kedengaran tentang isu "tuntutan RM5 juta". Kenapa pula sekarang baru timbul?

Apakah kerana Ngeh cuba membuktikan tentang dakwaan sindrom "keluar parti" wakil rakyat Pakatan Rakyat ini dengan wang imbuhan dari BN? Mungkin Ngeh cuba membodek dan menarik perhatian Anwar yang mendakwa bahawa BN memberikan imbuhan RM2 juta kepada YB-YB Pakatan Rakyat yang keluar parti? Apakah Ngeh cuba mendapatkan "political milage" dari bakal "PM 16hb September" itu?

Nampaknya ada sesuatu yang tidak kena dalam kes tuntutan RM5 juta ini. Ketika YB Yit Fong keluar DAP, Ngeh tidak menuntut wang RM5 Juta. Tapi apabila YB Keshvinder keluar parti, mengapa baru kali ini Ngeh menyalak meminta wang sehingga RM5 juta? Apakah Ngeh baru saja mereka-reka sendiri kertas perjanjian tersebut? "Ngeh, mike tiru tande tangan si Keshvender tu ke? Ngape "mike" buat gitu, Ngeh? DAP Perak dah takde duit sangat ke. Yeop oiii???".

Apapun, Ngeh tetap mengatakan bahawa dia "memiliki" kertas kontrak perjanjian itu. Saya agak musykil dengan dakwaan tentang wujudnya "kertas perjanjian" tersebut. Apakah semua calon wakil rakyat DAP di seluruh negara juga menandatangani perjanjian tersebut? Jika benarlah ada kertas perjanjian tersebut, mengapa tidak ada seorang pun wakil rakyat DAP yang tampil untuk mempertahankan kenyataan Ngeh tersebut?

Sekurang-kurangnya, tampillah dengan mengemukakan salinan kertas perjanjian yang mereka tandatangani. "Berilah muka" sedikit kepada Ngeh. Bukankah dia Ketua DAP Perak. "Cover"lah sikit mamat tu. Malulah bila dia dicabar dan tak mampu nak keluarkan bukti. Dicabar "perempuan" pulak tu. Malu woooo...!!!

(Oleh: dukeofmontecristo)

Video Seks Eli Wong Dalam Genggaman Anwar?

Posted: 20 Jun 2010 09:44 PM PDT

YB Pakatan Rakyat terhangat di pasaran sekali lagi menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Jika dulu, YB ini begitu hangat dengan gambar-gambar bogelnya yang dipaparkan di internet oleh pihak-pihak tertentu, kini YB yang dikatakan masih "gadis suci" ini dikatakan mempunyai video berkaitan seks! Siapa YB itu? YB itu tidak lain tidak bukan YB Eli Wong dari Bukit Lanjan! Itulah yang didedahkan oleh YB Bayan Baru, Dato' Seri Zahrain Mohamad Hashim.

YB Zahrain mendedahkan bahawa, cerita sebenar tentang video gambar-gambar bogel Eli Wong adalah dari bekas "boss"nya iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dikatakan telah mengaku pada Zahrain bahawa dia memiliki video konstroversi Eli Wong tersebut. Demi mempertahankan ceritanya ini, Zahrain sanggup bersumpah!

Persoalannya, kenapa Anwar menyimpan video Eli tersebut? Bagaimana pula caranya dia memiliki video tersebut? Siapa yang kasi padanya?

Zahrain mendedahkan bahawa Anwar mempunyai niat buruk terhadap Eli Wong ketika itu. Memandangkan Eli Wong kurang rapat dengannya, maka Anwar berniat untuk menyingkirkan Eli dari kedudukannya. Malah menurut Zahrain, Anwar sendiri mahu pemimpin-pemimpin PKR terus menerus memainkan isu "gambar bogel Eli Wong" itu sebagai tekanan terhadap ADUN Bukit Lanjan itu meletak jawatan.

Namun, Eli Wong masih kekal sebagai YB Bukit Lanjan walaupun cuba di"aniayai" oleh ketuanya sendiri. Itupun setelah taktik ketuanya itu tidak menjadi berikutan sokongan dari pelbagai pihak terhadap Eli. Ramai yang bersimpati pada Eli ketika itu termasuklah dari muslimat PAS, NGO, dan beberapa YB dari BN sendiri. Anwar terpaksa mendiamkan diri.

Nampaknya, bertambahlah koleksi siri video seks VIP politikus di Malaysia. Menurut bekas "supplier" dan bekas rakan baik Anwar, Nallakaruppan, dia mempunyai beberapa koleksi video seks luar tabi'i Anwar yang tersimpan rapi di satu tempat "rahsia". Nalla hanya akan mendedahkan kandungan video tersebut jika dia diancam Anwar, itu katanya. Namun seperti biasa, Anwar menafikan dakwaan Nallakaruppan itu.

Chua Soi Lek yang kini menjadi Presiden MCA pula pernah didedahkan video seksnya di internet. Pendedahan itu telah menyebabkan beliau meletak jawatan secra sukarela. Malah dengan "gentlemen"nya, beliau sendiri mengakui ada melakukan perkara yang "tidak bermoral" tersebut. Namun, mungkin beliau adalah berbangsa Cina dan bukan muslim, maka isunya itu boleh diterima oleh kaumnya dan kini dinobatkan sebagai ketua MCA.

Kini Eli Wong pula masuk senarai. Tak tahulah sama ada Eli Wong sanggup mengaku macam Chua Soi Lek juga atau tidak. Dan terserahlah sama ada Anwar mahu mendedahkan atau tidak tentang video seks Eli Wong dan "konspirasi"nya yang tidak menjadi tersebut. Tapi pada pandangan saya, Sampai mati pun Eli Wong mahupun Anwar takkan mengakui salah laku mereka itu walaupun ada bukti kukuh mengenainya. Biasalah, PKR mana ada pernah mengaku salah!

Apa pun, yang paling dinantikan ialah video seks Anwar sendiri. Entah bila Nalla akan "berani" mendedahkan video seks "gay" yang dibintangi Anwar tersebut. Tapi pada pandangan saya pula, biarpun Nallakaruppan mendedahkan video seks Anwar tersebut, adalah amat mustahil untuk Anwar mengakuinya. Gerakan penafian besar-besaran akan diarahkan Anwar ke seluruh Malaysia dan dunia. Alasannya adalah seperti biasa, "fitnah", "konspirasi tertinggi", "super imposed video" dan pelbagai lagi. Siapa tak kenal Anwar yang terkenal dengan jutaan alasan! Biasalah tu. Itu semua wayang Anwar. Hanya yang "tidak rasional" sahaja yang akan tertipu akalnya!

(Oleh: dukeofmontecristo)


Akhbar Cina yang kurang ajar!!!

Posted: 20 Jun 2010 05:01 PM PDT

Saya terbaca sebuah artikel karangan Datuk Rejal Arbee mengenai akbar Cina yang semakin hari semakin melampau. Akhbar-akhabr Cina seperti Sin Chew Jit Poh, China Press dan NanYang Siang Pau dikhabarkan setiap hari semakin galak mempersoalkan "keistimewaan orang Melayu dan bumiputera yang lain" di Malaysia, berbanding kaum Cina di "Tanah Melayu" ini. Pada saya, akhbar-akhbar Cina ini "sudah lebih"! Kurang ajar dan cuba "bermain api" di dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan berbilang kaum.

Sikap akhbar-akhbar Cina ini seakan-akan mempunyai agenda tersembunyi. Mereka seakan-akan cuba "menghasut" kaum Cina supaya mula dan "belajar" mempersoalkan hak pribumi yang dimiliki oleh bangsa Melayu dan bumiputera yang lain. Dengan termakan "dakyah" akhbar-akhbar Cina ini. maka kaum Cina di Malaysia ini akan mula dan terus menerus "meminta kesamaan hak yang tidak akan sekali-kali menjadi milik mereka". Ini adalah sesuatu yang bahaya, di mana ianya akan mencetus perbalahan kaum dan menghancurkan keharmonian 1Malaysia yang dilaung Dato' Seri Najib Tun Razak.

Akhbar-akhbar Cina itu "memberitahu" kaum Cina di Malaysia ini di"anaktiri"kan Kerajaan Malaysia walaupun PM melaungkan slogan 1Malaysia. Dimanakah kebenaran dakwaan akhbar-akhbar Cina ini, sedangkan kaum Cina dilayan begitu baik sekali oleh Kerajaan Malaysia berdekad lamanya.

Sikap "tidak berterima kasih" yang cuba disebarkan oleh akhbar Cina ini. Pada mereka, hak bumiputera kaum pribumi wajib dihapuskan dan digantikan dengan "kesamarataan hak", itu barulah mereka gelarkan "1Malaysia". Kurang ajar!!! Tahukah mereka bahawa kaum lain tidak pernah mempersoalkan hak keistimewaan "tuan rumah" selain mereka??? Sedarkah mereka bahawa mereka mendapat kewarganegaraan di Malaysia ini sudah cukup baik berbanding dihantar pulang ke negara asal mereka di Tanah Besar Cina!

Saya ulangi pendirian saya untuk kesekian kalinya. Jika Hak keistimewaan Melayu dan bumiputera lain dihapuskan, maka secara automatik maka terlucutlah "kewarganegaraan" kaum bukan bumiputera di Malaysia ini. Maka ketika itu, stastua kewujudan mereka dinegara ini tidak lebih dari "Pendatang Asing Tanpa Izin". Perlu diberi perhatian, ini juga membabitkan semua kaum bukan bumiputera selain Cina. Apakah kaum bukan bumi selain Cina akan "berpuas hati" dengan akibat yang ditimbulkan oleh kaum Cina ini? Tuntutan Cina punya pasal, habis mereka pun terkena "tahi"nya?

Yang peliknya pula, akhbar-akhbar Cina ini seolah-olah menuduh kepada sesiapa yang mempertahankan lontrak sosial, jus soli mahupun perlembagaan Malaysia akan di"cap" sebagai "racist"! Sedangkan mereka yang "konon"nya melaungkan slogan yang berbau perkauman tidak pula dianggap "racist"? Satu perkataan yang memang tepat untuk sikap akhbar Cina ini ialah "celaka"! Jika perkara yang sama ini berlaku di Tanah Besar Cina, apakah reaksi mereka? Tapi bila mereka berada di Semenanjung Tanah Melayu, mereka berkurang ajar? Memang "celaka"!!!

Selama ini kita hidup aman tanpa mempersoalkan kewarganegaraan yang diberikan kepada kaum Cina di Malaysia. Kita tidak pernah mempertikaikan "kewarganegaraan" yang mereka perolehi secara percuma setelah puas merayu kepada Tunku Abdul Rahman. Di sini saya mengingatkan supaya jangan sampai bangsa bumiputera mula menyerang dan mempertikaikan "kewarganegaraan" itu. Buruk padahnya. Bukanlah saya mengugut akan berniat buruk. Namun, sekiranya mereka melampaui batas-batas kesabaran bangsa bumiputera, tidak mustahil perkara ini akan berlaku.

Saya hairan, tidak bolehkah kaum bukan bumiputera ini menghormati hak-hak keistimewaan yang dimiliki oleh kaum bumiputera? Susah sangatkah nak menghormati hak orang? Apa reaksi mereka jika hak-hak keistimewaan orang-orang Cina di Tanah Besar Cina dipertikaikan? Pastinya semua orang-orang Cina disana akan marah. Dah berkongsi hidup ditempat orang, pandai-pandailah membawa diri. Dah berkongsi hidup dirumah orang, hormatlah sedikit hak tuan rumah. Jangan pakai ikut suka hati je. Nanti kena halau, nak salahkan tuan rumah pulak!

Siapakah pemilik akhbar-akhbar Cina ini? MCA atau DAP? Setahu saya, akhbar-akhbar Cina ini kebanyakkannya dikuasai oleh MCA. Hairannya, mengapa akhbar-akhbar Cina ini seolah-olah bersuara seperti DAP??? Pelik!

(Oleh: dukeofmontecristo)


Tiada ulasan:

Pengikut