Razlan's |
Anak Muda akan terus dibela penggal 2013-2016 Posted: 24 Sep 2013 08:48 PM PDT Assalamualaikum Pertamanya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya dan senantiasa memberi dorongan kepada Jawatan Kuasa Pemuda Bahagian. Pada tahun ini, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh mencipta sejarah apabila semua jawatan di peringkat Pemuda Bahagian di isi kembali tanpa dipertandingkan. Berkat daripada usaha dan kerja keras seluruh Jawatan Kuasa yang di ketuai oleh Saudara Badrul Ezan selaku Naib Ketua Pemuda, hasilnya dapat di lihat oleh semua peringkat. Tanpa semangat yang IKHLAS bekerja untuk parti, ianya mustahil dapat di terjemahkan dengan keputusan permilihan kali ini. ![]() Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah memperjuangkan soal Perumahan dan ianya telah dijadikan dasar Kerajaan, ianya di ilhamkan kerana melihat orang Melayu Bandar dipinggirkan oleh sistem ekonomi yang tidak berpihak kepada Orang Melayu. Oleh itu, Perjuangan kali ini akan diteruskan bagi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara untuk orang Melayu di pertahankan sebaik mungkin. ![]() Hidup Melayu, Hidup UMNO. Memasyarakatkan pemuda agenda kita! Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh |
You are subscribed to email updates from Suara Razlan's... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
kobe byrant shoes
ggdb
yeezy boost 350
Catat Ulasan