Isnin, 17 September 2012

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAKYAT 1 MALAYSIA

Posted: 16 Sep 2012 02:50 PM PDT

Kehadiran kira-kira 15,000 tetamu ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Rakyat 1 Malaysia anjuran Pergerakan UMNO Bahagian Cheras yang berlangsung di Stadium Badminton Cheras pada 12hb September 2012 membuktikan sokongan rakyat pelbagai kaum terhadap Barisan Nasional (BN).

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kehadiran masyarakat berbilang kaum itu juga adalah bukti BN dan UMNO merupakan parti yang boleh diharapkan dan kerajaan yang boleh dipercayai.

 
"Saya cukup terharu dengan sambutan orang ramai malam ini. Ia merupakan bukti rakyat berbilang kaum masih setia serta bersama-sama dengan UMNO dan BN.

"Sokongan sebegini akan menaikkan semangat saya dan wakil rakyat BN lain untuk terus berkhidmat kepada rakyat," katanya ketika ditemui pada majlis itu.
 
Tambah Datuk Wira Syed Ali, beliau gembira dengan kehadiran ribuan tetamu pada majlis itu, yang jauh lebih ramai dan memeriah berbanding tahun lalu.
 
 
Pada masa sama, beliau berharap setiap tetamu yang hadir tidak berdepan sebarang masalah dan dapat meraikan kemeriahan Aidilfitri bersama-sama dalam sebuah keluarga yang besar.
 
 
"Saya juga bersyukur kerana sasaran kami iaitu 15,000 tetamu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri majlis ini tercapai," katanya. 

Tiada ulasan:

Pengikut