Puteri Bahagian Segambut |
Sidang Media Wan Azizah-Shamsidar - Propaganda PR? Posted: 06 Apr 2012 04:48 AM PDT Merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh laman pembangkang, Suara PR, Wan Azizah dikhabarkan akan mengadakan sidang media bersama dengan Shamsidar Taharin minggu depan bagi membersihkan nama masing-masing yang dikaitkan dengan kisah cinta empat segi senget antara Anwar, Azizah, Azmin dan Shamsidar. Sebagai pemerhati politik, penulis sekadar ingin menasihat para penyokong PR agar tidak terlalu menaruh harapan yang sidang media itu akan menjadi kenyataan. Sudah terlalu banyak kali penyokong-penyokong PR dihampakan dengan adegan-adegan 'stunt' tak jadi oleh pemimpin-pemimpin mereka. Bermula dari saman terhadap Chandra Muzaffar dan kini Nallakarupan yang difail tetapi tidak diserahkan, sehinggalah kepada keengganan menjelaskan ke mana hilangnya jam Omega, mengacah konon ingin bersumpah dan penubuhan kerajaan 16 September, maka penulis rasa cukup-cukuplah penyokong-penyokong PR diperdaya. Semua pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat tahu bahawa Wan Azizah dan Shamsidar sudah lama tidak bertegur sapa. Semua orang tahu, Wan Azizah tidak akan menghadiri program di mana Shamsidar juga menghadirinya. Sekiranya mereka terserempak, mereka akan bermasam muka. Ketegangan antara mereka sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Itu hakikat. Wan Azizah juga tidak begitu 'ngam' dengan Azmin dan cukup menyampah apabila pada suatu ketika dulu, Azmin gemar benar memakai baju yang sama dengan Anwar, suaminya. Kenapakah hanya Laman Suara PR yang menghebahkannya? Nampak sangat ini adalah usaha terdesak PR untuk menangkis peluru yang dilontarkan Nallakarupan. Tentu sekali PR sedar, jika tiada langsung usaha untuk menjawab persoalan mengenai hubungan intim Anwar-Shamsidar atau hubungan dingin Azizah-Shamsidar maka rakyat akan melihat bahawa kisah cinta 4 segi senget lagi songsang keluarga mereka adalah benar belaka. Perkembangan ini meletakkan PR dalam keadaan serba tak kena. Jika didiamkan maka penyokong akan mula meragui mereka, tetapi jika diberi respon maka mereka mungkin akan terjerat diri sendiri.
|
You are subscribed to email updates from Puteri Bahagian Segambut To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan