PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
BELAJAR MEMERINTAH DENGAN MAJORITI MUDAH Posted: 16 Feb 2012 06:20 AM PST BN peroleh majoriti mudahKUCHING: Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila sudah memenangi 36 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10. Sehingga jam 9 malam tadi, BN memenangi 36 kerusi, DAP (5), PKR (3) dan Bebas (1). Persoalan apa kesannya kepada pemerintahan sesebuah negara jika ini berlaku ? Tunjuk sikap mengalah satu kesilapan besar KUALA LUMPUR 29 Nov. - Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) membuat kesilapan besar apabila bersikap mengalah walaupun parti itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu. Penyandang Kursi Za'ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tan Sri Dr. Nordin Kardi (gambar) berkata, sikap mengaku kalah dan tidak yakin pada pencapaian adalah faktor yang menjadikan parti itu lemah. "Kesilapannya kerana pemimpin kita mengaku kalah padahal UMNO menang dalam PRU12. Tindak-tanduk mereka selepas PRU12 itu sebenarnya kurang cerdik. "Di dalam ceramah dan forum mereka mengaku kalah dan lebih menyedihkan ada pemimpin tertinggi juga mengaku kalah," katanya pada Seminar Agenda Melayu Ketujuh sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini hari ini. Seminar anjuran Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara bertajuk Islam dan Melayu Pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. Selain Nordin, panel seminar terdiri daripada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Asri Zainul Abidin dan Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah sebagai moderator. Nordin berkata, tindakan mengalah secara tidak bertempat itu secara tidak langsung telah menunjukkan kelemahan semangat parti. "Sedangkan di Sweden, kerajaannya menang kurang daripada separuh kerusi tetapi mereka masih memerintah penuh yakin. "Saya rasa jika sekali lagi pemimpin UMNO buat tindakan yang sama, keadaan dan kesannya akan lebih buruk,'' katanya. Sehubungan itu, tegasnya, pemimpin UMNO perlu memiliki sikap berani kerana pada masa sekarang mereka berdepan dengan parti lawan yang tidak lagi mengamalkan politik beretika. Hujah Nordin turut disokong Zulkifli yang menyifatkan sikap sesetengah pemimpin UMNO yang meletakkan diri seperti kalah dalam menang. Sebagai penyelesaian katanya, pemimpin perlu melihat dan mengkaji semula penerimaan rakyat terhadap UMNO dan BN suatu ketika dahulu. "Kekuatannya dahulu hanya satu iaitu persepsi UMNO itu mewakili orang-orang Melayu dan bumiputera,'' katanya. Selain mengkritik pemimpin-pemimpin yang takut untuk bercakap mengenai kepentingan orang Melayu, Zulkifli turut menempelak segelintir pemimpin yang bertindak atas kepentingan sendiri. "Tindakan mereka tidak ubah seperti membeli insurans, seolah-olah kalau UMNO kalah dia masih boleh beralih arah kepada pembangkang kerana tidak begitu taksub memperjuang UMNO,'' katanya. Persoalannya adakah sikap ini telah dihakis dari minda dan jiwa pemimpin Melayu? Jangan was-was cerita jasa UMNOPEMBANGKANG sering menggunakan perkataan ini "asalkan bukan UMNO". Kata mereka, semua parti boleh dan berhak mentadbir Malaysia tetapi asalkan jangan diberikan kepada UMNO. Mudah dan angkuh benar kempen mereka. Kalau di Pulau Pinang sekitar Februari 2008 di Ibu pejabat sebuah parti yang pernah terbakar tempoh hari, kata seorang pemimpin kanannya semasa kempen pilihanraya umum ke-12, kita cuma hendak kurangkan majoriti UMNO. Kata dia lagi, 'parti kita' tidak bemusuh dengan Gerakan dan MCA tetapi tidak mahu UMNO perintah Pulau Pinang. Sedangkan Barisan Nasional (BN) tidak pernah terfikirkan perkara itu meskipun semua maklum kerusi UMNO lebih banyak dari Gerakan sejak sekian lama. Tetapi licik sungguh si chauvinis ini. Habis dijajanya di seluruh Pulau Pinang kononnya UMNO hendak merampas Pulau Mutiara. Bukankah itu kempen yang dahsyat yang jika diselami tentu sekali ketara sentimen perkaumannya. Namun ketika itu tidak ada kempen yang strategis dan dinamik digerakkan oleh kepimpinan UMNO. Reverse psychology parti terbabit dianggap tidak ada apa. Hasilnya semua maklum. Pulau Pinang jatuh ke tangan parti berkenaan. Realitinya, UMNO berjaya "dikambing hitamkan" oleh parti berkenaan. Asalkan matlamat menghalalkan cara. Di Sarawak April tahun lalu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai Tan Sri Abdul Taib Mahmud cuba dijadikan 'senasib' UMNO seperti mana 2008. Di persimpangan lampu-lampu isyarat di Miri, Sibu, Bintulu dan Kanowit, habis dibubuhnya parti berkenaan gambar-gambar Abdul Taib yang monyok, nampak stres bersebelahan foto menarik seorang pemimpin kanan parti pembangkang terbabit yang tampak ceria dan aksinya seperti melambai-lambai tangan kepada pengundi. Memang kempen parti terbabit 'sangat interaktif' sampaikan penulis percaya mampu menimbulkan rasa meluat terhadap Abdul Taib setiap hari oleh pemandu yang saban hari berhenti di lampu isyarat hijau memandang wajah gambarnya yang terpampang di papan tanda besar dekat situ. Taktik dan sentimen inilah yang sentiasa dimainkan oleh parti DAP, PKR dan Pas. Itulah yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin. Apa sahaja yang buruk, tidak kiralah kes melibatkan masalah dalaman parti-parti terbabit, semuanya 'angkara' UMNO. Opss! kes pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali juga 'angkara' UMNO, kata Pas. Meskipun kepimpinan Pas Pusat berperilaku seperti pengecut dengan tidak membela langsung Hasan ketika beliau memperjuangkan isu murtad dan membantah penjualan arak di sebuah kedai 24 jam di Shah Alam yang terletak di komuniti Melayu dan serta beberapa lagi, namun UMNO jugalah yang 'dikambing hitamkan'. Hendak lari daripada tanggungjawab menegakkan hukum Islam, walhal awak itu meletakkan Islam pada parti-Parti Islam SeMalaysia, kononnya. Mana dia singa-singa Pas seperti Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan lain-lain lagi dalam membela nasib umat Islam di Selangor. Jawapannya, menikuslah. Nak diharapkan kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memang jauh panggang dari api. Tiada nada langsung membela Hasan sebaliknya membisu seribu bahasa. Orang Melayu kata 'haprak'. Memang kalau dilihat rekod Pas pun, pentadbirannya selama lebih 20 tahun di Kelantan tidak memberangsangkan. Kalau kita di Kelantan sekarang, sebutlah kedai runcit mana yang tidak menjual air bersih bersaiz tong kecil. Cubalah anda singgah di jajaran lebuh raya menghala Air Lanas dekat sempadan Jeli dan Tanah Merah, harga air bersih setong boleh mencecah RM5. Bukan satu atau 10 tong dijual dan bukan juga 20 tong. Tetapi 50 ke atas dan ada ketikanya mencapai 100tong. Semua ini gara-gara bekalan air paip di Kelantan masih keruh dan bekarat. Tetapi bila disuakan kepada Nik Abdul Aziz, tentu sekali jawabnya 'ini semua kerana UMNO dan Kerajaan Pusat. Jawapan untuk melepaskan tengkuk. Ia umpama penceramah yang bercakap tentang pakej menunaikan umrah. Dan bila tiba di Mekah nanti jangan merungut, anggap itu ketentuan-Nya. Tetapi bagaimana pula dengan jemaah yang tiba di Mekah atau Madinah dan ketiadaan bilik yang ditempah dengan agensi umrah terbabit yang tidak profesional. Bukankah perkara itu boleh dirungutkan jemaah dan sewajarnya agensi terbabit tidak wajar menggunakan takdir-Nya dan berserah sahaja kepada Tuhan untuk 'menghalalkan' tindakan tidak bertanggungjawabnya. Tetapi yang lebih pelik lagi pula rakyat Kelantan merungut kepada kerajaan Pas macam-macam, bila mengundi pangkah Pas juga. Itulah yang terjadi, adakah faktor kenegerian menjadi kekangan BN Pusat untuk menguasai negeri itu? Justeru, mengapa UMNO tetap dipersalahkan sedangkan di Kelantan, isu air berkarat bukankah di bawah tanggungjawab Nik Abdul Aziz? Dengan MCA dan Gerakan kelihatan lesu ketika ini, UMNO sama sekali tidak boleh mengharapkan mereka untuk membela parti Melayu pejuang kemerdekaan Malaysia ini. Barangkali MCA dan Gerakan sudah tidak mampu membontoti DAP yang sentimen kempennya lebih garang dan mudah sekali komen dan pandangan pemimpin kanannya diterima dan dipaparkan dalam Sinchew Daily setiap minggu. Orang UMNO jangan khuatir atau ragu-ragu menjelaskan kepada rakyat bahawa siri pembangunan negara yang digerakkan sejak merdeka lagi adalah hasil air tangan parti itu dengan gandingan rapat semua kaum. Perdana Menteri sendiri adalah Presiden UMNO. Nak harapkan Pas pun, parti yang sering menguar-uarkan diri pejuang Islam umpama cakap tak serupa bikin. Hendak dikatakan membela umat Melayu kalaulah menang pada PRU13 nanti, tentulah mustahil kerana ia hanya bertanding sekitar 60 hingga 65 daripada 222 kerusi Parlimen. Siapa yang lebih berkuasa kelak. Tepuk dada, tanyalah selera. Mungkin juga jawatan Timbalan Ketua Menteri II akan menjangkit ke jawatan nombor dua kerajaan kelak apabila Pas membontoti DAP dan PKR dalam 'kabinet' yang mereka bentuk. Tidak mustahil. Orang UMNO kena berani. Jangan bimbang memberitahu jiaran tetangga sumbangan dan jasa besar UMNO memerintah negara. Jangan takut dipulaukan atau khuatir diasingkan jemaah apabila bersolat Subuh atau Maghrib di surau atau masjid berhampiran rumah. Tidak ada apa pun sumbangan pembangkang kepada Malaysia. Titipkanlah sumbangan pembangkang, yang keluar di atas tinta atau internet nanti, hanyalah kerja keras kepemimpinan kerajaan yang ada Persoalan adakah mereka ada keberanian? Mampukah BN menerima hakikat? Sekiranya wakil-wakil rakyat atau ahli-ahli parlimen ini diberikan ruang, saluran, peruntukan dan kemudahan yang selaras bagi memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan, ianya tidak akan lagi melibatkan soal politik wang, suapan ataupun pembelian undi, tetapi akan lebih menitikberatkan soal mutu perkhidmatan, pentadbiran dan cara belanjawan dilaksanakan. Maka dengan ini, akan tidak ada lagi pembelian undi, suapan, akan tidak ada lagi kata-kata manis seperti "you help me, I help you" sewaktu pilihanraya umum. Jika sekiranya kerajaan BN masih enggan menerima hakikat bagaimana cara dan proses demokrasi itu berinteraksi, maka terpaksalah kita beralih kepada gabungan PR pula bagi memastikan agar kemajuan berterusan negara kita ini tidak terbantut. Malaysia Chronicle. Bagaimana pula dengan komponen BN juga ? Masih dengan npltagia lama atau sudah transform? |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan