Ahad, 24 Julai 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Kematian Beng Hock; DAP serba tak kena - Syed Ali

Posted: 24 Jul 2011 01:06 AM PDT

DAP sengaja mempertikaikan laporan Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock bagi menutup cerita sebenar disebalik kes tersebut, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau percaya kematian Beng Hock tidak berupaya menutup segala penyelewengan dan rasuah yang berleluasa berlaku di kalangan pemimpin DAP di Selangor.

Oleh sebab itu katanya, DAP dan Pakatan Rakyat (PR) terus mempertikaikan hasil siasatan tersebut walaupun suruhanjaya berkenaan telah menjalankan tangungjawab dan membuat keputsuan berdasakan kebenaran.

"Apabila laporan didedahkan kepada umum berhubung sisatan suruhanjaya terebut, DAP yang paling serba salah, semua tak kena kerana bimbang rahsia disebalik misteri kematian Beng Hock akan terbongkar," tegasnya.

Beliau mendakwa, tidak mungkin Beng Hock sanggup membunuh diri hanya kerana 'ditekan' oleh pegawai penyiasat SPRM dan andaian itu mula menjadi tanda tanya orang ramai.

Dalam hal ini jelas beliau, persamaan boleh dilihat dalam kes bekas ahli DAP Jelutong, Mohd. Razali Abd. Rahman yang didakwa diugut bunuh jika beliau mendedahkan pertemuan antara pemimpin DAP dengan paderi di Pulau Pinang tidak lama dulu.

"Modus operandinya dilihat sama dan inilah yang dikhuatiri berlaku disebalik isu kematian Beng Hock," katanya lagi.

Katanya lagi, pembangkang yang sebelum ini mendesak suruhanjaya tersebut ditubuhkan bagi mencari keadilan tetapi apabila laporannya diedahkan kepada umum, DAP pula yang serbasalah.

Sehubungan itu katanya, DAP perlu bertanggungjawan di atas isu kematian Beng Hock kerana mereka menggunakan isu tersebut untuk kepentingan politik.

"DAP harus melutut kepada keluarga mendiang Beng Hock kerana mereka menjadikan kematian tersebut sebagai agenda politik perkauman,"tegasnya.

Syed Ali mendakwa, DAP selama ini telah memutarbelitkan isu kematian Beng Hock kerana bimbang segala rahsia rasuah dan penyelewengan akan terbongkar.

"Lagi pun secara logiknya, Beng Hock ditemui mati semasa beliau masih disoal siasat berhubung laporan rasuah yang membabitkan pemimpin DAP di Selangor," ujarnya.

Ini kata beliau, kemungkinan ada kaitan dengan pemimpin DAP yang cuba menutup segala penyelewengan dan rasuah yang mereka lakukan dengan menjadikan Beng Hock sebagai 'kambing hitam'.

Beliau berkata, laporan suruhanjaya menyatakan Beng Hock ditemui mati kerana membunuh diri dengan terjun dari pejabat SPRM di Tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada Julai 2009.

Dalam hal ini tambah beliau, DAP sewajarnya berasa malu kepada keluarga Beng Hock kerana punca kematian mendiang telah dipolitikkan sehingga menimbulkan prejudis di kalangan masyarakat.

"Inilah permainan jahat DAP dan paling kotor sehingga tergamak menjadikan orang yang sudah mati sebagai bahan politik untuk mencari pengaruh," tegasnya.

Oleh sebab itu katanya, pembangkang terutama DAP mengharapkan siasatan punca kematian Beng Hock tidak akan selesai bagi memudahkan mereka mengeksploitasikan isu tersebut.

"Mereka akan mempolitikkan isu kematian Beng Hock bagi melebarkan lagi jurang perbezaan kaum antara rakyat di negara ini," jelasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut