Ahad, 24 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


UMNO-PAS masih berperanan kembalikan penyatuan umat - Syed Ali

Posted: 23 Apr 2011 08:11 PM PDT

UMNO dan PAS masih boleh berperanan untuk mengembalikan kekuatan orang Melayu dan dalam masa yang sama mngukuhkan perpaduan umat Islam di negara ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


Bagi mencapai matlamat tersebut jelas beliau, PAS terlebih dahulu perlu ikhlas dan jujur untuk menyertai permuafakatan tanpa melebihkan kepentingan agenda politik.


Katanya, jika PAS terlalu taksub dengan prinsip perjuangan mereka yang hakikatnya semakin kabur, maka jalan permuafakatan itu bagaimanapun pastinya akan gagal.


"Secara peribadi saya lihat tiada tembok pemisah untuk PAS - UMNO duduk semeja, tinggal lagi sejauhmana pula keikhlasan PAS," katanya.


Justeru katanya, PAS perlu mengambil pendekatan secara realistik untuk memihak kepada kepentingan majoriti suara rakyat.


"Hari ini PAS bersekongkol degan PKR yang jelas merupakan sebuah parti yang tidak ada asas perjuangan," tegasnya.


Bagaimanapun kata beliau, PAS sebenarnya berada dipersimpangan - antara kepentingan umat Islam dan kepentingan politik untuk kekal berkuasa.


Kerana itu katanya, PAS sanggup bersubahat dan menjadi keldai politik DAP dan PKR kerana ingin meraih sokongan pengundi bukan Melayu.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Wilayah Persekutuan mendakwa, PKR hanya sebuah parti yang memperjuangan kepentingan dan agenda Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.


Beliau berkata, perjuangan PAS dan PKR sebenarnya amat jauh berbeza dan tidak akan ada jalan persefahaman."Oleh sebab itu sejak kebelakangan ini beraku permusuhan dalaman antara PAS dan PKR terutama membabitkan soal prinsip dan kepentingan Pakatan Rakyat (PR)," tegasnya.


Bagaimanapun kata Syed Ali, pendedahan isu video seks membabitkan mirip wajah seorang pemimpin pembangkang semakin melebarkan lagi persengketaan PAS dan PKR.


Katanya, hari ini rata-rata pemimpin dan penyokong PAS mendesak presiden mereka, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian sama ada untuk terus bersama PKR atau sebaliknya.


"Saya difahamkan penyokong PAS kecewa dengan sikap Abdul Hadi yang seperti berdiam diri dan takut untuk membuat keputusan berhubung isu video seks berkenaan," ujarnya.


Mengulas pandangan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Haji Ahmad Maslan bahawa PAS dan UMNO masih lagi boleh berunding untk perpaduan umat Islam, Syed Ali berkata itulah sebaiknya jika PAS ikhlas.


"Bagaimanapun kita tidak boleh terlalu yakin dengan pendirian PAS kerana selama ini pemimpin mereka bercakap berdolak-dalik dan akhirnya UMNO yang disalahkan," katanya.


Mengulas mengenai kredibiliti MCA yang mula dipersoalkan ramai selepas pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu, Syed Ali menjelaskan parti itu perlu membuktikan keikhlasannya selaku sekutu rapat UMNO dalam BN.


"MCA sepatutnya mengkagi peranan mereka dalam usaha memantapkan kedudukan BN menjelang PRU tidak lama lagi dengan mengambil kira tahap sokongan pengundi Cina," katanya.


Menurut beliau, selama ini MCA dilihat tidak berperanan dan gagal meyakinkan pengundi Cina terhadap kemampuan BN sehingga mereka beralih sokongan kepada pembangkang terutama DAP.


Diminta mengulas cabaran Lim Guan Eng terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek supaya membawa keluar MCA daripada BN, Syd Ali menegaskan, ada dua persespsi yang boleh dilihat daripada cabaran tersebut.


Pertama katanya, DAP sengaja ingin menduga kesetiaan MCA terhadap BN selepas melihat kemampuan mereka di Sarawak.


"Keduanya, DAP dan MCA secara sinis seperti ingin memberitahu orang Melayu bahawa mereka juga boleh bersatu jika kedaan terpaksa untuk menyingkirkan penguasaan UMNO," tegasnya.


Yang kedua itu jelas Syed Ali, harus diberikan perhatian serius oleh seluruh orang Melayu kerana kuasa politik yang mereka miliki sekarang ini semakin mencabar.

Tiada ulasan:

Pengikut