Jumaat, 22 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali : Jangan biarkan kepala orang Melayu dipijak orang

Posted: 21 Apr 2011 11:47 PM PDT

SUDAH sampai masanya orang Melayu terutama umat Islam di negara ini tanpa mengira perbezaan ideologi politik dan latar belakang bersatu mempertahankan masa depan mereka, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk wira Syed Ali Alhabshee.

Menurutnya, jika langkah drastik itu tidak ambil mulai sekarang dikhuatiri lambat laun masa depan generasi Melayu dan Islam akan hancur.

"Perubahan itu perlu dilakukan kerana bukan Islam sememangnya bercita-cita besar untuk memijak kepala orang Melayu dan seterusnya menguasai negara ini," tegasnya.

Beliau mendakwa, kebimbangan tersebut bukan satu persepsi sempit tetapi berdasarkan kepada perkembangan politik semasa terutama melihat kepada keputusuan pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu.

Menurutnya lagi, masyarakat bukan Melayu terutama kaum Cina dilihat seperti tidak pernah menghargai semangat toleransi orang Melayu terutama UMNO yang telah banyak bertolak ansur kepada mereka.

"Kita sentiasa bersabar dan berpegang kepada semanat setiakawan, tetapi mereka langsung tidak menghargainya dengan tetap memihak kepaa pembangkang," tegasnya.

Beliau mempersoalkan apabila orang Melayu berpecah-belah dan kuasa politik sudah hancur, siapa lagi yang boleh diharapkan mampu untuk memulihkannya.

Ketika itu tegasnya, orang Melayu hanya tinggal nama dalam sejarah dan menjadi pengemis atau pendatang di negaranya sendiri.

Sehubungan itu, beliau merayu kepada pelbagai pertubuhan Melayu dan agama Islam supaya segera melakukan sesuatu untuk menyelamatkan masa depan umat Islam di negara ini.

"Saya bimbang akibat daripada kelalaian orang Melayu dan umat Islam, akhirnya anak cucu-cucu kita akan menjadi kunta-kinte di negaranya sendiri," tambahnya lagi.

Beliau turut menggesa orang Melayu dan umat Islam supaya lebih aggresif mendahalui agenda bukan Melayu dalam usaha mempertahankan masa depan dan survival mereka.

Katanya, perkara itu perlu diberikan perhatian serius kerana ianya membabitkan ketuanan dan kuasa politik orang Melayu di negara ini.

Dengan mengambil contoh nasib malang orang Melayu di Singapura dan Pulau Pinang, Syed Ali menjelaskan gesaan beliau itu bukannya berbau rasis atau menolak gagasan 1Malaysia.

"Saya bercakap mengenai masa depan orang Melayu dan umat Islam, bukan lagi kerana kita taksub kepada ideologi politik sehingga kita menggadaikan maruah dan prinsip," tegasnya.

Mengenai komen yang dilontarkan oleh pembaca menerusi laman sesawang umnobahagiancheras.blogsspot.com yang menuduh beliau mengamalkan politik rasis, Syed Ali menjelaskan :

"Saya orang UMNO, orang Islam dan menjadi tanggungjawab saya mempertahankan maruah dan masa depan mereka, saya tak mahu generasi Melayu akan datang merempat di tanahairnya sendiri,".

Beliau berkata, politik adalah satu keadah untuk mengatur-urus kuasa pemerintahan tetapi soal maruah dan masa depan orang Melayu dan umat Islam tidak boleh kita perjudikan hanya kerana pentingkan kuasa.

"Saya hanya minta seluruh orang Melayu dan umat Islam bangun bersatu kerana sejak akhir-akhir ini bukan Melayu sudah mula menampakkan taringnya untuk menghancurkan masa depan kita," tegasnya.

Beliau mendedahkan bagaimana bukan Melayu terutama Cina berselindung disebalik pelbagai parti politik seperti DAP, MCA, Gerakan untuk memperjuangkan kepentingan mereka.

Tiada ulasan:

Pengikut