Rabu, 30 Mac 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


‘jual tiket loteri di Kelantan ; Nik Aziz main wayang ‘

Posted: 29 Mar 2011 09:53 PM PDT

MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta perjelaskan kepada rakyat kenapa DAP menentang usaha kerajaan negeri Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri berkenaan.

"Sedangkan selama ini Nik Aziz dengan sombongnya berkata DAP menerima dan mehamami Islam sejak berdampingan dengan PAS," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Tetapi dalam isu loteri jelas beliau, PAS sanggup pula berdiam diri apabila langkah penguatkuasaan itu ditentang keras oleh DAP.

Dalam hubungan in, Syed Ali menempelak Nik Aziz kononnya berjuang untuk menegakan negara Islam tetapi masih takut hanya digertak oleh DAP.

"Apabila DAP gertak, mereka semua menikus dan jadi bisu, inikah kononnya pejuang Islam,? soal beliau.

Oleh sebab itu katanya, Pengerusi DAP, Karpal Singh berani tegaskan langkah mayat beliau dulu sebelum PAS tubuhkan sebuah negara Islam.

Beliau mendakwa, pendirian Karpal Singh dalam isu tiket loteri di Kelantan membuktikan PAS selama ini telah membohongi rakyat.

Hebat ! pejuang Islam menikus hanya digertak oleh DAP

"PAS termasuk Nik Aziz hanya main wayang, depan DAP cakap lain, depan rakyat buatnya lain," tegas beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, PAS hanya membohongi rakyat terutama di Kelantan kononnya DAP boleh menerima 'dakwah' mereka (PAS) terutama membabitkan sekutu politiknya dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Hanya Nik Aziz yang kata DAP faham Islam yang dibawa oleh PAS, sedangkan hakikatnya DAP tidak akan cuba memahami pengertian Islam, sebaliknya akan ditentang habis-habisan." tegasnya.

"PAS sebenarnya hanya menjaja isu agama untuk mengambil hati rakannya dalam PR tetapi dalam masa yang sama melebelkan sesama Islam sebagai kafir.

Beliau menyifatkan PAS sebagai kuda tunggangan DAP dan PKR dalam mencapai cita-cita mereka untuk kekal berkuasa.

Sebagai Menteri Besar kata Syed Ali, Nik Aziz perlu menjelaskan kepada rakyat pendirian sebenar mereka mengenai sikap DAP.

"Nik Aziz tidak boleh berkata itu pandangan peribadi Karpal Singh kerana beliau bercakap mewakili DAP," ujarnya.

Segerakan tubuh suruhanjaya siasat video seks – Syed Ali

Posted: 29 Mar 2011 08:58 PM PDT

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee berpendapat, kelewatan kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat isu video seks dikhuatiri akan dieksploitasikan oleh pakatan pembangkang.

Ini katanya, pakatan pembangkang akan menggunakan isu tersebut sebagai bahan politik jalanan dengan menuduh sebagai konspirasi UMNO untuk menarik perhatian rakyat.

"Ceramah jalanan ini sudah pun dimulakankan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dekat Gombak malam Sabtu lalu," ujarnya.

Baru-baru ini pula katanya, satu majlis solat hajat di adakan di sebuah stadium di Selangor bertujuan untuk 'membersihkan' Anwar yang dikaitkan dengan video berkenaan.

"Ini semua taktik pembangkang untuk menagih simpati rakyat dengan melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada UMNO," tegasnya.

Selain itu katanya, siasatan dalam kes ini juga perlu disegerakan bagi mengelak timbul salah anggapan rakyat bahawa kerajaan terlalu lemah dalam menangani isu yang membabitkan parti pembangkang.

Beliau berkata, langkah itu penting kerana rakyat ingin tahu siapa pelakon yang dimaksudkan mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing dan siapa pula dalang dalam pembikinan video berkenaan.

"Kita tidak mahu kelewataan menubuhkan suruhanjaya dan siasatannya akan memberi impak tidak baik kepada kerajaan," tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mengulangi gesaannya supaya suruhanjaya bebas perlu segera ditubuhkan bagi menyiasat pita rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Menurutnya, suruhanjaya tersebut hendaklah dianggotai oleh pakar dalam dan luar negeri bagi memastikannya benar-benar telus dan bertanggungjawab.

"Suruhanjaya itu wajar segera ditubuhkan bagi mencari kesahihan siapa pelakon dan dalang yang terbabit dalam aksi lucah video tersebut," tegasnya.

Beliau kecewa kelewatan penubuhan suruhanyata tersebut telah menimbulkan pelbagai tuduhan dan andaian tidak berasas daripada pelbagai pihak.

Dalam pada itu, beliau percaya polis akan dapat membongkar segala persoalan berhubung isu video seks berkenaan tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Pengikut