Ahad, 20 Mac 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali : Anwar sepatutnya malu kepada Najib

Posted: 19 Mar 2011 07:37 PM PDT

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya berasa malu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak gentar dan takut untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) jika perlu berbuat demikian.


Katanya, keperluan menyerahkan sampel DNA amat diperlukan dalam menentukan seseorang itu terbabit dalam sesuatu kes termasuk dalam isu meliwat membabitkan Anwar dengan Mohd. Saiful Bukhari.


"Jika benar Anwar berasakan dirinya tidak bersalah sambil menuduh ianya satu konsirasi, maka beliau sepatutnya berani menyerahkan sampel DNA sepertimana yang diminta oleh pihak pendakwa," tegasnya.


Seperti kata Najib jelas beliau, Perdana Menteri tidak gentar untuk berbuat demikian kerana jika seseorang itu berada di pihak yang benar ia tidak perlu berasa cemas dan takut.


Oleh sebab itu tegasnya, Najib tidak menunjukkan rasa bersalah atau takut apabila pihak pembangkang sengaja melemparkan fitnah jahat mengaitkan diri beliau dalam kes kematian wanita Monggolia.


"Walaupun Anwar dan pembangkang memfitnahkan Perdana Menteri dengan pelbagai cerita karut, tetapi beliau masih ceria dan sentiasa berjumpa rakyat termasuk di kawasan pedalaman," uajrnya.


Sehubungan itu katanya, isu sampel DNA bukan sesuatu yang dipolitikkan untuk kepentingan mana-mana pihak sebaliknya bagi membuktikan kebenaran dakwaan Anwar bahawa dia tidak pernah terjebak dalam kes liwat.


Menurut beliau, isu DNA tidak dipolitikan sepertimana dakwaan sesetengah pihak tetapi membabitkan soal kebenaran pengkahiman disamping berkaitan dengan maruah dan harga diri," ujarnya.


"Jika Anwar seorang pemimpin politik yang bermoral dan ada harga diri, saya cabar beliau supaya serahkan segera sampel DNA atau sekurang-kurangnya menyahut saranan Najib," katanya.


Dalam hal ini menurut Syed Ali, Anwar sengaja menggunakan isu sampel DNA itu sebagai helah politik beliau dalam usaha menarik simpati rakyat dan ingin dilihat popular.


Syed Ali mendakwa, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa berbuat demikian bagi menutup segala kepincangan dan pembohongan yang dilakukan selama ini.


"Oleh sebab itu, saya beranggapan Anwar ini adalah manusia yang tidak reti malu, suka berbohong dan sanggup lakukan apa sahaja untuk berkuasa," etgasnya.


Dalam perkembangan lain, Syed Ali yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menyifatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak esok sebagai memenuhi amanah dan mandat rakyat.


Katanya, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mengotakan janjinya untuk berundur apabila sampai masa dengan mengambilkira kepentingan rakyat dan negeri tersebut.


"Peralihan kuasa tentunya akan berlaku dan pada hemat saya ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah," katanya.


Beliau menambah, rakyat Sarawak sekali lagi diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka dalam menentukan kerajaan dan keyakinan sokongan itu sudah pasti akan kekal berpihak kepada Barisan Nasional (BN).






Tiada ulasan:

Pengikut