Ahad, 13 Februari 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PROGRAM JOM: KENDURI KAMPUNG PETI UNDI PERMATANG SERAI

Posted: 13 Feb 2011 05:05 AM PST

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN PROGRAM INI ....HIDUP BN...1 MALAYSIA...

MANA MAHU PERGI HA?

Posted: 12 Feb 2011 05:55 PM PST













nwar Rancang Lari Ke Luar Negara

Armand Azha, Ketua Wira PERKASA sedang menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Dang Wangi
AIDCNews -11/02/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sedang mengatur perancangan mendapatkan suaka politik luar negara bagi membolehkan beliau melarikan diri daripada menghadapi kes liwat yang sedang dihadapinya sekarang.
Kenyataan ini dibuat oleh Ketua Wira PERKASA, Armand Azha Abu Hanifah, ketika membuat laporan polis Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini bagi mendesak Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Anwar.
"Beliau akan meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan Baju Merah di Bangkok," kata Armand.
Menurut sumber, Anwar akan melarikan diri ke luar negara dengan bantuan Turki, Australia dan Amerika Syarikat, kerana Ketua Umum PKR itu mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh di ketiga-tiga negara tersebut.
Armand mendakwa dia memperolehi maklumat terperinci dari maklumat yang dipercayai berkenaan perancangan Anwar itu, tetapi tidak boleh mendedahkannya kepada pihak media.
"Polis telah memberitahu kami supaya tidak memberitahu pihak media berkenaan perancangan itu", katanya.
Rancang Drama Kemalangan
Jelas Armand lagi, beliau mendapat maklumat satu cubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui satu kemalangan jalan raya akan dilakukan melibatkan Anwar.
"Paling serius perancangan membangkitkan kemarahan penyokong dengan mendakwa kerajaan akan membunuhnya (Anwar) melalui insiden kemalangan jalan raya.
"Kenapa dia (Anwar) harus lakukan semua ini ? Adakah ini satu propaganda Anwar untuk menarik simpati rakyat ? Untuk membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan ?", soalnya.
Armand mendakwa perancangan drama kemalangan itu dibincangkan secara tertutup di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.
Ketua Wira PERKASA itu turut berkata 'Anwar menyembunyikan sesuatu' dan menjadi dalang merancang plot serta berusaha menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwat dalam pelbagai cara.
AIDCNews sebelum ini pernah melaporkan Anwar telah mengadakan mesyuarat tertutup dengan Kira-kira 60 orang dari pemimpin NGO India dan individu yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat (PR), selama dua jam di ibu pejabat PKR.
Dalam perbincangan itu, banyak perkara telah diusulkan. Salah satunya supaya berbincang dan membawa balik pengasas Hindraf, P. Uthayakumar kembali ke Malaysia untuk mengetuai demonstrasi seperti mana yang telah dilakukan pada tahun 2007. Klik di sini
Pendedahan berkenaan dengan 'plot drama kemalangan' turut dilaporkan di The Unspinners dan Malaysia Instinct hari ini.
"Rakan-rakan kami dalam PKR mendedahkan semasa perjumpaan dengan pemimpin India PKR pada 2 Feb 2011 di Ibu Pejabat PKR Tropicana, Anwar menuduh kerajaan sedang merancang untuk membunuhnya dengan cara mengatur kemalangan jalan raya.
"Nampaknya Anwar sedang berusaha untuk halalkan bakal tindakan yang akan diambil bagi mengelak hukuman penjara kes liwatnya", lapor The Unspinners. Klik di sini
Laman Malaysia Instinct pula mendakwa lakonan drama kemalangan terpaksa dibuat kerana Anwar kehabisan alasan untuk menunda kes liwatnya dan tekanan dalaman parti apabila semakin ramai ahli dan pemimpin PKR yang keluar parti.Klik di sini
Menyusul lanjut
Popularity: 18%

AICA Washington – Saya Ada Bukti – Rahimi Osman

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman menegaskan, beliau mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan terhadap hubungan bekas majikannya itu dengan Amerika Syarikat (AS) khususnya pertubuhan-pertubuhan Yahudi.
Beliau berkata, antaranya ialah operasi sebuah firma didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate (AICA) berpangkalan di Washington DC, AS yang berperanan merancang segala kegiatan dan aktiviti Anwar di luar negara.
Ujar beliau, itu hanya satu pendedahan sahaja dan banyak lagi rahsia Anwar yang diketahuinya dalam konteks hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dengan pertubuhan-pertubuhan Yahudi.
"Saya tidak gentar berhadapan dengan Anwar apabila saya mengambil keputusan mendedahkan satu persatu rahsia Anwar.
"Ini baru sedikit dan apabila sampai masanya nanti saya akan membongkarkan semua rahsia tersebut.
"Semua pendedahan yang buat ini adalah berdasarkan fakta dan bukti jelas. Ini bukan rekaan. Kesemuanya ini tercatat di dalam rekod yang berbentuk dokumen," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Muhamad Rahimi dalam ceramahnya di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam sebelum ini mencabar Anwar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehinya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.
Muhamad Rahimi mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiaya oleh Anwar yang hanya berjawatan ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.
Malah, Muhamad Rahimi berkata, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.
Muhamad Rahimi berkata, dokumen-dokumen itu menunjukkan bagaimana perjalanan operasi firma milik Anwar di Washington dengan pembiayaan begitu tinggi selain kewujudan hubungan secara langsung Ketua Pembangkang itu dengan pertubuhan Yahudi di luar negara.
"Pertubuhan-pertubuhan Yahudi ini amat rapat dengan Anwar. Walaupun pertubuhan-pertubuhan ini bergerak atas nama tertentu tetapi kita tahu mereka adalah pertubuhan Yahudi.
"Malah saya ada maklumat bagaimana perbelanjaan latihan serta kempen PKR turut ditanggung oleh pertubuhan-pertubuhan berkenaan," katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyelar tindak-tanduk Anwar yang sewenang-wenangnya menuduh kerajaan mempunyai hubungan dengan Yahudi apabila melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding.
"Anwar sepatutnya cermin dirinya sendiri sebelum cuba menuduh kerajaan dengan pelbagai tuduhan. Saya pernah bekerja dengan Anwar dan saya tahu pergerakannya," katanya lagi.
Dalam pada itu Muhamad Rahimi berkata, beliau mengambil keputusan bangkit menentang Anwar selepas didapati tindakan Ketua Pembangkang itu semakin melampau terutama melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan.
"Itu belum dikira sokongan padu yang diterima oleh Anwar daripada juak-juaknya. Mereka begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Anwar. Bagi mereka Anwar pemimpin hebat sedangkan ia adalah sebaliknya.
"Bagi saya Anwar adalah perosak negara. Saya akan menentangnya walau apa pun berlaku. Lawan tetap lawan. Itulah juga kata-kata yang sering digunakan oleh Anwar untuk menaikkan semangat para penyokongnya," tegas beliau lagi. – utusan
Popularity: 11%

Anwar : 'Saya Ada Pilihan Lari Ke Washington Atau Balik Ke Malaysia'

New American Foundation : Anwar Ibrahim (bertanda bulat). Paul Wolfowitz (bertanda bulat) dan John Mallot juga turut hadir menyokong kenyataan Anwar
AIDCNews – 13/02/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai dua pilihan sama ada lari dan terus menetap di Washington atau balik semula ke Malaysia untuk menghadapi kes liwat yang bermula pada 14 Februari.
"Satu kaki saya di parlimen dan satu kaki lagi di penjara. Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul di mahkamah pada 14 Februari.
"Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan
"Saya boleh pilih untuk tinggal di sini (Washington) dan tidak kembali (ke Malaysia) tetapi pilihan telah dibuat" kata Anwar ketika berucap di forum "The Future of Democracy in the Islamic World", anjuran sebuah badan pemikir AS yang berpengkalan di Washington DC, New America Foundation pada 10 Februari 2011.
Menyentuh berkenaan peranan Amerika Syarikat (AS) tentang krisis di Mesir, Anwar mencadangkan AS tidak perlu takut terlibat dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir kerana kerjasama ini sangat penting untuk menyokong pilihan rakyat di dunia Islam.
"Kita hanya boleh berjaya dalam masyarakat Muslim jika anda dilihat menghormati pilihan yang dibuat oleh Muslim, atau Mesir," kata Anwar.
Kata Anwar, kerjasama harus dilakukan hanya selepas jaminan perlembagaan yang kukuh ke arah kebebasan (freedom) dan keadilan pilihanraya (free and fair elections).
Krisis di Mesir secara spontan menunjukkan mereka mahukan kebebasan. Dunia Islam mahukan kebebasan, kata Anwar. Katanya lagi, mereka tidak diberikan pilihan untuk mempratikkan kebebasan dalam negara mereka sebelum ini.
Menurutnya lagi akar keadilan dalam pilihanraya adalah jaminan yang kukuh ke arah kebebasan bersuara (freedom of expression), kebebasan beragama (freedom of religion), Kedaulatan undang-undang (the rule of law) dan keadilan dalam pembahagian ekonomi negara (economic justice).
Anwar, yang telah banyak menulis tentang demokrasi di masyarakat Islam, mengatakan kerjasama dengan kumpulan-kumpulan yang berorientasikan Islam telah terbukti berjaya di Indonesia, Turki dan Malaysia.
Menurut Anwar, walaupun kumpulan kebebasan dan demokrasi yang dikenali sebagai demokrat (liberal) di dunia Islam seperti Abdurrahman Wahid (Gus Dur) gagal melaksanakan prinsip itu di Indonesia, tetapi bukan bermakna bekas Presiden Indonesia itu tidak mahukannya, sebaliknya kerana ketidakbijaksanaan beliau melaksanakan.
"Abdurrahman Wahid (Gus Dur) tidak bijak dalam mengaplikasikan kebebasan dan demokrasi (di Indonesia). Tetapi awak (AS) perlu memberi kami kepercayaan..
"Kami adalah (kumpulan) demokrat, kami sayang terhadap kebebasan. Kami mahu apa yang Tocqueville sebut sebagai kebebasan berasaskan kebiasaan hati iaitu keyakinan dan kepercayaan terhadap kebebasan tabiat semulajadi kemanusiaan
Tocqueville adalah merujuk kepada ahli falsafah Peranchis, Alexis de Tocqueville, yang melakukan kajian demokrasi di AS. Klik di sini
Walaupun begitu, menurut Anwar, demokrasi di Indonesia adalah contoh terbaik di dunia Islam. Negara itu mempraktikan keadilan pilihanraya dan kebebasan media.
"Rakyat (Indonesia) boleh memilih apa sahaja yang mereka mahu… undang-undang pornografi menjadi debat yang besar di Indonesia, tetapi pada saya tidak begitu revelan..isu kecil", kata Anwar.
Ledakan kebebasan dan demokrasi di Indonesia telah memunculkan penerbitan 'Majalah PLAYBOY" versi bahasa Indonesia. Kepada kumpulan pro-kebebasan penerbitan majalah itu adalah simbol kebebasan media.Klik di sini
Namun begitu kebebasan media seperti ini telah menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam di negara itu sehingga mereka mencadangkan pewartaan Rang Undang-undang anti Pornografi & Pornoaksi (RUU APP). Klik di sini
Isu RUU APP menimbulkan kontroversi besar. Kelompok yang menyokongnya adalah MUI (Majelis Ulama Indonesia), ICMI (Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia), FPI (Front Pembela Islam), MMI (Majelis Mujahidin Indonesia), Hizbut Tahrir, dan PKS (Partai Keadilan Sejahtera).
Sedangkan kelompok yang menentang rang undang-undang itu adalah kumpulan kebebasan, demokrat dan liberal yang bergabung dalam pelbagai pihak iaitu kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biskesual dan Transgender), aktivis perempuan (feminisme), Islam Liberal, kumpulan seniman dan artis.
Demonstrasi menentang RUU APP
Pada 22 April 2006, ribuan kumpulan liberal dan kebebasan bergabung dalam demonstrasi yang dipanggil "Bhinneka Tunggal Ika" untuk menolak rang undang-undang itu.
Ramai tokoh yang terlibat dalam demonstrasi ini, di antaranya mantan Ibu Negara Shinta N Wahid (isteri Gus Dur), Inul Daratista, Goenawan Mohammad, Ayu Utami dan lain-lain.
Pada 13 Mei 2006, di Komunitas Utan Kayu dilakukan deklarasi "Masyarakat Bhinneka Tunggal Ika". Deklarasi ditandatangani oleh tokoh-tokoh seperti WS Rendra, Lily Chadidjah Wahid, Adnan Buyung Nasution, Goenawan Mohamad, Putu Wijaya, Jajang C Noer, Ayu Utami, Musdah Mulia dan lain-lain.
Acara dimulai dengan pembacaan puisi 'Setelah Rambutmu Tergerai' oleh Rendra. Kemudian diikuti dengan deklarasi menentang RUU APP yang dianggap sebagai pemaksaan spirit moral, nilai dan norma agama yang bertentangan dengan cita-cita Republik Indonesia. Klik di sini
Forum New America Foundation itu yang dipengerusikan oleh Steve Clemons, Senior Fellow, American Strategy Program New America Foundation membariskan tiga ahli forum iaitu Anwar Ibrahim dari Malaysia dan dua warganegara AS; Shibley Telhami, Profesor di Anwar Sadat  for Peace and Development, Universiti Maryland & Senior Fellow, Saban Center at Brookings dan Nathan Brown, Profesor, Political Science & International Affairs di Universiti George Washington  & Senior Associate,Carnegie Endowment for International Peace.
Dua tokoh, Paul Wolfowitz dan John Mallot yang merupakan sekutu paling rapat dengan Anwar juga turut hadir dalam forum tersebut.

"Wanita Besi" calon PAS di Merlimau?

Posted: 12 Feb 2011 05:29 PM PST

PAS dilema pilih calon di Merlimau


2011/02/13

Sayap Pemuda, Muslimat mahu tanding

KUALA LUMPUR: PAS yang akan mewakili pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini, berdepan dilema memilih calon apabila Dewan Pemuda mahu wakil mereka bertanding, manakala pemimpin parti tidak menolak kemungkinan mempertaruhkan calon wanita.
Pada sidang media di sini semalam, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof, berkata Pemuda PAS Melaka sudah menyenaraikan lebih daripada seorang calon untuk pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Raya parti.
"Mengenai calon wanita, kita tak tahu perkara itu tetapi setiap peringkat berhak mencadangkan nama calon. Begitu juga dengan Pemuda dan Muslimat," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.

Di MERLIMAU, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata tidak mustahil parti berkenaan meletakkan calon wanita menentang Barisan Nasional (BN).

"Saya difahamkan ada seorang calon wanita disenarai pendek oleh PAS negeri untuk merebut kerusi Merlimau daripada BN.

"Tidak mustahil beliau bertanding di sini," katanya selepas perasmian bilik gerakan PAS oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Taman Muhibah, di sini semalam.
Salahuddin juga menolak dakwaan parti itu tidak akan meletakkan lagi calon wanita bertanding pada pilihan raya berikutan kekalahan Ketua Dewan Muslimat Labis, Normala Sudirman, 39, kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim pada pilihan raya kecil DUN Tenang, bulan lalu.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lalu.

Berita Minggu difahamkan, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man, 52, ibu tunggal beranak lima adalah pemimpin wanita tunggal yang disenaraikan bersama beberapa nama lain untuk pertimbangan bagi mewakili parti terbabit pada pilihan raya kecil DUN Merlimau.

PAS dijangka menentukan calonnya hari ini sebelum membuat pengumuman akhir pada minggu depan.

6 jam sehari di Merlimau.

Posted: 12 Feb 2011 05:27 PM PST

Ketua Menteri sedia jawab tohmah


2011/02/13

 MOHD Ali  diiringi Ramli  (dua dari kanan) dan Habibul Ajmi  (kanan) ketika Program Gotong-Royong Perdana Kawasan Perindustrian Merlimau, Jasin, semalam.
MOHD Ali diiringi Ramli (dua dari kanan) dan Habibul Ajmi (kanan) ketika Program Gotong-Royong Perdana Kawasan Perindustrian Merlimau, Jasin, semalam.
MERLIMAU: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersedia menjawab segala tohmahan dan berdebat dengan pemimpin pembangkang yang menimbulkan pelbagai isu dan perkara negatif berhubung pentadbiran dan pembangunan di negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Melaka, tidak gentar menjawab segala tuduhan yang dilemparkan parti pembangkang terutama berkaitan pemberian status negeri maju, rancangan pembangunan industri dan pelancongan serta penyediaan infrastruktur di Melaka.
"Saya akan bidas dan kalau boleh saya nak online dengan pemimpin pembangkang ini... dia duduk sebelah kanan, saya sebelah kiri... saya sanggup. Saya nak jawab pada masa itu juga dan harap ia dapat dibenarkan. Itu cara terbaik untuk jawab segala tohmahan mereka," katanya.
Mohd Ali berkata demikian selepas merasmikan Majlis Gotong Royong Perdana Kawasan Industri Merlimau anjuran Invest Melaka dengan kerjasama SWM Environment Sdn Bhd dan Perniagaan Orang Kampung Sdn Bhd, di sini semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Invest Melaka, Ramli Mohd Ali dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Orang Kampung, Habibul 'Ajmi Manggar.

Sambil menyifatkan pemimpin pembangkang sebagai sudah kekurangan isu untuk dibangkitkan pada pilihan raya kecil kali ini, Mohd Ali yang juga Pengarah Pilihan Raya BN DUN Merlimau, berkata isu negatif ditimbulkan lawan ini sengaja dipolitikkan dan mereka tiada bukti menyokong tuduhan itu.

"Mereka tidak mahu terima hakikat dan cemburu dengan kita. Hujah mereka senang dijawab kerana ia logik. Jika mahu bandingkan Melaka dengan empat negeri di bawah pentadbiran pembangkang ketika ini, negeri terbabit masih ketinggalan dalam pelbagai aspek.
"Ini kerana mengikut rekod, pembahagian kekayaan atau pendapatan diberi sama rata, Melaka masih negeri terbersih dan ketiga-tiga kawasan perbandaran negeri ini diiktiraf kerajaan sebagai mapan selain penyediaan bekalan air dan elektrik untuk penduduk meliputi lebih banyak kawasan," katanya.

MASA UNTUK RAKYAT

Posted: 12 Feb 2011 05:22 PM PST

Ketua UMNO beri maklum balas
Oleh Mohd Azis Ngah dan Syed Azwan Syed Ali
edisimingguan@bharian.com.my
2011/02/13

  NAJIB   bersalaman dengan Ketua UMNO Bahagian Serdang, Datuk Mohd Fathil Daud selepas menamatkan sesi pertemuan Ketua-Ketua UMNO Bahagian   di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
NAJIB bersalaman dengan Ketua UMNO Bahagian Serdang, Datuk Mohd Fathil Daud selepas menamatkan sesi pertemuan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.
 
Najib duduk lima jam dengar masalah, terima permohonan projek rakyat

KUALA LUMPUR: Sesi pertemuan khas bersama 118 Ketua Bahagian UMNO bukan Ahli Parlimen semalam disifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai sangat berguna untuk mendapatkan maklum balas bagi membolehkannya menentukan hala tuju dan tindakan seterusnya demi kepentingan rakyat.
Walaupun mengakui sesi itu mengambil masa sangat lama, Presiden UMNO cukup berpuas hati dengan hasil pertemuan dengan pemimpin peringkat bahagian yang disifatkannya sebagai sebahagian daripada transformasi politik.
Katanya, peluang itu digunakan sepenuhnya untuk mendengar sendiri perjalanan, pengurusan kepemimpinan di peringkat bahagian serta permasalahan dihadapi, sekali gus memberikan beliau banyak input berguna untuk membela nasib rakyat.

"Sesi ini sangat berguna walaupun ambil masa sangat panjang. Saya duduk di kerusi sejak 8.30 pagi hingga 1.30 tengah hari, tak bergerak.

"Tetapi ia sangat berfaedah kerana saya dan Setiausaha Agung (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) dapat dengar pandangan mereka mengenai rintihan dan keperluan rakyat," katanya pada sidang media ketika sesi dihentikan sementara tengah hari semalam.

Semalam, 118 daripada 191 Ketua Bahagian UMNO, terdiri daripada pemimpin bukan Ahli Parlimen, Menteri, Timbalan Menteri diberi peluang bersemuka dengan Najib dalam sesi khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sesi bermula dengan rombongan Kedah memasuki bilik pertemuan diikuti pemimpin negeri dikuasai pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kelantan, Selangor, Wilayah Persekutuan dan seterusnya wakil negeri lain di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, program sama diadakan khas untuk semua Ahli Parlimen BN dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak dengan tujuan sama.

Pertemuan itu menguatkan lagi spekulasi Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin dekat tetapi semalam, Najib secara berseloroh mengatakan 'jangan tanya saya bila tarikh pilihan raya'.

Difahamkan, dalam tempoh terdekat, satu lagi sesi pertemuan akan diadakan tetapi kali ini membabitkan semua ADUN BN bagi mendapatkan maklum balas sama.

"Transformasi politik Ini adalah antara agenda utama BN dan UMNO. Kali ini giliran mereka dapat peluang nyatakan permasalahan dihadapi yang boleh digunakan untuk membantu usaha kita membela nasib rakyat.

"Daripada sesi itu, kita boleh tentukan tindakan yang boleh diambil untuk selesaikan masalah atau isu berkaitan," katanya.

Ditanya jenis permasalahan atau isu paling banyak diutarakan, Najib menjelaskan ia membabitkan banyak isu seperti soal projek kecil, kemudahan asas termasuk ada yang memohon pembangunan hospital dan sekolah di kawasan masing-masing.

Katanya, semua maklumat itu termasuk beberapa memorandum yang diserahkan akan direkodkan sebelum ditapis untuk diselesaikan dalam jangka pendek manakala isu yang memerlukan proses jangka panjang akan diselesaikan berperingkat.

Katanya, kerajaan tidak boleh menyelesaikan semua isu secara serentak akibat masalah peruntukan kewangan tetapi pihaknya akan mengutamakan keperluan membabitkan kehendak serta kepuasan rakyat.

Mengenai permasalahan dalaman peringkat negeri dan bahagian yang masih berlaku di beberapa bahagian, Najib berkata, perkara itu juga ada dibincangkan dan beliau sendiri sudah memberi nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan.

"Di mana-mana pun ada masalah dalaman, tetapi parti kita taklah rapuh seperti parti lain... tak ada orang UMNO yang tinggalkan (keluar) parti. Kita cuba betulkan perselisihan faham antara mereka, realitinya kita memang tak boleh selesaikan 100 peratus. Sekurang-kurangnya kita boleh redakan keadaan," katanya.

Pemimpin Pas sanggup gadai akidah

Posted: 12 Feb 2011 05:13 PM PST


KUALA LUMPUR 12 Feb. - Tindakan segelintir pemimpin Pas mengkritik Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang bersedia membantu pihak berkuasa membanteras maksiat pada Hari Kekasih, 14 Februari ini memperlihatkan bahawa mereka sanggup menggadai akidah kerana gilakan kuasa.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, suara-suara 'dajal kecil' itu senada dengan golongan bukan Islam termasuk sekutu Pas iaitu DAP yang turut lantang mengkritik pendirian Nasrudin.

Menurut beliau, tidak ketinggalan parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA dan Gerakan yang turut menghentam Nasrudin malah kumpulan 'nyamuk' seperti SiS Forum Sdn. Bhd.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan siri penerangan tentang maksiat pada Hari Kekasih dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri telah diarah menjalankan operasi mencegah maksiat.

"Saranan sama disuarakan oleh Nasrudin yang menyeru supaya penerangan dan pencegahan maksiat diadakan pada hari tersebut. Bahkan beliau menyatakan Dewan Pemuda Pas sanggup membantu pihak berkuasa negeri-negeri untuk laksanakan tugas tersebut.

"Namun malangnya, ada antara kita yang menjadi kelkatu dan buta terhadap agamanya sendiri. Pendirian Nasrudin dikritik oleh segelintir pemimpin Pas sendiri, malah ada yang mengherdik kerana tindakannya dikatakan merugikan Pas dalam usaha mendapat undian bukan Islam pada pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri bertajuk Khutbah: Al-Valantino menerusi blognya, www.zul4kulim.blogspot.com.

Jelas Zulkifli, ada juga suara sumbang yang mendakwa Nasrudin terlalu jumud dan buta politik selain meminta beliau menumpukan kepada soal politik kepartian serta menjaga kepentingan parti untuk pilihan raya akan datang.

"Begitu ghairah mereka gilakan kuasa sehingga akidah digadaikan," ujarnya.

Katanya, tahun ini sambutan Hari Kekasih jatuh sehari sebelum sambutan Maulidur Rasul pada 15 Februari ini.

"Jadi, janganlah kita benarkan maksiat mencemari sambutan memperingati kelahiran Rasulullah. Kita mesti tetap dan berpegang kepada syariat Islam walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cemuhan, celaan dan kutukan," tambahnya.

Tiada ulasan:

Pengikut