PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- Ministry rebranding to empower youths
- Isu APCO : Anwar Putar Belit, kata Ada Bukti Tapi Tak Pernah Kemukakan
- Najib nafi ciplak konsep 1Malaysia
- DAP 'PENJAJAH' BARU DI PULAU PINANG ?
- JANJI BARU VS JANJI LAMA : PENIPU BESAU !
- RPK SUDAH TUKAR KAH?
- NIK AJIS NAK BUAT REKOD ?
- EKSKLUSIF MAHKAMAH RAKYAT : ZAID VS KARPAL?
- PAKATAN PEMBANGKANG "MEMPERBODOHKAN" PENGUNDI DENGAN JANJI BARU ?
Ministry rebranding to empower youths Posted: 22 Dec 2010 01:01 AM PST Link artikel: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/12/21/nation/20101221161348&sec=nation PUTRAJAYA: The Youth and Sports Ministry is to undergo rebranding in the effort to empower youths to face bigger challenges, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said Tuesday. He said it was necessary for the organisation, as a leader in the area of youth activities nationwide, to undergo a restructuring for the sake of youth development. A committee headed by the minister, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, would be set up to undertake a comprehensive study of the ministry's structure, he added. "The study will take into consideration the staff, resources, its structure and role in coordinating various agencies and working closely with youth organisations throughout the country," he told reporters after chairing a meeting of the Cabinet Committee on Youth Development, here. He said the meeting also agreed to review the National Youth Development Policy 1997 to align it to the current needs of youths and focus on specific groups among youths. Muhyiddin said the Youth Development Lab submitted its report at the meeting, recommending several initiatives to empower youths. The ministry had been asked to study the proposals, he added. "It proposed a Malaysian Youth Park, but the Cabinet had decided that Putrajaya become the youth-friendly city," he said. He also said the lab proposed a Malaysian Youth Chamber to serve as a parliament to enable youths to discuss and propose views, and a Youth Icon to identify a national personality as an icon. "The ministry feels that there are leaders and personalities in the community who can be models for the Leader Mentorship Programme," he said. Muhyiddin said one proposal was to involve the young generation in the school system in youth activities and for early education to begin at the age of six. "Youth activities have been started in schools. There are clubs, but they are not called youth clubs. However, their activities are related to youths. "Proposing that the age for starting school be brought forward, they felt that five years was more appropriate. This is in accordance with the view of the Education Ministry. We agree in principle," he said. Muhyiddin said many countries had implemented the system where children begin school at six years, a year earlier than now. However, he said, the matter was still under study because a huge financial allocation was required for infrastructure, teachers and so on. He said a committee headed by the director-general of education had been set up to look into the matter. | |
Isu APCO : Anwar Putar Belit, kata Ada Bukti Tapi Tak Pernah Kemukakan Posted: 21 Dec 2010 09:05 PM PST Link artikel: http://umno-online.com/?p=27537 KUALA LUMPUR, 20 Dis – "Dia (Anwar Ibrahim) cakap dia ada bukti dokumen mengenai dakwaannya, dan kami minta dia buktikan, tapi dia tidak pernah kemukakan bukti," demikian penjelasan Anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, Datuk Razali Ibrahim Jelas beliau lagi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen telah beri ruang yang luas kepada beliau Anwar namun malangnya Anwar tidak mengambil peluang tersebut sebaliknya membuat pelbagai dalih. Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia seterusnya mendedahkan Anwar telah diberikan tempoh dua hari semasa sesi persidangan Dewan Rakyat minggu lepas untuk membela diri tetapi tidak mengambil peluang itu dan bertindak seolah-olah mahu melengah-lengah keputusan mengenai kes itu. Pada 16 Dis lalu Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel. Keputusan untuk menggantung Anwar seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen itu, diluluskan oleh Dewan Rakyat tanpa sebarang perbahasan, dan ini telah mencetuskan kekecohan dalam Dewan apabila kesemua anggota Parlimen pembangkang bertindak keluar. Razali berkata Anwar sepatutnya mengambil peluang itu dengan mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya itu kerana beliau memang mempunyai hak untuk berbuat demikian. Katanya APCO Worldwide telah menghantar sepucuk surat kepada jawatankuasa itu bagi menafikan penglibatan syarikat itu dalam membantu kerajaan Malaysia membuat dasar, sebaliknya ia bertindak membantu meningkatkan perkhidmatan berkaitan komunikasi. Selain Razali, jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin mulia, turut dianggotai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) dan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) yang dipertanggungjawab untuk membincangkan isu dakwaan Anwar itu | |
Najib nafi ciplak konsep 1Malaysia Posted: 21 Dec 2010 05:44 PM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa terkilan dengan dakwaan bahawa konsep 1Malaysia diciplak dari negara lain. Menyifatkan dakwaan itu sebagai "pendustaan besar", Najib sebaliknya menegaskan konsep yang diperkenalkan sejak beliau mengambil-alih pentadbiran negara itu merupakan ciptaannya sendiri. "Konsep 1Malaysia tidak diciplak dari negara lain...ini ciptaan saya sendiri. Negara lain boleh ada satu itu, satu ini...tetapi tidak ada di dunia ada "1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"," katanya ketikaberucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Kuala Lumpur, Selasa. Bernama melaporkan dalam nada tegas, Najib berkata, kerajaan melangkah ke hadapan berasaskan kepada realiti dan bukannya sesuatu yang menjadi satu igauan atau yang direka. "Amat mudah untuk kita buat sesuatu sebagai 'politik janji' tetapi apakahperkara itu yang berdasarkan pendekatan yang amat populis akhirnya akan menguntungkan kita atau sebaliknya?," soal beliau sinis. Najib berkata, untuk membangunkan negara dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, harus mendokong dan melaksanakan dasar-dasar yang juga penuh tanggungjawab. "Kerajaan bertanggungjawab memerlukan dasar-dasar yang bertanggungjawab...bukannya sesuatu yang kita lemparkan sebagai janji tetapi tidak berasas kepada realiti sebenar," katanya. Najib sebelum ini dibidas beberapa pihak, khususnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya kerajaan, melalui firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide menciplak konsep 1Malaysia, berdasarkan konsep OneIsrael yang dicipta syarikat itu untuk Israel pada 1999. Dakwaan itu menyebabkan Anwar digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimenmendapati dakwaan itu tidak benar. Selain Anwar, tiga lagi anggota Parlimen pembangkang, iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) turut menerima nasib sama setelah didapati menghina dewan atas isu yang sama. Dalam pada itu, menyentuh isu bonus kepada penjawat awam, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pertimbangan akan diberikan sebaik mungkin sekiranya kedudukan kewangan kerajaan adalah kukuh. Dengan nada berseloroh, beliau berkata, kerajaan faham apa yang dimahukan oleh Ceupacs, tetapi katanya kerajaan harus bersikap realistik dalam perbelanjaannya. "Kita akan buat yang terbaik (untuk rakyat) tetapi terbaik itu dalam konteks yang termampu...saya paling suka kalau boleh bagi bonus kerana saya dapat lihat 1.3 juta penjawat awam seronok, muka ceria, senyum...tetapi kita harus bersikaprealistik...kita tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan," katanya. Tegas Perdana Menteri, kerajaan tidak mahu terpaksa meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semata-mata untuk membayar gaji penjawat awam. "Kalau kita buat itu, tunggu masa kita akan menjadi negara yang ditadbir oleh IMF. Kalau IMF sudah mentadbir tidak ada gunanya kemerdekaan yang telah diperjuangkan, tidak ada maknanya kalau kemerdekaan dan kedaulatan kita dikuasai oleh badan antarabangsa seperti IMF," kata beliau. Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 1,171 perwakilan yang hadir, Najib turut mengingatkan penjawat awam, khususnya mereka yang bertugas di barisan hadapan supaya memahami Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan. Katanya, ia penting kerana layanan penjawat awam yang bertugas di barisan hadapan itu merupakan cermin kepada imej kerajaan. "Yang bertugas di barusan hadapan ini mesti tahu bahawa layanan yang diberikan itu adalah cerminan imej kerajaan. Kalau kita buat program transformasi tetapi di peringkat barisan hadapan ini tidak berlaku perubahan kerangka minda, maka akan berlakulah rasa kecewa. "Mereka (rakyat) akan rasa kecewa dengan kerajaan kerana apa yang dilaungkan peringkat tertinggi sebagai dasar untuk dilaksanakan tidak sampai ke peringkatbarisan hadapan dalam kerajaan," katanya yang turut menggesa Ceupacs memainkan peranan memastikan berlakunya perubahan di peringkat berkenaan. Selain itu katanya, penjawat awam juga harus melakukan perubahan minda untukmenerima secara terbuka dan mempermudahkan kemasukan warga asing untuk berkhidmat dalam kerajaan.Katanya, penjawat awam tidak harus memendam rasa curiga kepada warga asing itu kerana apa yang lebih penting adalah untuk mendapatkan kepakaran warga asing tersebut untuk memastikan negara dapat terus bersaing dengan negara-negara luar | |
DAP 'PENJAJAH' BARU DI PULAU PINANG ? Posted: 21 Dec 2010 03:54 PM PST
| |
JANJI BARU VS JANJI LAMA : PENIPU BESAU ! Posted: 21 Dec 2010 03:49 PM PST
| |
Posted: 21 Dec 2010 03:42 PM PST
| |
Posted: 21 Dec 2010 03:38 PM PST
| |
EKSKLUSIF MAHKAMAH RAKYAT : ZAID VS KARPAL? Posted: 21 Dec 2010 03:33 PM PST | |
PAKATAN PEMBANGKANG "MEMPERBODOHKAN" PENGUNDI DENGAN JANJI BARU ? Posted: 21 Dec 2010 03:23 PM PST
|
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan