Rabu, 18 Februari 2015

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


UCAPAN TAHUN BAHARU CINA 2015 KETUA PUTERI UMNO DATUK MAS ERMIEYATI SAMSUDIN

Posted: 18 Feb 2015 03:16 AM PST

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat Malaysia khususnya sahabat-sahabat yang berketurunan cina.

Sambutan Tahun Baharu Cina 2015 ini merupakan tahun kambing (biri-biri) menurut kalendar qamari Cina.

Tahun kambing adalah tahun kelapan dalam kalendar cina dan bagi masyarakat cina ia dikaitkan dengan tahun yang akan membawa lebih banyak tuah berbanding tahun lepas yang merupakan tahun kuda.

Mengambil semangat membawa tuah itu, menjadi harapan saya agar kita semua rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum akan meneruskan amalan kunjung-mengunjung rumah terbuka bagi meraikan perayaan ini.

Semoga segala yang kita lakukan bersama sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini dapat memperkukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian keluarga besar 1Malaysia ini.

Semua ini dapat menjamin kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni  atas dasar toleransi sesama kita yang sememangnya amat penting dalam negara pelbagai kaum seperti Malaysia.

Saya yakin tahun ini akan mencorakkan satu perubahan yang baik kepada diri kita dan negara. Semoga  2015 memberi satu wadah baru kepada kita dalam membina Malaysia yang lebih makmur dan berjaya.

Gong Xi Fa Cai!

Tiada ulasan:

Pengikut