Puteri Bahagian Segambut |
Posted: 10 Feb 2015 10:31 PM PST 11 Februari 2015 Pergerakan Puteri UMNO mendesak Exco Pulau Pinang, Chong Eng segera membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam berikutan tindakannya mencampuri hal ehwal agama Islam. Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Chong Eng tidak sepatutnya membuat kenyataan yang mengkritik khutbah jumaat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tentang aurat wanita. "Puteri UMNO kesal dengan sikap Chong Eng yang tidak bertanggungjawab, tidak menghormati serta menjaga sensitiviti, agama dan kaum di negara ini dengan mengeluarkan kenyataan yang amat jahil dan kurang ajar itu. "Beliau tidak berhak mencampuri urusan berkaitan agama Islam dan hal ehwal negeri lain. Jika tidak memahami mengenai perkara yang dibangkitkan , rujuk pihak jabatan agama Islam, bukannya membuat kenyataan sedemikian semata-mata kerana mahu mencari publisiti murahan," katanya. Chong Eng dalam kenyataannya kelmarin mengkritik JAIS kerana menyampaikan maklumat mengelirukan berhubung aurat wanita dalam khutbah Jumaat minggu lalu yang bertajuk 'Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri' Chong Eng mendakwa, penekanan JAIS mengenai aurat wanita adalah tidak tepat apabila dilihat 'menghukum' golongan wanita di atas kegagalan menutup aurat sehingga menyumbang kepada kes rogol dan pelbagai kejadian buruk yang tidak diingini. Mas Ermieyati berkata, tindakan Chong Eng mendakwa masalah rogol tiada kaitan dengan aurat wanita adalah amat dangkal dan sempit selain boleh menimbulkan salah faham masyarat terhadap Islam. Beliau berkata, dakwaan Chong Eng kononnya tuntutan agama Islam supaya wanita menutup aurat hanya untuk mengalih kesalahan dan tanggungjawab mencegah jenayah seksual menunjukkan beliau tidak tahu apa-apa berhubung agama Islam. Menurutnya, al-Quran surah An-Nur ayat 31 dan surah Al-Ahzab ayat 59 jelas menyatakan kewajipan untuk wanita muslim yang telah sampai akil baligh waiib menutup aurat. Katanya, berdasarkan dalil dan al-Quran, dengan terbukanya aurat maka ia boleh mengakibatkan dosa lain seperti zina dan mengandung anak luar nikah. "Kerana itu Islam menerangkan kewajipan wanita menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher sehingga ke tempat-tempat yang boleh membawa fitnah dan memungkinkan dilihat oleh orang yang jahat hatinya. "Sehubungan itu, Puteri UMNO menyokong usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat Chong Eng supaya masyarakat negara ini lebih memahami erti menghormati sentiviti agama dan berharap tindakan dikenakan terhadap beliau jika didapati bersalah,''katanya. |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan