Rabu, 5 Mac 2014

PEMUDA UMNO TANJONG

PEMUDA UMNO TANJONG


Posted: 05 Mar 2014 01:01 AM PST


MELAYU KAN GAH D INUSANTARA



Assalammualaikum sahabat2.. buat pertama kalinya untuk tahun ini mencoret sesuatu untuk tatapan.. kebelakangan ini hak melayu seringkali dipertikai oleh pihak2 yg pada dasarnya pendatang di negara ini.. hanya segelintir bangsa melayu yg berjuang habis-habisan mempertahankan hak2 org melayu..seringkali kita betanya kenapa keadaan ini terjadi adakah kerajaan yg tidak tegas atau kita sendiri yg tidak mahu ambil tahu pasal sejarah.. atau perkara ini dianggap remeh.

 Tuan2 Sila baca petikan dibawah dan fahamilah isi kandungan untuk kita mengetahui apa yg dikatakan hak bangsa melayu dan kita..samalah kita perbetulkan yg salah dan pekemas yg sedia baik.

 Islam diutamakan Melayu diperkasakan..

 TANAH MELAYU.. INDAH NAMA MU.

 Kita mahu dunia mengiktiraf bumi ini sebagai warisan dan hak orang Melayu. Sama seperti dunia mengiktiraf benua Cina adalah hak warisan orang Cina dan benua India hak warisan orang India, England untuk Inggeris, Ireland untuk orang Irish dan Germany untuk orang German dan seterusnya. Atau adakah orang Melayu tidak punya tanahnya sendiri ? Sudah tentu inilah benua Melayu dan inilah tanah untuk bangsa Melayu. Beberapa bulan yang lalu satu pasukan penyelidik Melayu berprofail tinggi mendedahkan asal usul bangsa Melayu. Antaranya kajian saintifik Mitochondrial DNA (MtDNA) menunjukkan genetik Melayu ditemui terbukti lebih awal wujud dari genetik bangsa Cina dan India. Genetik Melayu berusia 60,000 – 70,000 tahun berbanding genetik Cina yang hanya berusia sekitar 40,000 – 45,000 tahun. Benua Sunda yang berpusat di bumi Melayu yang kita pijak ini di sebut sebagai ' the Cradle of Human Civilazation' yang membiakkan kaum etnik lain. Maka sah, bumi ini asalnya adalah bumi orang Melayu. Tidak berapa lama dahulu, Majalah 3 TV3 pula menyiarkan penemuan mercu tanda penting lagi bersejarah di Lembah Bujang Kedah oleh pasukan Arkeologi Universiti Sains Malaysia yang diketuai sahabat sekolah saya Prof Mohtar Saidin. Di situ ditemui kesan sejarah tamadun maju Melayu Kedah Tua yang dianggarkan berusia seawal abad ke2 sebelum Masihi. Jadi, sah sekali lagi bahawa bumi ini warisan bangsa Melayu lebih awal dari Angkor Wat atau Borobudur. Oleh itu, kita mahu orang Cina, India atau sesiapapun tidak lagi mempersoalkan kedudukan Melayu. Kita juga mahu seluruh dunia mengiktiraf bumi Malaysia ini yang sebelumnya dikenali Malaya dan sebelumnya lagi dipanggil TANAH MELAYU sebagai warisan Melayu dan hak Melayu. Kita mahu dunia mengktiraf perkara ini sama seperti dunia iktiraf benua Cina adalah hak warisan orang Cina dan benua India hak warisan orang India. Ini adalah identiti negara ini dan agama anutan terakhir orang Melayu di bumi ini sejak berkurun-kurun lamanya adalah addeenul Islam. Islam mengiktiraf pendirian ini dan menuntut umatnya mempasak berpendirian ini kekal sampai Hari Pengadilan. Di bumi mereka sendiri umat Islam mesti izzah dengan Islam dan keimanan tanpa kedayusan dan wajib berpegang dengan pendirian ini. Sebagaimana para sahabat salafussoleh dahulu izzah tanpa gentar walau berdepan raja kuffar, berjuang sehingga tidak ada fitnah di muka bumi. Islam adalah satu sistem bersepadu yang mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, benda dan harta atau pendapatan dan kekayaan. Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain itu, Islam adalah aqidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.

 Encik Abdul Rahman Mt Dali
Naib Presiden II ISMA

HAMIM Ledang

HAMIM Ledang


MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG KALI KE-39 DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-38 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Posted: 04 Mar 2014 10:39 PM PST

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kekuatan yang diberikan-Nya, saya dapat meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan majlis ini biarpun mempunyai jadual kerja yang begitu padat. 

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah kerana memberi peluang dan penghormatan kepada saya untuk  menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Kali ke-39 dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke -38.  Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana mengambil inisiatif yang bersungguh-sungguh untuk meneruskan kesinambungan majlis tahunan yang begitu penting kepada warga sekolah, ibu bapa dan para pelajar.

Pada hemat saya, majlis ini penting kepada pelajar sebagai wadah untuk mengiktiraf pencapaian dan prestasi cemerlang mereka dalam bidang akademik mahupun kokurikulum iaitu kegiatan koakademik, sukan dan permainan. Hal ini akan menyuntik semangat serta menjadikan para pelajar lebih bermotivasi untuk terus melakar kecemerlangan dalam segenap aspek. Mereka bukan sahaja akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran malah dalam masa yang sama melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan kokurikulum. Situasi ini juga selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharapkan , dasar ini dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid supaya mereka menjadi anggota masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum merupakan nilai tambah kepada pencapaian akademik bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,  rohani, emosi dan jasmani seterusnya membuka ruang yang lebih luas untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara.


Majlis seperti ini juga amat bererti kepada pihak sekolah dan ibu bapa kerana inilah peluang untuk mereka menjana dan memantapkan idea pemikiran dan merangka pelbagai program hasil perbincangan dan maklum balas antara pihak sekolah dan ibu bapa. Dalam mesyuarat PIBG , para ibu bapa bolehlah menyumbangkan idea atau pandangan yang positif bagi membantu pihak sekolah meneruskan agenda kecemerlangan untuk anak-anak mereka. Saya amat pasti, kehadiran ibu bapa pada hari ini merupakan bukti bahawa mereka sanggup menggembleng tenaga bersama guru-guru dan pihak sekolah demi meletakkan anak-anak mereka di persada kecemerlangan. Kesanggupan ibu bapa mengetepikan tugas-tugas lain melambangkan sokongan, kesungguhan dan keprihatinan mereka terhadap usaha pihak sekolah membina kecemerlangan anak-anak yang menjadi pencorak masa  depan negara. Saya menyeru semua ibu bapa bersatu tenaga, berganding bahu melangkah sederap dengan guru-guru dan pihak sekolah dalam usaha merealisasikan impian dan cita-cita anak-anak serta aspirasi negara kerana kata orang tua muafakat membawa berkat.

Sebagai Alumni Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra saya berasa amat berbangga kerana sekolah ini telah berjaya dinobatkan sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi. Anugerah ini diperoleh berdasarkan kecemerlangan dan keunggulan sekolah dari segi personaliti unggul, anugerah yang diterima di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai bidang, jaringan dan jalinan dengan sekolah-sekolah dan Institusi Pendidikan lain di dalam dan di luar negara serta penandaarasan atau "benchmarking" di dalam dan di luar negara. Saya juga difahamkan bahawa sehingga kini sekolah ini telah 3 kali  diisytiharkan sebagai penerima Tawaran Baru atau Baiah atas pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang. Kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama dan komitmen padu para pentadbir, guru-guru, kakitangan sokongan, PIBG, Alumni, ibu bapa dan para pelajar. Tahniah dan syabas diucapkan  kepada semua yang terlibat.

Saya juga yakin bahawa pelajar-pelajar di sini mampu mencapai tahap kecemerlangan bertaraf tinggi dalam pelbagai bidang.  Para pelajar juga diharapkan dapat memenuhi aspirasi negara menjadi modal insan yang mengungguli kemajuan negara dan menjadi seorang individu yang bertaraf global yang boleh memainkan peranan di arena antarabangsa.  Pelajar-pelajar juga harus mempersiap diri dengan lebih rapi agar menjadi suri teladan kepada pelajar-pelajar sekolah lain.  Jangan leka atau membuang masa dengan sia-sia tanpa arah tuju yang jelas. Gunakan setiap masa dan kesempatan yang ada secara membina. Sesungguhnya masa itu terlalu mahal, tidak terbeli oleh sesiapapun. Oleh itu,  besarlah harapan saya, agar pelajar-pelajar menggunakan kesempatan serta peluang yang diberikan ini dengan sebaik mungkin.  Isikanlah masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang akan menyumbang kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum.  Gunakanlah kesempatan alam persekolahan  ini untuk menguasai ilmu, mempelajari pelbagai kemahiran termasuk kemahiran kepemimpinan yang sudah tentunya akan membantu pelajar-pelajar sekalian menjadi   insan  yang   lebih   cemerlang,   gemilang dan   terbilang sekali gus menjadi warga yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.  Satu hal yang perlu diingati oleh para pelajar ialah kejayaan yang dicapai tidak semudah angan-angan kerana yang pipih tidak akan datang melayang yang bulat tidak akan datang bergolek. Semuanya menuntut kesanggupan kita untuk mengorbankan masa,  tenaga dan perasaan ingin bersenang-lenang, bersuka ria dan berhibur. Percayalah bahawa pengorbanan yang dilakukan para pelajar pada hari ini untuk mencapai cita-cita akan berganti dengan kuntum-kuntum senyuman pada hari muka.

Dalam mengejar rezeki dan kejayaan yang terhampar di bumi Tuhan ini, jangan sekali-kali kita alpa akan tugas kita sebagai hamba Allah. Sebagai seorang muslim, tanggungjawab terhadap Allah harus kita kedepankan agar kejayaan di dunia mengekorinya.   Kecemerlangan akademik dan kokurikulum harus berteraskan kecemerlangan rohani dan kemapanan akhlak. Inilah kecemerlangan yang hakiki. Usaha untuk melahirkan insan yang seimbang dari  segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang digagaskan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan memang bertepatan dengan cita-cita  negara untuk melahirkan insan yang gemilang. Pembangunan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam erti kata yang sebenar akan melahirkan insan kamil yang sememangnya boleh dijadikan kudwah hasanah menepati peribadi Rasulullah  demi mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Mesyuarat Agung PIBG yang akan berlangsung selepas majlis ini merupakan satu agenda penting di sekolah, yang perlu dilaksanakan pada setiap tahun.  PIBG ialah rakan kongsi sekolah.  Dalam hal ini, penglibatan PIBG amat perlu bagi memajukan sekolah menerusi permuafakatan, dan perancangan yang teliti antara ibu bapa dan guru. Justeru, saya amat yakin bahawa para pelajar akan menjadi cemerlang dan sekolah akan menjadi gemilang jika PIBG sentiasa memainkan peranan yang aktif.  Hal ini demikian kerana PIBG yang aktif, akan membuahkan cetusan idea yang bernas,  sebarang masalah  akan dapat diatasi, beban guru dapat dikurangkan, dan kekangan kewangan sekolah dapat diselesaikan secara bersama.  Saya berasa amat gembira dan teruja  apabila melihat penglibatan PIBG yang proaktif dalam menghulurkan pelbagai bentuk sumbangan untuk kebajikan para pelajar, guru dan pembangunan sekolah.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang menerima sijil dan anugerah cemerlang pada kali ini.  Semoga pengiktirafan yang diberikan  tidak dipersia-siakan, malah dijadikan sebagai batu loncatan untuk meraih kecemerlangan dan kegemilangan dalam pelbagai bidang.  Saya juga ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh warga sekolah dan PIBG yang telah terlibat menjayakan majlis ini.  Semoga usaha dan komitmen yang tinggi dalam merealisasikan majlis ini akan mendapat keberkatan Allah s.w.t.  Dengan lafaz yang mulia, Bismillahirahmanirahim, saya dengan sukacitanya merasmikan "Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah  Menengah  Sains Tengku Muhammad Faris Petra  Kali   Yang   Ke-39   dan   Mesyuarat   Agung   PIBG   Kali  Yang Ke-38."   


Sekian, wassalam.

Pengikut