Rabu, 4 Jun 2014

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Isyarat jelas orang Melayu tolak DAP?

Posted: 04 Jun 2014 02:50 AM PDT


Kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan merupakan isyarat jelas rakyat khususnya orang Melayu tidak pernah rela berteduh di bawah telunjuk parti berkenaan.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, cara yang digunakan DAP dengan menjadikan calon Melayu sebagai pertaruhan bagi mendapatkan sokongan orang Melayu bertukar menjadi liabiliti kepada parti tersebut.

"Kekalahan calon wanita muda Melayu DAP di Parlimen Teluk Intan merupakan satu kemenangan kepada umat Islam di negara ini. Setidak-tidaknya calon itu bebas daripada dijadikan boneka perhiasan parti tersebut.

"Pemimpin DAP harus sedar hasrat untuk mendapat sokongan kaum Melayu terhadap parti itu adalah sama seperti 'angan-angan mat jenin' malah pengundi Teluk Intan sedar pakatan pembangkang mengalami masalah kepemimpinan dalaman serius sehingga berlaku pertindihan soal dasar dan polisi yang tidak konsisten," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, me­ngulas dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu 66.5 peratus antara punca DAP kalah, kata Rahmad, perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan alasan.

"Persoalannya perlukah DAP menuding jari terhadap BN atas kekalahan calon mereka atau perlu menyalahkan diri sendiri serta rakan sekutu mereka yang hanya bermain sandiwara semasa tempoh kempen demi bagi mendapatkan sokongan pengundi semata-mata," katanya.


Dalam pada itu, Rahmad berkata, kejayaan BN di Teluk Intan perlu dijadikan sebagai pemangkin kebangkitan sokongan rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Kerajaan BN khususnya UMNO perlu bertindak lebih agresif dalam mempertahankan agenda rakyat terutama kaum Melayu di negara ini.

"Mereka juga tidak harus terlalu berlembut serta bertolak-ansur dengan tindak-tanduk melampau pihak pembangkang yang sering memperlekehkan undang-undang mahupun agama Islam dan keharmonian kaum di negara ini," katanya.

Sementara itu, Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, kekalahan DAP di Teluk Intan menunjukkan protes penyokong terhadap kepemimpinan parti tersebut.

"Alasan tidak ramai yang keluar mengundi dan undi rosak me­lebihi jumlah undi majoriti hanya menggambarkan protes daripada penyokong DAP. Ini kerana parti tersebut meletakkan calon luar dan mengetepikan ahli sendiri yang berada di Teluk Intan," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Pengikut