Pengikut

Nuffnang

Rabu, 14 Mei 2014

Puteri Bahagian Segambut

sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


RapidKL Sediakan Perkhidmatan Bas Percuma Untuk Warga Petaling Jaya #!Malaysia

Posted: 14 May 2014 05:00 PM PDT


Perkhidmatan bas PERCUMA baru diperkenalkan mulai hari ini di Petaling Jaya setelah Kuala Lumpur memperkenalkan bas berwarna ungu Go KL, lebih setahun yang lalu.

Inisiatif Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan sokongan padu Rapid Bus Sdn Bhd memperkenalkan PJ City Bus Percuma ini bertujuan untuk menghubungkan rangkaian stesen-stesen RapidkL LRT & KTM Komuter.

Objektif utamanya sudah tentu untuk mengurangkan kadar trafik yang saban tahun meningkat naik dan dalam masa yang sama memupuk rakyat untuk menggunakan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama ke mana-mana destinasi.




Baca selanjutnya di REZQEENHILL


SP: Satu lagi kemudahan yang disediakan oleh RapidKL untuk warga Petaling Jaya. 

Ahmad Said Kembali ke pangkuan UMNO?

Posted: 13 May 2014 11:42 PM PDT


PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau kembali menyertai UMNO dan kesal atas apa yang berlaku.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar tadi.  Tengku Putera berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama dengan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan 13 ADUN Terengganu di Perdana Putra di sini. 

Tengku Putera mengetuai 14 ADUN Terengganuu mengadakan sidang media itu selepas mengadakan pertemuan khas dengan Najib di Bangunan Perdana Putera, pagi ini.

Rombongan yang diketuai Menteri Besar baharu Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Speaker DUN negeri, Mohd Zubir Embong.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


Sumber: Berita Harian online

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian