Jumaat, 23 Mei 2014

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


DAP tolak hudud, Pas tetap bersekongkol?

Posted: 23 May 2014 09:45 AM PDT


APA agaknya perasaan kita jika individu yang membantah keras hasrat kita - apa lagi terkena parti besar kita - hanya berada selang seorang daripada kita.

Dan individu itu pula memang 'totok' menentang ideologi parti kita. Agaknya kita nak bertentang mata dengannya tak?

Tetapi apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berganding tangan de­ngan Lim Guan Eng dan calon DAP kerusi Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh pada 12 Mei lalu di Pulau Pinang, apa pula agaknya perasaan para penyokong dan pengikut Pas? Bertepuk tangan, kagum atau terdetik meluat di hati?

Ramkarpal secara terbuka menentang hudud. Anak ketiga Karpal Singh ini awal-awal lagi tidak mahu dikaitkan dengan hudud.

Abdul Hadi seperti biasalah, ada sahaja jawapannya apabila ditanya tentang pendirian DAP itu termasuk yang terang-terang keluar dari mulut Ramkarpal.

"Pas tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh rakan dalam pakatan kerana kita 'tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR' untuk tidak melaksanakan undang-undang jenayah Islam itu," kata Abdul Hadi.

Di Teluk Intan, demikian juga nada yang datang daripada calon DAP di situ, Dyana Sofya. Dia pun sama sekali tidak akan menyokong hudud dalam usahanya untuk menjamin undi dan sokongan pengundi Cina. Malah, lagi teruk dan dangkal lagi kata calon DAP itu, dia memang menentang hudud dan DAP tidak pernah bersetuju dengan hudud kerana menganggap hudud adalah pemaksaan agama dan nilai-nilai Islam ke atas bukan Islam di negara ini.

Ke mana tahap pemahaman Islamnya, walhal hudud adalah penawar kepada banyak pe­nyakit sosial, jenayah dan pelbagai lagi?


Apabila 'kita' (merujuk kepada para penyokong Pas) mendengar ungkapan Abdul Hadi, kita barangkali boleh 'sejuk'. Tetapi itu cuma di bibir kerana faktanya Pas tidak pernah pun mengatasi DAP, apatah lagi PKR dari segi jumlah kerusi Parlimen dalam dua pilihan raya umum lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Mei tahun lalu, Pas di tangga tercorot. Cuma me­raih 21 kerusi Parlimen, berbanding DAP (38) dan PKR (21). Ini mengulangi pencapaian PRU-12, dengan posisi DAP (28), PKR (31) dan Pas, 23 kerusi.

Macam mana Abdul Hadi boleh me­ngatakan; "Kalau DAP dan PKR tidak bersetuju, kami jalankan sahaja hudud?" Eh! di Selangor tempoh hari apabila kerusi Pas mengatasi PKR di Dewan Undangan Ne­geri (DUN), Pas menikus sahaja dalam isu kedudukan menteri besar. Itu belum lagi isu-isu semasa dan lepas yang menyak­sikan Pas hanya umpama melukut di tepi gantang.

Maafkan penulis kalau bahasa yang digunakan agak kasar. Tetapi dalam hal ini, Abdul Hadi kena berterus-terang. Nyatakan yang betul dan fakta. Apakah Pas boleh melaksanakan hudud tanpa dukungan sekutu mereka, DAP dan PKR?

Pada PRU 2013 di kerusi yang kedapatan menara condong ala Pisa itu, calon BN, Datuk Mah Siew Keong menerima 74 peratus undi Melayu, 15 peratus undi Cina dan 50 peratus undi India meskipun BN kalah de­ngan 7,313 undi.

Kebanyakan undi untuk DAP datang dari kawasan DUN Pasir Bedamar sementara DUN Changkat Jong adalah kawasan BN.

Oleh itu, untuk menang, jentera pilihan raya BN perlu bekerja keras memandangkan sokongan orang Cina untuk BN telah berkurangan dengan banyaknya.

Di kawasan pilihan raya yang majoriti­nya Cina iaitu DUN Pasir Bedamar, sokong­an untuk BN hanya kira-kira 28 peratus sementara DAP mempunyai kelebihan 72 peratus atau 10,749 undi.

Dengan 57 peratus sokongan BN datang dari Changkat Jong, ia masih belum cukup untuk menandingi kelebihan 10,749 undi untuk DAP.

DUN Pasir Bedamar dan DUN Changkat Jong adalah dua kerusi di bawah Parlimen Teluk Intan. Pada PRU-13, BN memenangi kerusi Changkat Jong sementara Pasir Bedamar dimenangi DAP.

BN tidak mempunyai pilihan selain mendapatkan lebih banyak sokongan orang Melayu, apa lagi pengundi Cina seperti yang mereka lakukan sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.

Pengundi kerusi Teluk Intan boleh swing ke parti yang mereka sukai. Itupun jika kena pada kaedah berkempennya. Pada PRK 1997, Gerakan tewas di Teluk Intan dengan 2,916 undi tetapi pada PRU 1999, BN menawannya balik menerusi Siew Keong dengan 2,783 undi.

BN sekali lagi menerusi Siew Keong mengekalkan kerusi itu pada PRU 2004 dengan majoriti 9,836 undi. Cuma pada PRU 2008 dan 2013, BN melihat perubahan dalam pola pengundian dengan pengundi muda terutamanya di bawah umur 50 tahun mengundi DAP.

Di Teluk Intan, pengundi Melayu tentu sekali ada ramai dalam kalangan para penyokong Pas. Teliti dan fikirkanlah apa yang penulis utarakan di atas tadi.

Beristighfarlah banyak kali.

Warna-warni Politik
Torashah

Tiada ulasan:

Pengikut