Selasa, 20 Mei 2014

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Kit Siang Sentap Mic Halang Dyana Bercakap. Bukti Lembu Di Cucuk Hidung?

Posted: 20 May 2014 06:15 AM PDT


Seperti yang dijangka Dyana diperalatkan oleh Kit Siang untuk memainkan sentimen bangsa didalam kempen DAP. Rata rata berasa skeptikal dengan tindakan DAP menjadikan Dyana sebagai calon di Teluk Intan. Ramai beranggap ini semua satu lakonan oleh DAP untuk mengaburi sikap rasis chauvanis dan ultrakiasu..!

Semua ini terdedah didepan wartawan apabila Lim Kit Siang menarik mic dari Dyana apabila disoal mengenai Tunku Abdul Aziz Timbalan Setiausaha Agong DAP yang keluar parti.

Inilah kebebasan versi ultrakiasu chauvanis rasis DAP. Yang menjadi wakil rakyat mereka hanya seperti lembu dicucuk hidung.. Ini yang diidamkan oleh Dyana..?



AgendaDaily melapurkan, King control…Kit Siang tunjuk siapa bos depan Dyana?

Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP di PRK Parlimen Teluk Intan kena akui siapa boss atau ketua apabila dasar parti itu dipersoal.

Dan bagi memastikan dasar DAP serta komen-komen dibuatnya tidak menjejas imej parti itu, ahli parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang sentiasa mengiringi pekerjanya itu.

Kit Siang sentiasa memerhati serta mengawasi dari jarak dekat komen-komen setiausaha politiknya itu khusus membabitkan sidang media Dyana.

Komen-komen Dyana setakat ini menguntungkan DAP dikaca mata kaum Cina apabila Dyana seiring dengan dasar-dasar DAP seperti isu hudud, UiTM dan sebagainya.

Tetapi agak malang komen-komen terbuka Dyana nampaknya telah menghiris hati kaumnya sendiri kerana belum jadi wakil rakyat, dia sudahpun menunjukkan belangnya.

Pendek kata komen Dyana kurang disenangi dikalangan orang-orang Melayu. Ini nyata merugikan peluang mendapat undi dari pengundi berbangsa Melayu. Sokongan PAS padanya tidak bererti penyokong serta ahli PAS akan memberikannya undi.

Antara komen negatifnya mengenai isu UiTM yang mana menurutnya tidak patut ditubuhkan semata-mata untuk orang-orang Melayu—ini dasar rasis UMNO.

Menyedari komen ini membakar dirinya, Dyana dalam kenyataan media terbaru mencadangkan sebuah universiti ala-ala UiTM ditubuh untuk bangsa lain pula.

Sebelum ini Dyana mengkritik UiTM yang ditubuhkan hanya untuk orang-orang Melayu serta anak ahli-ahli UMNO sehingga mereka yang tidak berkelayakanpun diberi keutamaan.

Untuk rekod Dyana adalah pelajar UiTM dalam bidang undang-undang manakala ibunya pula ialah bekas Setiausaha kerja UMNO bahagian Ipoh timur di Perak.

Ibunya mengesahkan dia adalah ahli UMNO seumur hidup.

Sebelum itu (Sabtu) Kit Siang hadir di majlis pengumuman calon DAP yang diumumkan anaknya Lim guan Eng, begitu juga dalam banyak program dihadiri Dyana.

Pagi Selasa di sidang media Pusat Operasi Utama DAP berlaku 'adegan yang tidak ingin kita lihat' apabila Kit Siang tidak membenarkan Dyana jawab soalan wartawan yang ditujukan kepada calon DAP itu.

Perkara itu menjadi rungutan dikalangan wakil media kerana ditanya kepada orang lain, orang lain pulak menjawab.

Sidang media yang sepatutnya menjadi tempat untuk Dyana mempamerkan kebolehan menjawab soalan berdasarkan pemikiran sendiri terjadi sebaliknya.

Kisahnya begini, seorang wartawan bertanya soalan kepada Dyana iaitu, berkaitan dakwaan tindakan DAP mencalonkan beliau adalah untuk memperalat Melayu dan apakah Dyana bersedia untuk menerima apa yang terjadi terhadap Tungku Aziz jika berlaku pada dirinya."

Secara tiba-tiba Lim Kit Siang mengambil mikropon dan menjawab soalan berkenaan.

Tak puas hati dengan jawapan Kit Siang, wartawan itu terus 'shot' lagi bertanya apakah prinsip serta mampukah Dyana menerima apa yang terjadi terhadap Tungku Aziz.

Kit Siang mencelah lagi dan mengajukan semula soalan kepada wartawan berkenaan "adakah anda tahu apa yang terjadi terhadap Tunku Aziz?

Pada masa sama ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo dan ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mencelah dan membidas soalan wartawan berkenaan.

Akhirnya tiada jawapan daripada mulut Dyana. Bukan itu saja, persoalan tadi tidak dijawab sepenuhnya oleh DAP. Sidang media tamat.

Rumusan pihak media ialah Dyana seperti tidak bebas bersuara sebaliknya dipantau dan diperhati.

Yang nyata Kit Siang seperti takut jawapan Dyana akan menjejaskan imej parti.

Selama ini Dyana mengikut rentak DAP termasuk dalam isu hudud yang mana apabila ditanya media Dyana berkata jika terpilih sebagai ahli parlimen Teluk Intan, dia akan mengundi mengikut DAP.

Ironinya PAS tidak hirau komen atau reaksi DAP dan Dyana sebaliknya secara terbuka menyokong Dyana sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan pada hujung bulan ini.

PAS sebelum ini memperlihat sokongan apabila Timbalan Presidennya Mat Sabu hadir di majlis pengumuman calon oleh Guan Eng Sabtu lalu.

Sikap terbaru PAS juga memeningkan kepala para penyokongnya di Teluk Intan apabila Naib Presidennya Salehuddin Ayub juga secara terbuka dipetik berkata:

"PAS menyokong Dyana di Teluk Intan.

Katanya PAS tidak boleh menghalang hak Dyana untuk mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada partinya meskipun ia bersifat penentangan terhadap apa yang diperjuangkan PAS.

"Ini bukan perkara baru. Merujuk pada DAP sejak hari pertama kita kenal,mereka memang tidak pernah sokong hudud. Namun ini tidak menggugat pendirian PAS terus bersama DAP dalam perkara-perkara yang diperjuangkan bersama, juga tidak akan menjejaskan usaha PAS untuk terus perjuangkan hudud.

"Dyana calon DAP, tentu dia sokong pendirian parti dia. Takkan dia buat kenyataan sokong PAS."

Warna-warni politik
Torashah..

Tiada ulasan:

Pengikut