Pengikut

Nuffnang

Isnin, 24 Jun 2013

Puteri Bahagian Segambut

0 ulasan
sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


Diam-diam Ubi Cina Berisi Ketamakan?

Posted: 24 Jun 2013 10:50 PM PDT

Pasca Pilihanraya Umum 13 (PRU13) memperlihatkan truth color of racist yang dipersembahkan oleh kaum-kaum Cina yang berkepentingan, gila kuasa dan tidak mempercayai orang Melayu.

Adakah perkara ini disedari oleh orang Melayu? Atau sebenarnya kita sedar tetapi sengaja buat-buat tidak nampak atau kita masih lagi mempercayai mereka dan berharap mereka akan kembali menyokong kita semula.

Isyarat menolak parti kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin jelas kelihatan selepas PRU12 pada tahun 2008 dan hasilnya pada PRU13 yang lepas hanya 3% sahaja orang Cina di Malaysia meletakkan kepercayaan mereka kepada BN atau dalam perkiraan mudahnya 3 : 10 (setiap 10 org Cina hanya 3 org mengundi BN).

Apa yang kita tidak pernah hairankan ialah mereka mempunyai agenda dan master plan tersendiri. Mungkin mereka yang begitu hampir dengan kita ('sahabat' baik) sengaja mendiamkan diri dan hanya membiarkan kerajaan Melayu bertungkus lumus melayan serta melawan desakan Cina Pembangkang mencuri hak-hak milik anak cucu kita nanti.

Tetapi adakah mereka yang kononnya sahabat baik kita hari ini benar-benar ikhlas menolak prejudis perkauman yang dinyalakan oleh Cina DAP. Saya fikir, para pembaca sudah mendapat jawapan kepada persoalan saya sepanjang tempoh 'pergolakan' politik dari tahun 2008 sehingga ke hari ini. Daripada 100 orang Cina di sini, hanya 20 orang saja yang bersetuju tidak akan menyentuh hak-hak yang tidak boleh diusik.

Diam-diam mereka sebenarnya berisi emas dan ketamakan untuk mencari kesamarataan kononnya. Tetapi adakah sahabat baik kita ini turut berada dalam kelompok 20 orang yang disebutkan tadi? Pasti pembaca mempunyai jawapannya juga kan.

Kebangkitkan suara Cina DAP akhir-akhir ini amat memeranjatkan dan ternyata mereka berjaya menarik sokongan ramai terutama sahabat-sahabat baik kita. Namun sokongan terhadap Cina DAP oleh sahabat kita tidak ditunjukkan secara terbuka, mereka bercakap-cakap di dalam kelambu. Demontrasi jalanan yang dianjurkan oleh Cina DAP juga disokong secara senyap tetapi sahabat kita tidak akan bersuara menentang atau mengeji tindakan biadap adik beradik mereka di dalam Pakatan.

Andai master plan mereka ini terbocor ataupun mereka dilihat bersama-sama di dalam setiap usaha Cina DAP, maka Melayu akan bangkit dan menolak sahabat kita di kala mereka memerlukan kita untuk kepentingan diri mereka. Dengan mendiamkan diri seperti hari ini, mereka telah berjaya memecahbelahkan sokongan Melayu kepada beberapa parti politik dengan usaha keras oleh bangsa kita sendiri.

Seperkara yang menariknya lagi adalah seteruk mana kita dikenakan, dicerca, diherdik, ditipu atau dihina oleh Cina DAP and the gang, kita tetap masih memaafkan mereka kerana bangsa kita tidak pernah menyimpan dendam kepada kaum lain. Kita hanya berdendam sesama bangsa dan agama.

Dek kerana itulah mereka takut jika Melayu & Islam bersatu untuk menentang sesuatu perkara tapi adakah Melayu sedar akan hal itu?

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

0 ulasan
sumber :-

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Antara Jauhi Jerebu & Mati Syahid, Rakyat Sebenarnya Sudah Bosan Dengan Anwar?

Posted: 24 Jun 2013 01:02 AM PDT


Sungguh melucukan dan luar biasa. Bukan kerana Pakatan gagal mengumpul sejuta orang. Kita tahu tidak mungkin mereka boleh mengumpul sejuta orang. Namun yang melucukan kali ini 10 ribu pun tidak sampai. Inilah kali pertama Pakatan gagal mengumpul sekurang-kurangnya 20 ribu orang dalam himpunan haram besar-besaran membabitkan Anwar Ibrahim.

Ini kerana, peserta yang hadir ke 'acara buang masa' ini pun dicatatkan hampir 9,000 orang sahaja sehingga jam 6.30 petang tadi. Ini tersasar jauh dari jangkaan awal pemimpin-pemimpin tertinggi PR yang begitu berapi-rapi ketika bercakap dan mencanang gembira himpunan kali ini akan mendapat sambutan yang luar biasa.

Ternyata, 'Blackout 505′ tidak mendapat sambutan seperti himpunan-himpunan haram yang sebelum ini dilakukan oleh PR.

Sebenarnya, untuk sandiwara PR kali ini, rakyat sudah semakin bijak untuk menilai dan membuka mata perangai sebenar pemimpin-pemimpin PR.

Mana tidaknya, dalam keadaan negara kita lebih-lebih lagi bandaraya Kuala Lumpur dilanda jerebu yang teruk, ia menunjukkan seolah-olah pemimpin PR mempunyai fikiran yang dangkal.

Keadaan berjerebu masih berterusan dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin merisaukan dari sehari ke sehari. Di Pelabuhan Klang sahaja hari ini menjadi kawasan terbaru mencatatkan IPU tidak sihat dengan bacaan 108.

Boleh dikatakan, keadaan jerebu ketika ini adalah yang terburuk yang pernah melanda Malaysia pada tahun 2005 dan 2010 di mana bacaan IPU mencecah paras yang tertinggi.

Pemimpin-pemimpin PR terlalu dangkal pemikiran mereka kerana tidak langsung memikirkan kesihatan penyokong-penyokong mereka bila mana masih lagi tetap mahu meneruskan himpunan hari ini.

Walaupun rakyat disogok dengan 'janji' oleh Husam Musa, apabila mati dalam himpunan ini akan selayaknya digelar sebagai 'mati syahid', sekali lagi rakyat tidak bodoh untuk berfikir.

Layaklah untuk dikatakan sebagai seseorang itu 'gila' jika ada yang mempercayai kata-kata Husam tentang 'mati syahid' dalam 'Balckout 505′. Apakah matlamat 'Blackout 505′ adalah menegakkan agama Islam? Atau memerangi sesuatu penyakit yang hingga mampu membawa kepada kematian seperti taun?

Cukuplah mereka telah dibodohkan dalam himpunan Bersih 1, 2 dan 3, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), dan himpunan-himpunan lain. Hasilnya, mereka sudah letih dan jemu dengan laungan mulut dari pemimpin PR yang tidak habis-habis berunsurkan hasutan dan cacian sahaja. Yang menguntungkan hanyalah pemimpin PR, bukannya rakyat.

Jadi, untuk himpunan kali ini, rakyat sudah celik akal dan hati untuk menilai. Mereka memilih untuk menjauhkan diri dari penyakit seperti sesak nafas, demam, batuk kering dan sebagainya akibat terdedah kepada jerebu.

Yang jelas, rakyat tidak mahu langsung memilih jalan 'mudah' untuk 'mati syahid'.

Jangan pula sekiranya selepas ini ada peserta himpunan yang sakit teruk akibat jerebu selepas seharian terdedah dengan jerebu, Husam akan keluarkan fatwa baru, 'Oh, dia mati syahid sebab berani melawan jerebu demi negara!' Gila.

Hakikatnya, ramai penyokong sendiri sudah bosan dengan Anwar Ibrahim. Orang lain mahu meneruskan kehidupan bukannya meneruskan protes ala Indonesia.

Warna-warni Politik
Torashah

Sayap Parti

Bahagian