Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak |
Antara Jauhi Jerebu & Mati Syahid, Rakyat Sebenarnya Sudah Bosan Dengan Anwar? Posted: 24 Jun 2013 01:02 AM PDT Sungguh melucukan dan luar biasa. Bukan kerana Pakatan gagal mengumpul sejuta orang. Kita tahu tidak mungkin mereka boleh mengumpul sejuta orang. Namun yang melucukan kali ini 10 ribu pun tidak sampai. Inilah kali pertama Pakatan gagal mengumpul sekurang-kurangnya 20 ribu orang dalam himpunan haram besar-besaran membabitkan Anwar Ibrahim. Ini kerana, peserta yang hadir ke 'acara buang masa' ini pun dicatatkan hampir 9,000 orang sahaja sehingga jam 6.30 petang tadi. Ini tersasar jauh dari jangkaan awal pemimpin-pemimpin tertinggi PR yang begitu berapi-rapi ketika bercakap dan mencanang gembira himpunan kali ini akan mendapat sambutan yang luar biasa. Ternyata, 'Blackout 505′ tidak mendapat sambutan seperti himpunan-himpunan haram yang sebelum ini dilakukan oleh PR. Sebenarnya, untuk sandiwara PR kali ini, rakyat sudah semakin bijak untuk menilai dan membuka mata perangai sebenar pemimpin-pemimpin PR. Mana tidaknya, dalam keadaan negara kita lebih-lebih lagi bandaraya Kuala Lumpur dilanda jerebu yang teruk, ia menunjukkan seolah-olah pemimpin PR mempunyai fikiran yang dangkal. Keadaan berjerebu masih berterusan dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin merisaukan dari sehari ke sehari. Di Pelabuhan Klang sahaja hari ini menjadi kawasan terbaru mencatatkan IPU tidak sihat dengan bacaan 108. Boleh dikatakan, keadaan jerebu ketika ini adalah yang terburuk yang pernah melanda Malaysia pada tahun 2005 dan 2010 di mana bacaan IPU mencecah paras yang tertinggi. Pemimpin-pemimpin PR terlalu dangkal pemikiran mereka kerana tidak langsung memikirkan kesihatan penyokong-penyokong mereka bila mana masih lagi tetap mahu meneruskan himpunan hari ini. Walaupun rakyat disogok dengan 'janji' oleh Husam Musa, apabila mati dalam himpunan ini akan selayaknya digelar sebagai 'mati syahid', sekali lagi rakyat tidak bodoh untuk berfikir. Layaklah untuk dikatakan sebagai seseorang itu 'gila' jika ada yang mempercayai kata-kata Husam tentang 'mati syahid' dalam 'Balckout 505′. Apakah matlamat 'Blackout 505′ adalah menegakkan agama Islam? Atau memerangi sesuatu penyakit yang hingga mampu membawa kepada kematian seperti taun? Cukuplah mereka telah dibodohkan dalam himpunan Bersih 1, 2 dan 3, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), dan himpunan-himpunan lain. Hasilnya, mereka sudah letih dan jemu dengan laungan mulut dari pemimpin PR yang tidak habis-habis berunsurkan hasutan dan cacian sahaja. Yang menguntungkan hanyalah pemimpin PR, bukannya rakyat. Jadi, untuk himpunan kali ini, rakyat sudah celik akal dan hati untuk menilai. Mereka memilih untuk menjauhkan diri dari penyakit seperti sesak nafas, demam, batuk kering dan sebagainya akibat terdedah kepada jerebu. Yang jelas, rakyat tidak mahu langsung memilih jalan 'mudah' untuk 'mati syahid'. Jangan pula sekiranya selepas ini ada peserta himpunan yang sakit teruk akibat jerebu selepas seharian terdedah dengan jerebu, Husam akan keluarkan fatwa baru, 'Oh, dia mati syahid sebab berani melawan jerebu demi negara!' Gila. Hakikatnya, ramai penyokong sendiri sudah bosan dengan Anwar Ibrahim. Orang lain mahu meneruskan kehidupan bukannya meneruskan protes ala Indonesia. Warna-warni Politik Torashah |
You are subscribed to email updates from UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan