Jumaat, 12 April 2013

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Manifesto BN Ternyata Mampu Mensejahtera Rakyat #GE13 #ManifestoBN #APromiseOfHope #BetterNation

Posted: 12 Apr 2013 01:00 AM PDT




Manifesto akujanji Barisan Nasional (BN) ternyata menerima sambutan hangat pelbagai lapisan masyarakat dan juga pelbagai bangsa.

Rakyat Malaysia mula menyedari hanya dengan pemerintahan BN mereka akan berupaya menikmati taraf hidup dan kebahagian yang lebih selesa, bukan sahaja masyarakat biasa, tetapi juga bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan.

Kemampanan ekonomi negara juga menjadikan banyak penganalisis ekonomi meramalkan manifesto akan memacu ekonomi Malaysia ke arah yang lebih baik sekaligus mendorong kepada status Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Buktinya, pelbagai pihak, termasuk media cetak, elektronik, termasuk laman-laman sosial membicarakan manifesto BN, terutamnay berkenaan Bantuan Rakyat 1 malaysia (BR1M), dan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun BN memerintah.

Berbanding 150,000 unit rumah dalam janji manifesto Pakatan Rakyat, ternyata BN jauh mengatasi mereka dari aspek perancangan dan pelaksanaan manifesto.

Berbeza dengan manifesto bukan janji PR, mereka hanya menumpu kepada persoalan menurunkan segala macam benda tanpa memikirkan impak ekonomi makro terhadap negara.



BN sebaliknya selain membantu kos sara hidup rakyat dengan bantuan-bantuan one-off, mereka juga memikirkan kaedah terbaik untuk terus membantu rakyat tanpa merisikokan ekonomi negara.

Dengan iklim ekonomi dunia yang perlahan dan kelembapan ekonomi di Eropah, pemikiran di luar kotak amat diperlukan bagi memastikan Malaysia terus mempunyai pertumbuhan ekonomi yang mapan.

Ternyata, transformasi Datuk Seri Najib Razak sejak beberapa tahun ini menunjukkan kejayaan apabila ekonomi negara terus berkembang sebanyak 5 peratus, malah negara luar turut terkejut degan perkembangan yang menurut mereka "di luar jangkaan".



Perkara itu bagaimanapun tidak diuatarakan pembangkang, sebaliknya lebih mempolitikkan isu manifesto seolah-olah manifesto mereka adalah yang terbaik, sedangkan tanpa manifesto pun, BN sebenarnya telah berjaya menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya saing dan mapan.

BR1M ternyata memberikan impak ekonomi yang memberangsangkan apabila meningkatkan permintaan sekaligus mewujudkan proses jual beli yang rancak dalam ekonomi sehingga memungkinkan kitaran ekonomi domestik negara bergerak. Ini memberikan kesan besar, terutamanya peluang pekerjaan dan 'supply and demand' dalam konsep ekonomi.

Manifesto yang dilancarkan BN baru-baru ini juga dijangkakan akan memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik sekaligus menjadikan kuasa beli rakyat meningkat dan bakal mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik.

Jelas terpampang di media massa bahawa pakar ekonomi meyakini manifesto BN melebihi manifesto pembangkang.

Tanpa perancangan ekonomi dan hala tuju ekonomi yang kukuh, manifesto PR dilihat umpama sampah yang tidak mempunyai hasil sebaliknya akan menyebabkan negara muflis.

Jelas kelihatan betapa BN memikirkan setiap aspek kehidupan sehingga membolehkan manifesto itu dirangka dengan sebegitu baik tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

Daripada aspek kos kehidupan, perumahan, pendidikan, warga emas, pengangkutan dan sebagainya, termasuk kehijauan alam, BN tidak langsung mengabaikan mana-mana aspek.

Sebaliknya mengambil pendekatan rakyat didahulukan bagi membolehkan pencapaian negara melonjak ke paras yang lebih baik.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


FROM:MR ABDUL HAMZA

Posted: 11 Apr 2013 04:26 PM PDT



FROM:MR ABDUL HAMZA
BILL AND EXCHANGE MANAGER,
AFRICAN DEVELOPMENT BANK (A D B)
OUAGADOUGOU BURKINA-FASO.


Dear Friend,

(PRIVATE & CONFIDENITAL)

Before I introduce myself, I wish to inform you that this letter is not a hoax mail and I urge you to treat it serious. This letter must come to you as a big surprise, but I believe it is only a day that people meet and become great friends and business partners.

I am ABDUL HAMZA the MANAGER in charge of BILL AND EXCHANGE section of AFRICAN DEVELOPMENT BANK (A D B) Ouagadougou Burkina-Faso in West Africa.With due respect and regard I have decided to contact you on a business transaction that will be very beneficial to both of us at the end of the transaction.

During our investigation and auditing in this bank, my department came across a very huge sum of money belonging to a deceased person who died on November 2004 in a plane crash and the fund has been dormant in his account with this Bank without any claim of the fund in our custody either from his family or relation before my discovery to this development.

Although personally, I keep this information secret within myself to enable the whole plans and idea be Profitable and successful during the time of execution. The said amount was sum of $ TWENTY TWO MILLION THREE HUNDRED THOUSAND UNITED STATES DOLLARS ($22.3m)

Meanwhile all the whole arrangement to put claim over this fund as the Bonafide next of kin to the deceased, get the required approval and transfer this money to a foreign account has been put in place and directives and needed information will be relayed to you as soon as you indicate your interest and willingness to assist me and also benefit your self to this great business opportunity.

In fact I could have done this deal alone but because of my position in this country as a civil servant(A Banker),we are not allowed to operate a foreign account and would eventually raise an eye brow on my side during the time of transfer because I work in this bank. This is the actual reason why it will require a second party or fellow who will forward claims as the next of kin to the Bank and also present a foreign account where he will need the money to be re-transferred into on his request as it may be after due verification and clarification by the correspondent branch of the bank where the whole money will be remitted from to your own designation bank account.I don't want this money to go into the Bank treasury as unclaimed Bill.Our Banking law and guideline here stipulates that if such money remained unclaimed after six years, the money will be transferred into the Bank treasury as unclaimed fund.The request of foreigner as next of kin in this business is occasioned by the fact that the customer was a foreigner and a Burkinabe cannot stand as next of kin to a foreigner.

I will not fail to inform you that this transaction is 100% risk free. On smooth conclusion of this transaction, you will be entitled to 30% of the total sum as gratification, while 10% will be set aside to take care of expenses that may arise during the time of transfer and also telephone bills, while 60% will be for me. Please, you have been adviced to keep "top secret" as I am still in service and intend to retire from service after I conclude this deal with you.

I will be monitoring the whole situation here in this bank until you confirm the money in your account and ask me to come down to your country for subsequent sharing of the fund according to percentages previously indicated and further investment, either in your country or any country you advice us to invest in.

All other necessary vital information will be sent to you when I hear from you.
I look forward to receive your email.

Yours faithfully,
Mr ABDUL HAMZA HOME ADDRESS:288 QUEZIN
FERDINAND AVENUE OUAGADOUGOU

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


BERITA Published: Jumaat April 12, 2013 MYT 9:10:00 PM Updated: Khamis April 11, 2013 MYT 11:30:28 PM Kepincangan Pakatan Pembangkang Serlah Kelemahan Parti – Hasan Ali

Posted: 11 Apr 2013 07:52 PM PDT

Kepincangan pakatan pembangkang dari segi moral, akidah dan kepimpinan dilihat semakin kritikal sehingga menampakkan kelemahan parti itu sendiri yang kini tidak mampu disembunyikan lagi. Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali berkata kelemahan pakatan pembangkang itu jelas sekali menunjukkan … Continue reading

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


SKEPS ganti PDRM sewaktu PRU13 nanti?

Posted: 12 Apr 2013 07:43 AM PDT


Jika dahulunya mereka ada mempunyai skuad khas yang menggelarkan diri mereka Unit Amal namun sekarang TIDAK lagi mereka mempunyai unit yang dikenali sebagai SKEPS.Menyerupai ala-ala pasukan PDRM,pasukan ini dipercayai akan ditugaskan untuk memeriksa kad pengenalan para pengundi-pengundi.Hebatkan pasukan ini.Setahu aku,sewaktu proses pembuangan undi dijalankan,hanya pihak SPR dan pihak PDRM sahaja yang BOLEH meminta dan memeriksa kad pengenalan para pengundi.Kenapa pula pihak SKEPS yang lakukannya?Besar betul kuasa ahli SKEPS ni.

Kes LIWAT terkini DSAI dan Mustafa Ali..mana best?

Posted: 11 Apr 2013 07:22 PM PDT

Apa nak jadi dengan para pemimpin pakatan rakyat ni..belum pun reda isu Mustafa Ali "main" dengan minah Indon..tup tup keluar satu laporan POLIS mengatakan bahawa ada seorang mamat ni telah dilawati dan diliwati oleh Anuar Wal Juburi.Laporan POLIS ini dibuat di Kerteh sementara kejadian berlaku disekitar hotel di Kuala Lumpur.Pergh..semakin menarik ni..pembongkaran demi pembonkaran kisah-kisah para pemimpin Pakatan Rakyat telah didedahkan
Allah itu Maha Kaya..yang salah tetap bersalah,sedikit demi sedikit kebenaran ditunjukkan oleh Nya.

Adakah ini benar atau game pihak pembangkang yang ingin menagih simpati serta mengalihkan perhatian terhadap isu Lahad Datu,dan Mustafa Ali?


PHILIP TAN dan ABDULLAH SANI pinggirkan rakyat demi kepentingan peribadi.Inikah ciri-ciri pemimpin?

Posted: 11 Apr 2013 10:16 AM PDT


Tak faham atau pura-pura tak faham.Jelas rakyat dah menolak kedua-dua pemimpin ini dari menjadi calon PRU 13 nanti.Namun suara rakyat TIDAK diendahkan.Bagi kedua-dua pemimpin ini iaitu Philip Tan(bekas ADUN Teluk Datuk) dan Abdullah Sani(bekas Ahli Parlimen Kuala Langat)suara rakyat sudah lagi TIDAK relevan.Masih mengganggap bahawa kedua-dua bekas pemimpin ini akan menang dengan selesa dan berpeluang cerah untuk menjadi pemimpin lagi.Ingat!kuasa rakyat adalah kuasa yang digeruni oleh para pemimpin.Kalau dah tak mahu dengar keluhan rakyat baik tak payah jadi pemimpin.Terkini,di sekitar kawasan Jenjarom dan sekitar pekan Banting telah penuh dengan poster-poster yang mahu mengekalkan mereka sebagai pemimpin di DUN Teluk Datuk dan Parlimen Kuala Langat.Ibarat isi bakul sendiri dan kemudian mengangkatnya pun sendiri.Persoalannya sekarang,masih ada lagikah pengikut kedua-kedua bekas pemimpin ini?



Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Protes Bendera Hitam: Pas Kedah Semakin Tenat? #GE13 #TolakPR #SaveKedah

Posted: 11 Apr 2013 11:00 PM PDT





Drama pepecahan Pas di Kedah bersambung lagi, kali ini semakin parah. Peperangan diantara puak penyokong Phahrolrazi dan Azizan Razak semakin terbuka dengan jentera dan sokongan dari pihak masing-masing.


Penulis diberitahu dibeberapa tempat kawasan kuat Pas. Bilik Gerakan Peti Undi Pas telah ditutup kerana usaha memboikot Menteri Besar Kedah dan mereka meminta campur tangan Pas pusat.

Selain daripada 11 DUN yang membantah Azizan sebagai pesuruhjaya Pas Pas Kedah. Beberapa peti undi luar dari kawasan tersebut juga turut menutup bilik gerakan mereka seperti di Langkawi, Kuala Kedah, Baling dan beberapa tempat lain.

Menutup bilik gerakan peti undi adalah satu tindakan tragis dan kritikal bagi sesuatu tempat. Jika tiada bilik gerakan dipeti undi terbabit, kemungkinan besar jentera bagi kawasan tersebut akan lumpuh.

Semua ini berlaku disebabkan percakaran dalam diam diantara Phahrolrazi exco derhaka dengan Menteri Besar Kedah paling malang dalam sejarah si Azizan Razak. Masalah dalaman yang tidak mampu diselesaikan oleh Pas pusat, sebenarnya hanya disorokan bawah permaidani (seolah-olah begitu).

Masalah dalaman yang begitu teruk jika tidak diselesaikan lama kelamaan ianya akan meletup juga. Bangkai gajah mana boleh ditutup, tetap akan berbau akhirnya.

Mungkin Pas pusat menganggap semua ini boleh diselesaikan selepas PRU, namun kegilaan Phahrol dan orangnya untuk berkuasa menyebabkan Pas Kedah kini huru-hara. Masakan tidak Phahrol berani memberi kenyataan bahawa dia telah bersedia menjadi Menteri Besar Kedah yang baru.

Tanda pepecahan dalaman Pas Kedah makin nazak apabila muncul dua warna bendera Pas. Satu hijau, satu lagi hitam. Bendera Pas warna hitam sebenarnya dikatakan mewakili warna pemberontak (geng Phahrol).

Malah baru-baru ini, dimana ada bendera Pas warna hitam, disitu juga naik kain rentang menolak Azizan sebagai Menteri Besar. Penulis diberitahu, yang memasang kain rentang tolak Azizan tu juga adalah ahli Pas yang memberontak.

Jika pembaca tidak percaya, boleh pergi kekawasan Sungai Limau dan sekitar parlimen Jerai dikawasan tersebut banyak kain rentang dan bendera Pas hitam dinaikan. Malah puak pemberontak Pas akan memasang lebih banyak dikawasan lain.

Malah dikawasan Baling juga terdapat beberapa tempat bendera Pas hitam dinaikan. Apakah ini petanda awal Pas Kedah akan hancur sebelum DUN Kedah dibubarkan? Mustahil Pas Pusat dapat menyelesaikan masalah ini tanpa Azizan undur dari jadi MB.

Apakah Azizan akan mengalah dengan serangan psikologi puak pemberontak Pas? Atau Pas pusat mempunyai idea lain yang lebih bernas untuk menyelesaikan masalah Pas Kedah. Sama-sama kita lihat, apa yang akan terjadi selepas ini.

ikuti cerita selanjutnya di SINI

P117 Segambut Bakal Ditawan BN #GE13 #BN4WP @Segambut13

Posted: 11 Apr 2013 09:38 PM PDT



Kerusi Parlimen Segambut dijangka antara kerusi panas yang menjadi rebutan di Kuala Lumpur memandangkan ia adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Kerusi ini akhirnya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) selepas calonnya dari DAP, Lim Lip Eng menang buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.

Kemenangan Lip Eng yang juga pertama kali bertanding mencuba nasib di kawasan parlimen itu sungguh mengejutkan dan mungkin dibantu oleh faktor 'tsunami politik' melanda ketika itu. Beliau menang dengan majoriti besar undi sebanyak 7,732 di kawasan majoriti pengundinya Cina di mana lawannya ketika itu adalah Ma Woei Chyi daripada BN. Pada PRU13 akan datang, Lip Eng dijangka diletakkan sekali lagi sebagai calon untuk mempertahankan kerusinya itu.

Lawan yang menantinya berkemungkinan adalah Pengerusi Penyelaras BN Segambut, Jayanthi Devi Balaguru daripada Gerakan.Jayanthi bukan calang-calang calon kerana beliau juga menyandang jawatan sebagai Setiausaha Agung Gerakan serta Ketua Wanita Gerakan Wilayah Persekutuan. Atas faktor itu juga kemungkinan beliau dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Pengerusi BN. Walaupun pada asalnya Jayanthi adalah dari Cheras tetapi pasti ada kekuatan yang menyebabkan beliau kemungkinan dipilih sebagai calon BN di Segambut.

Tambah menarik lagi, Jayanthi dan Lip Eng merupakan peguam maka saingan antara kedua-duanya pasti sengit memandangkan mempunyai pengetahuan luas berkaitan undang-undang lebih-lebih lagi ketika mahu membantu masyarakat.

Masyarakat di Parlimen Segambut pula rata-rata terdiri daripada golongan profesional yang intelektual dan bijak menilai parti yang mana lebih banyak mengambil tahu masalah di parlimen tersebut dan bersedia menyelesaikan masalah penduduk.

Lim Lip Eng sepanjang penggal perkhidmatan beliau sebagai wakil rakyat di Parlimen Segambut dilihat tidak membawa apa-apa perubahan di Segambut malahan kelibat beliau hanya nampak aktif turun padang bertemu masyarakat kebelakangan ini sahaja. Beliau lebih banyak dilihat terlibat dengan isu-isu nasional seperti LYNAS dan Himpunan Hijau sedangkan Barisan Nasional di bawah Jayanthi dilihat telah menyusun gerak kerja membantu masyarakat sejak empat tahun lalu bagi memastikan BN kembali menawan Segambut.

Tidak mustahil bagi Jayanthi yang dikenali sebagai "The Black Kuan Yin" untuk mengembalikan Parlimen Segambut ke tangan Barisan Nasional memandangkan sebelum ini parlimen tersebut adalah antara kubu kuat BN dan kemenangan Lim Lip Eng pada tahun 2008 adalah lebih kepada faktor bantuan "tsunami politik Malaysia" sahaja.

Walaupun, Jayanthi berbangsa India diletakkan di kawasan majoriti penduduk Cina tetapi ia tidak dilihat sebagai halangan atau kelebihan buat parti lawan. Malah beliau dilantik sebagai penasihat kepada enam tokong di parlimen tersebut menunjukkan kewibawaannya membantu masyarakat berbilang kaum dan agama. 

Apa pun, siapa sahaja yang diletakkan oleh BN untuk merebut kerusi tersebut daripada DAP pastinya akan memberikan tentangan sengit kerana DAP pula pastinya mahu meneruskan penguasaan mereka di kawasan parlimen itu  dan tidak mahu membenarkan BN kembali merebut kerusi itu.

Adakah penjawat awam akan terima Pakatan Rakyat setelah diherdik tanpa henti #ManifestoBN #APromiseOfHope #Betteration #Ge13

Posted: 11 Apr 2013 12:30 AM PDT





Penjawat awam dikenali sebagai pelaksana dasar dan cerminan kepada penradbiran sesebuah kerajaan, malah melalui khidmat mereka negara akan berjaya memastikan urusan pentadbiran dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan efisyen dan berkesan. Justeru kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak menyedari perkara itu lantas memberikan pelbagai imbuhan dan insentif sebagai satu kaedah untuk mengiktiraf kumpulan penjawat awam di negara ini yang berjumlah sekitar 1.4 juta.

Tindakan pembangkang yang sebelum ini mahu mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya diberi kuasa mentadbir Putrajaya nyata menimbulkan bantahan banyak pihak. Amat menyedikan melihat aksi penyokong Pakatan Rakyat ketika himpunan Bersih memukul dan menghina pasukan keselamatan sebagai anjing kerajaan, sedangkan golongan itu adalah kumpulan pertama yang akan dicari mereka sekiranya berlaku kesusahan.

Pemimpin-pemimpin mereka juga pernah mengeluarkan kenyataan menghina penjawat awam sebagai "pemalas" "lembab" dan banyak lagi. Nurul Izzah pernah mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan memanggil mereka sebagai 'Polis Hutan'.

Katanya, Polis Hutan tugasnya adalah melawan komunis dan oleh kerana komunis telah tiada, maka penghantaran pasukan ini ke sana adalah tidak relevan sama sekali. Selain 'Polis Hutan', Nurul Izzah juga mempertikaikan penghantaran Cawangan Khas atau Special Branch (SB) untuk menangani krisis Sabah.

Menurut Nurul Izzah, tugas SB ialah mencari 'budak hilang'.Justeru, katanya, SB harus dihapuskan dan jadikan mereka semua sebagai Pegawai Penyiasat. Sedangkan, sebenarnya beberapa pasukan PDRM yang dihantar ke Sabah adalah Unit Cawangan Khas, Pasukan Operasi Khas dan Pasukan Gerakan Am. Pasukan Polis Hutan yang diperkatakan Nurul Izzah adalah tidak wujud lagi atas sebab yang disebut oleh Nurul Izzah sendiri iaitu tamatnya insergensi komunis.

Pecahan Kumpulan Penjawat Awam Yang Terbesar di Sektor Awam meliputi beberapa sektor; Sektor pendidikan (400,000); Sektor pertahanan (300,000); Sektor keselamatan (100,000 Polis+ Bomba + Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) + Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 3 (JPA3), dan Sektor kesihatan (50,000 Doktor + Jururawat)

Dengan jumlah sedemikian ia menjadikan ratio purata nisbah penjawat awam adalah antara yang tertinggi berbanding negara ASEAN yang lain, iaitu sekitar 4.68 peratus. Dengan jumlah penjawat awam yang besar, barulah kerajaan dapat melaksanakan setiap polisi dan dasar yang diperkenalkan secara menyeluruh dan berkesan.

Malah, janji PR untuk mengecilkan saiz penjawat awam juga menimbulkan persoalan, adakah disebabkan jumlah majoriti penjawat awam adalah Melayu dan Bumiputera maka mereka mahu mngecilkan saiz mereka? ataupun disebabkan mereka sedar bahawa majoriti penjawat awam hari ini menyokong kerajaan BN?

Sementara diherdik dan dimaki, kerajaan BN terus membela nasib penjawat awam dalam manifesto mereka dengan menambah insentif dan imbuhan kepada mereka. DAP kata penjawat awam lembab, Nurul Izzah pula mahu kurangkan anggota polis.

Latheefa Koya meroyan maki penjawat awam. Adakah ini cara Pakatan Rakyat ambil hati kakitangan awam? Kena pijak, maki, cerca, tuduh macam-macam. Penjawat awam tu manusia, bukannya haiwan!

Sudah jelas Manifesto BN lebih beri banyak faedah kepada penjawat awam daripada manifesto Pakatan. Penjawat awam lebih yakini BN kerana Pakatan Rakyat tidak tepati janji. Pakatan Rakyat lebih gemar mengherdik penjawat awam daripada menjaga hati dan kebajikan mereka.

Sekiranya berjaya memerintah Putrajaya, dan PR akan mengecilkan saiz penjawat awam, kita boleh membayangkan berapa ramai daripada mereka yang akan dipecat dan berapa ramai pula anak-anak muda terpaksa mengganggur akibat dipecat. Sebelum kita terpaksa melukut di tepi gantang, diharapkan penjawat awam berupaya untuk berfikir secara menyeluruh apa yang dilakukan kerajaan BN, dan apa yang akan dilakukan PR sekiranya memerintah.

 Baca lagi di SINI

Bukti Rakyat Yakini #ManifestoBN #Ge13 #Vote4BN

Posted: 10 Apr 2013 11:28 PM PDT



Selepas beberapa pakar ekonomi daripada pelbagai bidang meyakini manifesto Barisan Nasional (BN), ia turut diperakui munasabah dan akan berjaya dilaksanakan oleh Persatuan Remisier Bumiputra Malaysia (PRIBUMI). Persatuan yang ditubuhkan sejak 1995 dan mempunyai keahlian daripada remisier dan golongan pengedar Melayu dan Bumiputera itu yakin manifesto yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mampu meningkatkan taraf hidup rakyat serta membangunkan ekonomi Malaysia.

Persatuan ini juga sebelum ini turut menyokong penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) kerana melihat ianya merupakan peluang keemasan Felda untuk meningkatkan pendapatan mereka sekaligus memberikan peluang kepada peneroka untuk menjana pendapatan. Selain mereka yang arif perihal ekonomi seperti PRIBUMI menyokong manifesto akijanji BN itu, penganalisis ekonomi juga menganggap ianya lebih realistik berbanding manifesto Pakatan Rakyat yang menjanjikan penurunan semua perkara, tanpa mengambil kira secara menyeluruh penjanaan pendapatan kerajaan.

Prof Amir Hussin Baharuddin, profesor ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum ini turut berkata penambahan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat sehingga RM1,200 dalam manifesto Barisan Nasional (BN) juga tidak akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Malah,  berkata selain membantu mengurangkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah, pemberian BR1M akan memberi impak positif kepada ekonomi negara.

Menurutnya pembangunan ekonomi negara akan terus berkembang pesat menerusi perbelanjaan yang dilakukan golongan tersebut dalam pasaran, sekali gus menyumbang semula ke dalam aliran tunai negara. Beliau menjelaskan bahawa penerima BR1M akan membelanjakan untuk membeli keperluan isi rumah dan proses itu mewujudkan permintaan dalam pasaran, sekaligus  permintaan yang tinggi dalam pasaran akan menjana peluang pekerjaan dan perniagaan baharu.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk N. Marimuthu juga berkata pemberian BR1M akan meningkatkan kuasa membeli golongan kurang berkemampuan serta dapat membantu golongan peniaga memperoleh keuntungan yang baik. Presiden Gabungan Komputer Nasional Malaysia Prof Dr Ahmad Zaki Abu Bakar juga menyambut baik aku janji BN untuk menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) jelasnya yang merupakan pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah satu keperluan dan pendekatan itu akan menjadikan akses kepada internet lebih meluas dalam kalangan rakyat termasuk di luar bandar. Ternayata pakar ekonomi juga menyokong manifesto BN yang menyeluruh dan menyentuh aspek kehidupan dan keperluan rakyat Malaysia.

Dibandingkan dengan manifesto pembangkang, agak sukar dijangka apa akan berlaku dalam tempoh lima tahun pertama pemerintahan mereka sekiranya janji-janji itu dilaksanakan, sedangkan lonjakan terhadap hutang kerajaan semakin meningkat. Situasi itu akan diburukkan lagi dengan kadar pengangguran yang tinggi ekoran majikan tidak lagi mampu menggaji pekerja tambahan.

Ternyata, kesan jangka panjang manifesto BN dan PR umpama langit dengan bumi.

Tidak menghairankan mereka boleh menjanjikan bulan dan bintang, kerana Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata PR tidak mempunyai pakar politik yang benar-benar bijak, dan disebabkan itu manifesto mereka bodoh.


Pengikut